Datuk Wira (Dr) Calvin Khiu, usahawan ternama ini dibesarkan dalam keluarga miskin dan dijaga baik sejak kecil, namun
peristiwa neneknya terkena strok benar benar mengubah sikapnya mengenai kehidupan.
Dari seorang yang tidak kisah pasal masa depan menjadi orang yang sanggup berusaha bersungguh sungguh untuk mencapai kejayaan
Namun dalam tempoh 10 tahun ini beliau hampir muflis dua kali dan kini berjaya bangkit semula dengan lebih gagah dengan bisnes dalam bidang pendidikan.
Jom kita ambil iktibar dan kata kata nasihat dari usahawan tersohor ini okay. Let’s go!
Datuk Wira (Dr) Calvin Khiu azam mahu ubah nasib diri
Datuk Wira (Dr) Calvin Khiu berkata, perubahan terbesar yang berlaku dalam dirinya adalah ketika bersekolah menengah kerana
dahulu dia bukan orang rajin dan buat kerja cincai cincai sahaja.
“Selepas sekolah menengah saya rajin kerana nenek saya kena stroke dan tidak boleh kerja dan masuk hospital dan saya
pun tiada wang untuk jaga dia.
“Masa itu saya sedar dan cakap dengan diri sendiri, masa kecil nenek saya banyak sayang saya, saya mahu makan apa dia
beli, saya mahu nasi ayam, dia suruh saya beli nasi ayam, nenek makan nasi kosong.
“Saya mahu roti telur, nenek makan roti kosong, dia punya wang untuk bagi saya yang terbaik dan dia sendiri dapat kurang.
“Tapi bila nenek kena strok dan masuk hospital dia perlukan saya untuk bantu tetapi saya tak mampu bantu dia dan lepas
itulah saya cakap pada diri saya kena rajin, jangan malas, mesti kerja dan berjaya jangan bagi nenek susah lagi.
“Kalau boleh hantar nenek ke hospital paling baik, kalau boleh jaga nenek dengan baik,” katanya dalam video dari You Tube nya.
Datuk Wira (Dr) Calvin Khiu – ‘Cabaran adalah dorongan’
Beliau berkata, dia melakukan macam macam pekerjaan termasuk kerja di fun fair, penjaja di pasar malam dan pernah kerja
sebagai penghantar tong gas ketika remaja.
“Walau saya dibesarkan dalam keluarga miskin dan jadi anak tunggal, saya bahagia. Pada usia 18 tahun saya pernah kerja
sebagai jurujual kain, pada umur 24 tahun saya buka bisnes sendiri dengan tiada hutang.
“Saya tiada pilihan lain kecuali mesti berjuang dan berjuang demi keluarga,” katanya yang pernah memenangi pelbagai
anugerah keusahawanan di dalam dan luar negara.
Antaranya termasuk Anugerah Top 10 of Asia Award – Outstanding Young Asian Entrepreneur Award di Indonesia.
Beliau berkata, setiap cabaran yang diberi oleh tuhan kepada manusia adalah dorongan untuk kita menjadi lebih cemerlang.
‘Saya datang dunia ini cari hormat’ – Datuk Wira (Dr) Calvin Khiu
Datuk Wira (Dr) Calvin Khiu berkata, dalam bisnes dia pegang prinsip mahu membuat bisnes bukan sekadar untuk cari
wang tetapi tinggalkan nama baik yang boleh dibanggakan anak cucu.
“Banyak orang tanya saya datuk kenapa nak jadi usahawan kenapa nak jadi cikgu kenapa nak jadi speaker.
“Main money game lagi cepat kaya. Jawapan saya, saya jadi usahawan, cikgu bukan sahaja mahu cari ruang wang sahaja
tetapi nak tinggalkan nama untuk keluarga saya untuk anak saya.
“Kalau tipu orang punya wang memang saya kaya tetapi pada saya jika begitu, apa yang kamu nak tinggalkan kepada anak
kamu kalau satu hari kamu sudah meninggal dunia, orang akan ketawakan anak kamu.
“Mereka kata kamu ibu ayah kamu penipu. Mana saya nak letak muka. Saya harap kalau satu hari nanti saya meninggal dunia, anak saya bangga dengan saya kerana dia ada bapa yang baik.
“Bapanya adalah cikgu yang baik yang ajar usahawan yang tolong rakan dan tolong pekerja dia.
“Jadi tujuan saya datang ke dunia ini bukan saja cari wang yang banyak kalau mahu cari wang betul-betul cari wang yang
boleh buat saya bangga, bukan mahu cari wang tipu
“Kalau tipu saya pandang rendah kepada kamu dalam dunia ini. Saya mahu menjadi seorang usahawan yang dihormati oleh
orang lain di negara ini dan dihormati oleh anak-anak dan keluarga saya,” katanya.
