Loading

skim cepat kaya

Skim cepat kaya. Kini heboh mengenai skim cepat kaya berasaskan emas yang buat ramai orang kita jadi buta hati

Yang sedihnya masih ada orang kita pegang konsep mahu jadi kaya raya sambil goyang kaki

Adakah anda mangsa? Jika ya, jom baca artikel ini supaya anda tersedar dari mimpi, tapi kalau anda pemangsa, satu je nak cakap, kubur kirim salam

Tapi kalau anda macam baru baru nak join, atau masih fikir fikir, nasihat saya, baca dahulu modus operandi scammer skim cepat kaya di bawah

Skim cepat kaya : ini ciri ciri nya

1. Janji Pulangan Tinggi: Skim cepat kaya sering janji pulangan pelaburan yang sangat tinggi dalam tempoh yang singkat tanpa risiko.

2. Tekanan Masa: Pelabur sering didesak untuk membuat result segera dengan alasan tawaran adalah terhad kepada masa atau kuantiti yang terbatas.

3. Rujukan dan Testimoni Palsu: Penggunaan testimoni dan rujukan dari individu yang konon nya telah berjaya dapat untung besar untuk yakin kan pelabur baharu.

4. Skim Piramid: Skim cepat kaya sering guna struktur piramid di mana pulangan pelaburan dibayar menggunakan modal pelabur baru yang masuk.

5. Pemasaran Berbilang Tingkat (MLM): Menggunakan strategi MLM di mana pelabur dijanjikan komisen dari perekrutan ahli baru ke dalam skim.

6. Tidak Jelas atau Tidak Wujud Produk: Skim itu sering kali tidak punya produk atau servis yang sah atau produk yang ditawarkan adalah tidak berharga.

7. Tidak Berdaftar dengan Pihak Berkuasa: Entiti yang buat skim tidak berdaftar dengan pihak berkuasa kewangan atau pengawalseliaan tempatan.

8. Taktik Mengelirukan: Menggunakan jargon kewangan atau teknologi yang rumit untuk keliru kan pelabur dan sorok kelemahan skim.

9. Kesulitan Untuk keluar kan Pelaburan: Pelabur sering hadapi kesukaran untuk keluar kan dana atau pulangan pelaburan mereka.

10. Promosi Agresif: Skim cepat kaya sering guna promosi agresif melalui media sosial, seminar, dan acara networking untuk menarik pelabur baru.

‘Skim cepat kaya buat saya rugi RM18,000’

Seorang bekas stokis emas berkongsi pengalaman nya ditipu skim cepat kaya yang janji kan pulangan tinggi dan stok emas disimpan dalam sebuah bank terkenal.

Pengasas Minyak Herba Asmak, Nor Fazilah Abd Mohd berkata, pada 2018 beliau ditipu penganjur skim cepat kaya hingga wang pelaburan sebanyak RM18,000 hangus.

“Bila dengar bank simpan emas kita, saya memang percaya tetapi rupa rupa nya habis emas kita dibawa ke pajak gadai dan wang nya dilarikan.

“Memang saya kecewa hingga berhenti berniaga emas selama setahun,” katanya.

Sejarah sentiasa berulang

Nor Fazilah berkata, orang ramai diminta supaya berhati hati dengan taktik penganjur skim cepat kaya yang sudah wujud sejak sekian lama yang guna modus operandi yang serupa.

Katanya, orang ramai perlu pegang pada satu prinsip, tiada sesiapa di dunia ini boleh dapat duit macam magik dan jangan berharap orang lain akan mudah beri wang kepada kita buta buta sahaja.

Katanya, jika kita membeli emas, pasti kan emas itu dapat di tangan dan bukan nya disimpan pihak lain.

“Kalau kita imbas semula sejarah sebelum ini pada 2008 lagi memang banyak sangat syarikat syarikat seperti ini wujud cuma orang sekarang tak tahu pasal sejarah ini

“Sebagai orang lama yang sudah buat bisnes emas ini memang kita nampak syarikat syarikat ini akan jatuh

“Tiada sesiapa pun mahu bagi duit itu kepada kita dan tiada jalan pintas untuk berjaya

“Jangan bila beli emas konon konon company itu akan simpan dan labur untuk kita kerana

bila bila masa sahaja orang boleh buat macam macam,” katanya.

Leader scammer tak jemu pujuk

Katanya, dia turut tidak terlepas dari dihimpit oleh leader skim cepat kaya yang sedang viral ketika ini yang tak jemu jemu memujuk.

Beliau berkata, beliau menolak dan sudah puas nasihat macam macam kepada individu itu namun masih tak dengar kata

“Tahun lepas saya asyik terima panggilan dari seseorang yang ajak saya ceburi bisnes emas ini.

“Saya sudah lama berniaga emas, sampaikan kilang-kilang emas di Malaysia ini saya boleh masuk dan jumpa dengan pemiliknya sendiri 

“Saya boleh berurusan langsung dengan kilang kerana saya juga ada produk emas saya sendiri untuk ejen-ejen saya

“Ejen itu sudah syok dan saya kata tak apalah mungkin ada orang akan belajar bila dia sudah langgar dinding,” katanya.

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

Coach Bahar – ‘Jangan Pakai Otak Sangat’

Momento Cafe bangkit dari episod duka

Abg Dendeng konsisten LIVE

Minyak Herba Asmak terjual satu juta unit

>>> Duduk Malaysia takpe janji gaji USD, klik sini<<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.