Loading

Income 7 Angka

Income 7 Angka ? Tidak mustahil untuk raih angka itu pada tahun pertama bisnes di eBay.

Pengasas Export Oversea Academy itu atau nama penuh nya, Dr Mohd Zulariffin Md Maarof berkata, angka itu boleh dicapai sekiranya peserta eBay fokus dan ikuti garis masa yang ditetapkan.

“Insha Allah tahun pertama dah boleh capai angka jualan 7 angka pada tahun pertama buat bisnes di eBay

“Lambat ke cepat ke tak mengapa, yang penting ‘Duduk Malaysia Gaji USD’,” katanya dalam satu kenyataan baru baru ini.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berkata, seller eBay perlu melalui tiga fasa berasingan untuk capai tujuan itu.

Katanya, eBay sangat sensitif dengan seller yang tidak punya sejarah jualan dan mereka perlu banyak bersabar.

“Nak start Bisnes ebay ni akan melalui beberapa fasa

“Fasa pertama pada 1-3 bulan pertama adalah fasa kesabaran dari segi emosi dan mental

“Jadinya seller kena banyak sabar untuk bina history dan kredibiliti untuk dapatkan kepercayaan dari eBay utk jadi seller yang trusted,” katanya.

Income 7 Angka Kena Lalui Fasa Grow dan Scale Up

Beliau berkata, pada fasa kedua iaitu pada bulan ke 4-6 adalah fasa untuk grow

“Waktu ni akan bertukar status top rated seller akaun.

“Dan seller akan dapat offer akaun manager untuk dibantu grow dengan lebih pantas,” katanya.

Dr Zul berkata, seterusnya adalah fasa ketiga iaitu pada bulan 7-12 adalah fasa untuk scale up

“Waktu ini seller akan dapat offer untuk setup beberapa akaun child eBay

“Ia bertujuan untuk kembangkan lagi bisnes ke beberapa market lain dan masuk dalam kategori yang lebih spesifik

“Pada fasa ketiga ni selling limit memang takkan habis sebab eBay akan push untuk tambah limit semaksima mungkin,” katanya.

Beliau berkata, atas sebab itu pada fasa ketiga ini, seller sudah kena ada capital yang besar

Ia bertujuan untuk rolling modal restock barang dan start guna warehouse

“Kalau seller baru yang baru nak start dengan zero knowledge dan buat part time.

“Boleh jadi nak smpai ke fasa 3 mungkin tempoh masa akan drag ke tahun ke 2,” katanya.

Ringgit Merudum ? Cari Income Dalam USD

Dalam perkembangan lain, Dr Zul berkata, dengan nilai ringgit yang mencecah RM4.70 bagi setiap satu dollar Amerika Syarikat.

Ia sebenarnya adalah nikmat bagi mereka yang meraih income dalam USD apatah lagi mereka yang raih income 7 angka

Katanya, bagi sama sama meraih nikmat itu, seseorang itu perlu berusaha untuk cari jalan jana income dalam USD, tanpa bersusah payah berhijrah ke AS

Katanya, sekiranya berjaya raih income dalam USD, banyak masalah berkaitan kos sara hidup di negara ini akan dapat diselesaikan.

“Formulanya simple sahaja. Cari bisnes yang boleh generate income dalam matawang USD

“Supaya kita boleh generate 4.7 kali ganda lebih pantas

“Let say kita perlukan komitmen RM5,000 untuk tampung kos sara hidup dalam sebulan

“Tapi dengan adanya gaji dalam USD, ibaratnya kita dapat  4.7 bulan gaji (RM23,500) setiap bulan,” katanya.

Dr Zul berkata,  orang Malaysia miliki banyak peluang untuk jana income dalam USD walaupun duduk di negara ini

“Boleh google dan cari yang sesuai. Fokus 1-6 bulan untuk tajamkan skill.

“Insha Allah susah di peringkat awal sahaja. Selepas 6 bulan sudah ada skill dan sudah boleh terus kan usaha untuk jana income 7 angka dalam USD,” katanya.

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

ShipBob : 101

Terapeak : 101

Black Friday Cyber : Ini maksudnya…

10 hot selling product on Amazon 2024

Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay

Leave a Reply

Your email address will not be published.