Loading

Noradiah Ramle

Noradiah Ramle. Di luar nampak sihat dan berperwatakan ceria

Namun siapa sangka beliau yang juga seorang penolong jurutera dari Melaka, disahkan menghidapi kanser payudara tahap empat.

Noradiah Ramle, 32, berkata, kanser nya itu kembali menyerang pada Disember lalu dan sudah merebak ke tulang belakang, hati serta paru paru.

“Kali pertama kena kanser payudara ini pada 2000 dan masa itu baru peringkat pertama

“Selepas buat rawatan radioterapi dan buang ketulan kanser, doktor kata sel kanser itu hilang

“Kini, selepas kanser kembali menyerang, sebulan sekali saya akan ke Institut Kanser Negara (IKN), untuk dapatkan ubat kimoterapi dan imunisasi.

“Dari segi fizikal, memang tak nampak kesan, tetapi saya alami sakit di bahagian sendi sendi tulang

“Nak buat pergerakan seperti angkat botol pun tak boleh selain alami sakit pinggang dan tulang belakang,” katanya.

Noradiah Ramle sedih tak mampu beri zuriat

Beliau berkata, penyakit nya itu juga membuat kan emosinya kadangkala terganggu selain kesan ubat yang diambil menyebabkan dia alami menopause.

“Pengambilan ubat itu bertujuan untuk turunkan hormon estrogen di dalam badan bagi halang sel kanser tumbuh

“Selepas ambil ubat, ‘pandangan’ terhadap suami pun sudah lain, kita pandang macam biasa.

“Suami pula yang kena ikut. Namun saya bersyukur kerana suami (Muhammad Haizad Azian), setia menjaga dan menyokong di sisi.

“Malah bila saya cakap tak mampu berikan zuriat kepada suami  suami pandai buat saya lupakan  kesedihan dengan buat lawak lawak ‘bodoh’nya,” katanya.

Katanya, dalam masa sama, disebabkan penyakit dialami dia sering mengambil cuti sakit dan tidak sedap hati memikirkan nasibnya pada masa depan.

“Apabila saya kerap cuti termasuk cuti sakit, pekerja lain terpaksa ambil alih kerja saya.

“Jadi saya rasa tak sedap hati dan tak selamat jika terus menerus berbuat demikian

“Jadi saya fikir, lebih baik saya cari income lain, boleh buat bila bila masa, tak perlu mohon cuti dan tak susah kan orang lain,” katanya.

Kelas Lain Banyak Hype Sahaja

Noradiah Ramle berkata, atas sebab itu, dia dan suami ambil keputusan untuk sertai kelas eBay Preneur anjuran Export Oversea Acedemy Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

“Sebelum ini sebenar nya, saya sudah pergi banyak kelas kelas usahawan.

“Semua nya akan cerita intro yang panjang, bersenam dan berkepak sana sini.

“Tujuannya sekadar nak bagi kita semangat, nak buat jiwa kita melonjak

“Nak kata mereka ajar ilmu asas pun susah, selepas habis kelas, kita tak tahu nak buat apa buat seterusnya,” katanya.

Kelas eBay Dr Zul Mudah Difahami

Noradiah Ramle berkata, namun situasi berbeza dialami apabila dia dan suami hadir ke kelas Dr Zul di Universiti Selangor (UNISEL) baru baru ini.

“Yang menarik tentang kelas Dr Zul adalah kami terus belajar, tiada bunga bunga

“Kali pertama bila lihat jadual kelas dari 9 pagi hingga 2.30 petang saya sudah tertarik, sebab saya tahu kelas ini padat.

“Saya jenis tak suka rehat lama lama, jadi apabila masuk kelas, memang betul, kelas ini padat, Dr Zul ajar satu satu dari A to Z,” katanya.

Katanya, cara penyampaian dan modul kelas eBay Dr Zul juga mudah difahami walaupun dia masih zero.

Kanser Payudara Boleh Dirawat

Ketika diminta untuk memberikan kata kata semangat kepada wanita yang senasib dengan nya Noradiah Ramle berkata

“Kalau nak menangis tak kira apa penyakit ,nangis lah, ambil masa sekejap, selepas itu siap siap, pakai baju cantik cantik pergi kerja macam biasa

“Kalau duduk rumah mengenang nasib pun tak jadi apa, belum berjuang kita sudah kalah.

“Saya bersyukur walau pun dalam keadaan ini, ada orang lain yang sakit lebih teruk seperti kanser lidah hingga leher ditebuk

“Kanser payudara ini kita boleh makan ubat dan sakit nya lama, jadi kita ada masa untuk buat apa apa yang perlu,” katanya.

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

ShipBob : 101

Terapeak : 101

Black Friday Cyber : Ini maksudnya…

10 hot selling product on Amazon 2024

Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay

Leave a Reply

Your email address will not be published.