Loading

Khettip Sirikosinaporn eBay

Khettip Sirikosinaporn (kanan) pemilik Noteshobby ini berjaya menjual sebanyak 1.2 juta wang kertas dari pelbagai negara di laman eBay sejak 2006.

Atas pencapaiannya itu, wanita Thailand ini diiktiraf sebagai pemenang kategori Female Exporter of The Year 2023 oleh eBay di Dubai baru baru ini.

Jom kita baca kisah beliau, mana tahu beri inspirasi dan semangat kepada kita yang baru nak mula dan rasa putus asa di tengah jalan dalam journey eBay ini kan. Chaiyokk

Khettip Sirikosinaporn jual wang kertas lama milik suaminya

Beliau berkata, idea menjual wang kertas itu muncul selepas dia melihat orang lain menjual nya di laman eBay.

Katanya, percubannya itu berjaya dengan wang kertas dengan usia paling lama yang pernah dijual adalah wang kertas Perancis bertarikh tahun 1793.

“Saya menjual item koleksi wang kertas yang sangat jarang dijumpai dan suami memang sudah memang kumpul mata wang sebagai hobi

“Kini kami jadikan jualan ini sebagai mata pencarian dari wang kertas yang hanya dijual di eBay

“Antara wang kertas yang ada termasuk dari era Perancis – Indochina. Memang agak jarang dijumpai apabila tiada kesan kotor atau apa apa titik coklat  

“Ada juga wang kertas tahun 1859 dari Kanada. Keadaan nya masih baik dan sempurna. Ini Memang susah dijumpai,” katanya seperti dilaporkan eBay Malaysia.

Khettip Sirikosinaporn guna Terapeak untuk jadi Top Rated Seller

Beliau berkata, pembeli dan pengumpul dari seluruh dunia buat jual beli di laman Auction to Buy It Now di eBay.

Katanya, platfom eBay mudah kerana ada sistem bagus dan tersusun.

“Proses bermula dari listing produk di platfom itu bagi boleh kan pelanggan lihat dan tempah pesanan

“Apa yang perlu kami buat hanya cetak slip pesanan yang disahkan dan pos kepada pelanggan

“Rahsia saya untuk jadi top seller adalah dengan guna Terapeak, perisian ini benarkan kita tahu setiap capaian dan trend setiap produk.

“Apabila produk itu semakin popular dan kami akan menambah stok dan kemas kini di dalam platfom,” katanya.

Wang kertas adalah aset dan pelaburan masa depan

Katanya, lebih lebih lagi pasukan eBay Thailand bantu kami dengan promosi kempen kempen baru dan cerapan baharu tentang koleksi.

“Untuk masa depan Noteshobby , saya fikir orang ramai akan menjadi pengumpul wang kertas

“Wang kertas dianggap sebagai pelaburan diminati bukan sahaja mudah dikumpul tetapi adalah aset berharga yang boleh dijual pada masa depan,”katanya.

Beliau berkata, berterima kasih kepada eBay kerana menjadi platfom yang menyatukan semua penjual, pembeli dan pengumpul dari seluruh dunia.

Dalam tinjauan di laman Noteshobby milik Khettip Sirikosinaporn itu, penulis terkejut lihat gambar di bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published.