Loading

 Khairul Anuar Maarof

Khairul Anuar Maarof, 23, (kiri) dalam laluan yang betul untuk menjadi seorang ahli bisnes bergelar jutawan satu hari nanti.

Walaupun masih bergelar pelajar universiti, beliau kini miliki dua jenis bisnes dengan menggajikan 4 pekerja tetap.

Ketika ini beliau adalah pelajar tahun 4 Ijazah Kejuruteraan Mekanikal ( Fakuliti Mekanikal dan Pembuatan) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat Johor

Melalui Syarikat Gents Enterprise, beliau sedia kan servis gunting dan penjagaan rambut untuk lelaki

Dalam masa sama, beliau turut tawar servis baiki dan menjual komputer serta telefon pintar

Kedua kedai ini berada di dalam kawasan UTHM.

Beliau berkata, pemilihan nama Gents sebagai jenama bisnes nya itu kerana terinspirasi dengan ciri moral seorang lelaki budiman iaitu beradab dan berpenampilan kemas

Atas sebab itu, anak jati Mentakab Pahang ini berkata, beliau sedia kan servis bagi boleh kan lebih ramai lelaki jadi tampak kemas dengan potongan dan penjagaan rambut yang rapi.

Prinsip sama turut diterjemahkan ke dalam servis jualan dan pembaikan komputer dan telefon pintar, biarlah seseorang itu memiliki alatan yang mempermudahkan urusan harian mereka.

Khairul Anuar Maarof Buat Macam Macam Kerja

Khairul Anuar Maarof berkata, minat nya dalam dunia bisnes muncul atas sikap nya yang suka ingin tahu dalam apa apa perkara yang menarik perhatian nya

Katanya, dari pengalaman berharga yang dikutip itu dia ambil jadikan panduan dalam hidup termasuk dalam urusan bisnes

“Jika ada masa lapang saya tak suka buang masa begitu sahaja, saya pernah kerja ‘wiring’, kilang, kedai makan.

“Saya pernah niaga makanan barat termasuk burger di kolej kediaman dengan rakan rakan

“Ketika itu musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di mana ketika waktu terluang pada petang dan malam, kami berniaga.

“Namun tak bertahan selepas kami masing masing sibuk kerana mahu fokus belajar.

“Saya pernah buka bengkel kereta di depan rumah, sama juga tak bertahan lama.

“Kemudian ketika latihan praktikal di Melaka, saya bekerja sambil belajar di sebuah kedai telefon.

“Dari sini lah saya belajar tentang telefon dan komputer termasuk cara baiki selain jualan serta pemasaran,” katanya baru baru ini.

Syukur Bertemu Orang Baik Baik

Khairul Anuar Maarof berkata, dalam hidup nya dia mempunyai prinsip supaya sentiasa merendah diri tidak kira dengan sesiapa pun.

Baginya, setiap individu itu memiliki pengalaman dan ilmu yang boleh diambil untuk dijadikan panduan mahupun pedoman dalam hidup.

“Saya adalah orang yang sangat dahagakan ilmu. Saya ingin tahu macam mana orang lain buat sesuatu perkara itu.

“Dari situ saya dapat kemahiran baru dan saya sendiri sudah semat dalam fikiran tidak mahu kerja makan gaji lepas tamat belajar.

“Saya nak jadi lebih dari itu dan pada saya kalau hidup tak improve, bisnes pun tak akan improve

“Setiap orang kita jumpa, kita akan dapat sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman mereka.

“Alhamdulillah tuhan pertemukan dengan ramai orang dan sahabat yang banyak ajar saya termasuk dalam bisnes,” katanya.

Mahu Jadi Berjaya Macam Jutawan Bangsa Cina

Beliau berkata, masih banyak perkara yang perlu dipelajari bagi mencapai cita cita nya mahu menjadi jutawan satu hari nanti.

Katanya, selagi orang tidak ketawa kan cita cita nya selagi itu, beliau anggap cita citanya itu tidak cukup besar lagi.

“Saya punya cita cita yang besar iaitu jadi orang Melayu yang boleh berjaya sama sahaja seperti orang Cina di Malaysia ini.

“Jika kita lihat ramai orang Cina jadi kaya raya dengan bisnes, kenapa kita tidak boleh ?,” katanya.

Servis Gents Enterprise di UTHM

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan servis gunting dan produk penjagaan rambut boleh mengunjungi kedainya di Kolej Tun Fatimah

Beliau mengenakan bayaran sebanyak RM12 untuk potongan biasa dan RM15 untuk gaya potongan rambut terkini.

RM10 dikenakan kepada pelanggan yang mahukan potongan rambut ala Palapes.

Di kedai yang sama, beliau turut menjual produk minyak rambut dan pewangi badan.

Sementara itu, bagi mereka yang berminat untuk membeli telefon pintar secara pra tempahan atau membaiki telefon boleh mengunjungi kedainya yang terletak berdekatan Bank Muamalat di UTHM

Atau hubungi Khairul Anuar Maarof di talian 016 256 7086.

“Jika ingin membaiki komputer juga boleh datang ke pejabat Supplier Post di UTHM,” katanya.

habis//

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

ShipBob : 101

Terapeak : 101

Black Friday Cyber : Ini maksudnya…

10 hot selling product on Amazon 2024

Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay

Leave a Reply

Your email address will not be published.