Loading

Black Friday Cyber

Black Friday Cyber atau nama lain nya adalah Black Friday & Cyber Monday  

Black Friday adalah istilah rujuk kepada hari jualan besar besaran yang berlaku di Amerika Syarikat.

Ia jatuh pada hari Jumaat selepas hari Thanksgiving, iaitu hari cuti keempat di bulan November.

Nama Black Friday kata nya berasal dari Philadelphia, di mana ia gambar kan kesesakan lalu lintas yang teruk yang berlaku selepas Thanksgiving.

Nama ini kemudian nya menjadi sinonim dengan keuntungan peniaga, di mana “hitam” merujuk kepada nombor “merah” (kerugian) bertukar ke “hitam” (keuntungan).

Peniaga dan kedai kedai selalu nya akan offer diskaun yang sangat besar termasuk jualan dalam talian ketika hari ini

Black Friday selalu gambar kan barisan pembeli yang panjang dan kesesakan di dalam kedai kedai, kerana ramai orang cuba dapat offer terbaik sebelum stok habis.

Kedai kedai sering buka lebih awal dari biasa, kadang kadang tengah malam atau awal pagi, untuk boleh kan pembeli manfaat kan jualan secepat mungkin.

Black Friday Cyber tular ke serata dunia

Manakala Cyber Monday adalah istilah yang dicipta untuk merujuk kepada hari Isnin selepas Black Friday.

Ia khusus untuk jualan dalam talian dan adalah hari Black Friday bagi peniaga e dagang.

Cyber Monday tawar diskaun dan promosi untuk belian dalam talian dan ramai peniaga yang offer tawaran eksklusif melalui laman web mereka.

Dengan meningkat nya populariti beli belah dalam talian, batasan antara BFCM atau Black Friday Cyber jadi kurang jelas

Tawaran boleh berlangsung sepanjang hujung minggu dan kadang kadang sepanjang minggu.

Walaupun BFCM bermula di Amerika Syarikat, fenomena ini telah tersebar ke banyak negara lain, seperti Malaysia

Peniaga dan peruncit dalam talian turut tawar promosi serupa.

Jika mahu bisnes dan membeli pada hari ini , sila penting kan aspek safety bagi elak menjadi mangsa scammer

Black Friday Cyber : Inflasi bukan masalah

Walaupun ramai yang bimbang bahawa kenaikan inflasi mungkin halang customer, musim beli belah semasa BFCM 2023 akhir nya pecah kan rekod.

Ramai pembeli berpusu pusu pada musim cuti, manakala ramai peniaga e dagang gerak pantas untuk penuhi demand.

Data ini merentas beribu ribu pedagang e dagang, berpuluh puluh ribu produk unik yang dijual, berjuta juta penghantaran dan berbilion hasil.

Pertumbuhan Black Friday Cyber November 2023 meningkat berbanding Oktober sebelumnya

Ikut data diperolehi ShipBob, pada Oktober 2023

Jualan Black Friday meningkat 255% berbanding purata Jumaat pada bulan Oktober

Jualan untuk hari Sabtu selepas Black Friday meningkat 208% berbanding purata Sabtu pada bulan Oktober

Jumlah jualan hujung minggu meningkat 177% berbanding purata hujung minggu pada bulan Oktober

Jualan Cyber Monday meningkat 145% berbanding purata Isnin pada bulan Oktober

Nilai pesanan purata (AOV) meningkat sebanyak +18% berbanding purata AOV pada bulan Oktober

Produk terlaris

Penjagaan rambut

Makanan tambahan haiwan peliharaan

Minyak wangi

Probiotik

Kategori Arah Aliran:

Barang kemas meningkat 1,035%

Jualan pakaian meningkat sebanyak 769%

Minuman meningkat sebanyak 598%

Jualan barangan rumah meningkat sebanyak 581%

Peratusan meningkat berbanding purata pada Oktober 2023.

Jualan Black Friday Cyber : Ikut Negeri di AS

Berbanding dengan Oktober 2023, beberapa negeri di AS menyaksikan peningkatan yang besar dalam jumlah pesanan keseluruhan dan AOV.

Di AS, negeri dengan peningkatan tertinggi dalam volume pesanan semasa BFCM @ Black Friday Cyber  2023 adalah :

1. Kentucky (+387%)

2. Minnesota (+353%)

3. Utah (+350%)

4. Indiana (+346%)

5. Pennsylvania (+345%)

Negeri dengan peningkatan tertinggi dalam AOV semasa Black Friday Cyber 2023 adalah

1. Florida (+28.8%)

2. Georgia (+27.8%)

3. Texas (+23.3%)

4. Michigan (+21.8%)

5. Louisiana (+21%)

(Artikel di atas dipetik dan disesuaikan dari Shipbob’s 2023 BFCM Data : See How Brands Perform This Black Friday Cyber Monday Weekend)

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

Cara jual barang di eBay 2024 

Cara buat duit online di Malaysia 2024

Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay

Khettip Sirikosinaporn jual 1.2 juta wang kertas di eBay

Leave a Reply

Your email address will not be published.