Momento Cafe. Ada 1001 cerita bagi pemilik bisnes ini. Beliau pernah dituduh mampu memiliki cafe sendiri kerana jadi anak orang kaya.
Meski beliau dapat modal dari ibu nya untuk membuka cafe berkenaan, perjuangan untuk bertahan dengan ujian yang datang, bukan mudah
Kata kata penghinaan buat Pengasas Momento Cafe Setia Alam, Lisa Rahim, nyata tidak buat usahawan wanita ini patah semangat
Hanya kecekalan hati jadi azimat bagi wanita yang meminati sukan drift kereta ini untuk bangkit dan terus berjuang
Jom ikuti kisah jatuh bangun beliau dalam artikel di bawah, semoga dapat jadi inspirasi pada mereka bercita cita menjadi usahawan cafe
Momento Cafe konsep santai seperti di rumah
Lisa Rahim berkata, penubuhan Momento Cafe bermula ketika beliau masih muda dan tidak punya pekerjaan tetap.
“Saya bersama sepupu dan kakak ipar yang mula mula buat bisnes ini bersama hasil dari wang pemberian ibu.
“Ibu mahu membantu dengan memberi wang sebagai pelaburan kerana kami belum mempunyai kerjaya yang bagus
“Pada asalnya, kami mahu buka kedai ice blended biasa di kawasan Klang tetapi adik ipar yang turut serta kemudian beri idea pasal kafe.
“Jadi, bila kita brainstorming tentang konsep kafe. Saya mahu ia menjadi seperti rumah yang kita boleh berehat.
“Semasa zaman kanak kanak, selepas sekolah saya suka pesan makanan dari pembantu rumah.
“Sambil buat kerja sekolah saya akan hidupkan televisyen sementara menunggu makanan.
“Itulah sebabnya cafe kami ada banyak sofa sambil menikmati makanan yang lazat dan kemudian kita boleh buat kerja,” katanya.
Momento Cafe dilanda ujian
Lisa berkata, cafe nya bermula dengan fokus terhadap hidangan kopi istimewa, ice blended, pencuci mulut dengan hidangan utama cuma spaghetti carbonara dan bolognese.
“Untuk hidangan utama kami tidak mempunyai banyak pada masa itu hanya sekitar dua tiga hidangan seperti carbonara dan bolognese, standard yang kita temui di kafe biasa
“Momento Cafe bermula pada 29 Febuari 2013 di Setia Alam Seksyen U30, Shah Alam, Selangor
“Kini waktu operasi bermula dari 11 pagi hingga jam 11 malam. Pada awalnya, dengan pengalaman dan pengetahuan sifar kami redah sahaja.
“Kita try & error, kita cari menu di Google. Kami cuba, dan jika ada silap kaki akan tanya pendapat kawan dan keluarga.
“Selepas sebulan setengah kami membuka kafe. Dua partner saya putus kan untuk berhenti dengan alasan tersendiri
“Kemudian saya gerak sendir dan perlu jaga banyak perkara termasuk operasi, dapur, beli barang, urus akaun,
“Semua itu sangat penat dengan saya yang tiada pengalaman pada masa itu,” katanya.
Jika tak boleh, tutup sahaja Momento Cafe
Beliau berkata, tidak mahu hampa kan ibu nya yang sudah beri kepercayaan pada dirinya, dia berjuang dengan cari jalan selesaikan masalah yang timbul
“Jika anda tak boleh buat, tutup sahaja kafe itu’ kata kata dari ibu buat saya berazam tidak mahu bazir kan wang yang sudah dilabur.
“Walau rakan kongsi sudah meninggalkan saya dan ibu beri saya lampu hijau untuk tutup, saya tak patah semangat.
“Nasib baik saya ada pekerja part timer. Beliau adalah pelajar kulinari dan bantu saya susun menu menu yang kami mahu.
“Hingga timbul idea dari nya bahawa ada sebuah restoran di Damansara yang buat ramai orang beratur kerana ada killer menu sendiri.
“Jadi, saya dapat idea untuk olah menu sendiri hasil dari info dari pekerja saya itu dan berhasil cipta menu yang lebih kurang serupa dan serasa.
“Dari situ tercipta menu Spaghetti Chicken, menu terbaik kami di sini,” katanya.
Rasa seperti hamba dan takut dengan rakan kongsi
Lisa berkata, langkah jadi kan seorang chef Australia berketurunan Vietnam sebagai rakan kongsi bisnes akhir nya makan diri.
Katanya, sangat sukar untuk berurusan dengan partner nya itu hingga dia tarik diri dari menjadi rakan kongsi semasa tempoh percubaan
“Pelajar separuh masa kulinari itu letak jawatan dan saya dapat peluang untuk bekerja dengan seorang chef dari Australia seorang tukang masak yang cukup hebat untuk saya.
“Dia ada banyak pengalaman dan mahu jadi rakan kongsi Momento’ Cafe. Selepas kami bincang, saya setuju.
“Chef itu introduce pelbagai menu namun saya dapati tahap masakan nya tidak konsisten hingga jadi sedap dan teruk.