Buka kedai kain tanpa ilmu bisnes
Datuk Wira (Dr) Calvin Khiu berkata, dia mula berniaga kain di Nilai 3 ketika berusia 24 tahun walaupun lokasi itu sepi
kerana tidak dikujungi orang ramai.
“Ada orang cakap kenapa saya buka kedai situ, burung pun tak mahu datang. Tetapi saya tetap buka kedai di situ kerana dapat tawaran sewa percuma selama 7 bulan dan kerana saya tiada wang, saya sanggup.
“Tempat itu boleh niaga sebagai pemborong dan saya sudah untung kerana tak perlu bayar sewa. Pemlik pemilik kedai di situ pun kata tak perlu buat ubahsuai.
“Mereka suruh buat macam gudang supaya lagi ramai orang datang dan yang penting, barang mahu cantik harga mesti nak murah,” katanya.
Beliau berkata, beliau juga hadapi cabaran untuk latih pekerja, pengurusan, pemasaran, penjenamaan dan pada waktu itu, beliau kosong, tiada ilmu dalam bidang berkenaan.
Manfaatkan MASA untuk raih RM100,000 pertama
Namun, Datuk Wira (Dr) Calvin Khiu, anggap tuhan adil kerana tak kira miskin atau kaya, semua orang diberi masa 24 jam sehari dan dia memanfaatkan sebaiknya peluang itu.
“Yang saya tahu cuma jual dan beli barang sahaja macam konsep pasar malam dan ketika saya buka kedai pertama saya di Nilai 3, saya hadapi cabaran besar.
“Nilai 3 ada banyak kedai kain dan masa saya datang sudah dekat 100 kedai dengan 30 dari nya adalah kedai kain manakala yang lain adalah kedai bunga dan karpet
“Macam mana kita boleh niaga, macam mana kita boleh cari rezeki nak niaga. Jadi masa itu kedai kita paling kecil dan saya target 3 tahun kita mesti jadi kedai paling besar di Nilai 3.
“Macam mana saya buat, MASA. Jadi macam mana boleh senang, saya menang dengan masa kerana dari 7 pagi hingga 11 malam saya buka kedai.
“Pasang dan ukur langir saya buat malah semua pelanggan masuk kedai pun saya layan.
“Masa raya semua orang cuti raya pertama dan kedua, Nilai punya tauke tauke besar semua cuti tapi saya kerja.
“Jadi pada hari raya itu ada rombongan bas dari Kelantan dan Terengganu datang tetapi hanya kedai saya sahaja yang buka.
“Dalam tempoh 3 hari saya dapat jualan cecah RM100,000 dan itulah kali pertama saya dapat wang begitu banyak di sana,” katanya.
Jaga aliran wang tunai, buat yang mampu sahaja
Beliau berkata, dalam bisnes ramai usahawan terlupa untuk jaga aliran tunai syarikat dan hanya sibuk mahu belanjakan duit bagi besarkan syarikat atau beli aset seperti rumah dan kedai atau besarkan cawangan.
“Ketika mula bisnes, saya hadapi masalah besar iaitu aliran wang tunai yang tidak cukup.
“Kita ingat kita pandai sangat tapi kita tak cukup pengalaman masa berniaga kita hanya mahu perniagaan berkembang tapi kita tak cukup duit.
“Untung ada tapi aliran wang tunai tidak cukup dan kebanyakkan usahawan terlupa satu syarikat muflis bukan kerana tiada untung tetapi kerana tiada aliran tunai
“Kita kena buat apa yang kita mampu dan jangan buat benda kita tak boleh buat,” katanya.
Usahawan kena invest ilmu dan jaga kesihatan
Beliau berkata, sebagai usahawan, kesihatan diri dan melabur dalam ilmu adalah amat penting malah sebaiknya jika mampu, usahawan berkenaan perlu bawa pasangan bersama sama mendaki kejayaan.
“Invest kepada diri sendiri, untuk kesihatan itu paling penting, kedua invest ilmu kita. Kalau kita ada ilmu, kita nak cari wang pun tak susah sangat, tak penat sangat.
“Kalau ada peluang invest ke isteri sendiri, sebab isteri tidur di sebelah kita, itu paling penting, kalau dia rasa, kita boleh berjaya, kita boleh berjaya,
“Jika dia bisik bisik kita tak boleh berjaya, anda memang tak boleh lah, lama lama pun kita jadi tak boleh.
“Lelaki kalau nak berjaya, isteri itu penting sangat, kalau ada peluang, bawa isteri pergi dinner, bawa isteri sama sama pergi belajar,” katanya.
Untuk rekod, Datuk Wira (Dr) Calvin Khiu turut menjadi Pengasas Pertubuhan Kebajikan Zhen Ai, yang ditubuhkan untuk untuk bantu orang tua dan miskin yang miskin.
habis//
(sumber gambar Google)
BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI
Lagi artikel menarik di bawah
Coach Bahar – ‘Jangan Pakai Otak Sangat’
Momento Cafe bangkit dari episod duka