“Keuntungan yang dia sasar kan juga tidak tercapai dan saya juga berasa sangat sukar untuk berurusan dengan nya kerana perangai nya.
“Saya telah menjadi seperti seorang hamba untuk dia, saya keluar beli barang dan bila balik, dia minta saya pergi beli barang lain dari tempat yang sama
“Pada satu ketika, saya sedar bahawa saya takut. Saya takut dengan perangai nya dan saya sangat letih untuk melayani keperluannya.
“Saya mula rasa tidak untuk terus kan perkongsian Momento Cafe dengan nya. Saya beritahu dia semasa tempoh percubaan nya. Jadi, saya masih sempat menolak persetujuannya,” katanya.
Pekerja Vietnam lari
Lisa berkata, sebaik rakan kongsi nya angkat kaki, dia sekali lagi terduduk kerana kakitangan di dapur tidak dapat latihan yang betul hingga beliau terpaksa ambil alih kawal semula dapur cafe nya itu.
“Saya lihat menu cuba cipta sendiri walau saya tidak ada latar belakang masakan tetapi, saya punya deria rasa yang kuat dan sensitif.
“Seorang chef untuk masakan asia diupah dan dari situlah Momento Cafe dapat gabungan masakan asia dan barat.
“Tapi, chef ini pun ada masalah, lepas pinjam duit saya, dia larikan diri.
“Kemudian saya hadapi lagi kesukaran lain, apabila dua pekerja Vietnam saya larikan diri bersama pasport mereka.
“Tetapi yang bagusnya, mereka ini kenal kan hidangan Vietnam dan menu Ayam Belado di cafe kami sebenarnya adalah ambil inspirasi dari masakan ayam mereka.
“Walau sebenarnya, Ayam Belado menu Indonesia,” katanya.
Lisa berkata, terkejut dengan berita yang diterima, dia bertindak apa yang mampu dan sekali lagi turun ke dapur menjadi chef
“Saya sangat terkejut pada masa itu dan saya bergegas ke cafe, tidak tahu bagaimana untuk handle bisnes pada hari itu
“Apa lagi saya segera berlari ke dapur dan angkat ayam beku sekitar empat kilogram untuk dicairkan ke dalam sinki.
“Saya mahu mula memasak untuk makan tengah hari dan masih menggigil. Masih tak tahu nak buat apa.
“Itu sahaja yang boleh saya fikirkan,” katanya.
Lisa berkata, selepas itu dia lah yang uruskan semua nya sendiri hingga jejas kan kesihatannya.
“Selepas itu, sayalah yang jadi tukang masak, buat minuman, latih pekerja baru, beli barang, urus akaun dan bersihkan tandas
“Saya buat semuanya. Saya sangat marah masa itu sampai ke dapat radang tekak selama 2 bulan,” katanya.
Allah kirimkan pekerja Bangladesh yang setia
Beliau berkata, akhirnya selepas lalui macam macam episod duka, Allah sampai kan pertolongan melalui pekerja asing, Bangladesh yang ikhlas bekerja dengannya.
“Selepas itu, saya dapat pekerja yang terbaik setakat ini. Selepas semua pekerja berpengalaman dan berkualiti hilang
“Saya hanya buat langkah demi langkah hingga semua stabil dan ada pengalaman dan bisnes dapat berjalan macam biasa hingga jadi lebih baik.
“Momento Cafe dapat ulasan buruk dalam Google Review kerana pelanggan tidak berpuas hati dengan makanan dan kami menerimanya,” katanya.
Katanya, bagaimanapun, beliau tidak boleh terima kata kata mereka yang berkata buruk tentang pekerja Bangladesh nya.
“Saya mempunyai sebab saya sendiri untuk upah mereka kerana niat mereka memang untuk bekerja
“Mereka ada di sini apabila saya perlukan mereka. Saya pernah mengupah pekerja tempatan sebelum ini
“Tetapi apa yang saya dapati mereka mahu off day dan tak mahu kerja ketika waktu sibuk dan puncak,” katanya.
Bangkit ! jangan dengar kata negatif
Lisa berkata, beliau akui banyak kesilapan yang berlaku termasuk masalah kakitangan namun sangat tersinggung dengan kata kata, beliau ada kelebihan kerana anak orang kaya.
“Masih wujud orang mengejek saya bahawa saya dari keluarga kaya dan sangat tersinggung dengan kata kata itu.
“Saya pernah mendengar orang berkata sesuatu tentang saya. Jika mereka ada di hadapan saya, saya akan bertanya kepada mereka.
“Apabila pekerja Vietnam mensabotaj saya, dan melarikan diri. Bolehkah ibu bapa saya datang ke sini untuk memasak untuk saya? mencari pekerja, melatih mereka untuk Momento Cafe?
“Saya tidak fikir mereka boleh menjawabnya,” katanya.
habis//
Foto dan artikel ini diolah dari You Tube GFB Food Sdn Bhd
BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI
Lagi artikel menarik di bawah