Loading

Abg Dendeng

Abg Dendeng. Mesti anda perasan akaun milik lelaki ini di Tik Tok bukan? Agak agak iras siapa?. Ada yang kata iras

pelakon terkenal Filipina, Jericho Rosales, tak kurang juga yang kata mirip pelakon terkenal Malaysia, Syukri Yahya

Berkesempatan menemubual beliau baru baru ini, siapa sangka pemilik nama Aliff Mohd Nor, 30, ini rupanya pernah obes

hingga cecah 120 kilogram satu ketika dahulu

Jom kita soroti kisah jatuh bangun anak jati Ampang Kuala Lumpur ini di dalam bisnes Abg Dendeng nya

Abg Dendeng jadi tukang masak orang kahwin

Aliff Mohd Nor berkata, dia terbabit dalam bisnes katering kerana tidak rasa cukup dengan gaji diterima sebagai penasihat

sukan di sebuah syarikat di Sri Damansara, di ibu negara.

Katanya, sebaik tamat pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dan Rekresi Universiti Institut Teknologi

MARA (UiTM) pada 2016, gaji kasarnya ketika itu hanya RM2,200 sebulan.

“Saya rasa tak puas kerja sebab dapat gaji tak setimpal dan saya fikir orang lain yang makan gaji alami masalah sama.

“Bila sudah tolak caruman yang patut, gaji tinggal RM1,800. Itu belum tolak lagi duit ansuran kereta dan nasib baik saya

duduk bersama keluarga.

“Ketika hadapi masalah macam itu, saya terfikir macam mana nak dapat gaji sebulan boleh cecah RM10,000 ke RM30,000

dan timbul lah idea nak bisnes katering,” katanya.

Beliau berkata, dia pilih bisnes katering kerana konsep bisnes jenis servis boleh dapat untung sekitar 60 hingga 70 peratus

banding dengan jual produk.

“Saya berani bisnes katering sebab berbaloi beza jika pilih bisnes produk kerana ‘main’ dengan pasaran termasuk ada kos siling bahan tertentu.

“Bisnes servis lain, margin untung tinggi dan saya ada vendor seperti fotografi, dewan, pelayan dan lain lain yang sedia bila

bila masa jika saya dapat tempahan majlis perkahwinan.

Abg Dendeng muncul selepas Covid 19

Menurut Aliff Mohd Nor, bisnes daging dendeng nya bermula selepas dia mengalami kerugian teruk akibat Covid 19 pada 2020.

Katanya, sebelum itu bisnes katering nya sedang naik dan sentiasa dapat tempahan di sana sini.

“Saya buka bisnes katering pada tahun 2017 untuk majlis perkahwinan dan masak dalam kuantiti banyak hingga cecah 1,000 pax

“Masuk 2019, saya mula pergi ekspo dan besarkan dapur tetapi masuk 2020 kita kena Covid.

“Kita buat servis wedding planner, biasalah kita akan ambil deposit dan bila orang ramai panik saya kena pulangkan balik semua deposit tempahan dan bayar ganti rugi hingga akaun saya tinggal kosong,” katanya.

Beliau berkata, ketika hujung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), timbul idea mahu jual daging dendeng selepas terlihat produk itu yang dibuat ready to eat ada dipamerkan di sebuah pasaraya.

“Saya terfikir saya pun boleh buat daging dendeng dan resipi semua sudah ada, kenapa saya tak buat macam ini.

“Tetapi, masa itu modal saya tak banyak dan saya mula dengan buat daging dendeng sejuk beku dan jual di laman Instagram dan Facebook peribadi,” katanya.

Abg Dendeng resipi turun temurun

Anak ketiga dari empat itu berkata, ketika itu dia hanya berseorangan menyediakan masakan dendeng dengan guna resipi warisan turun temurun.

“Masa itu memang ‘keras’. Saya akan bangun sekitar 5 pagi dan pergi ke Pasar Selayang.

“Saya ulang rutin itu hari hari dan saya boleh masak 50 kilogram dendeng daging kerbau guna resipi ibu yang berasal dari Muar, Johor.

“Waktu itu, semua peti ais besar sudah dijual, jadi saya memang masak guna bahan segar seperti serai, bawang yang disediakan setiap hari,” katanya.

Beliau berkata, dendeng daging kerbau sejuk beku dijual RM75 untuk sekilo gram.

“Cuma pada hari raya sahaja saya akan jual kira kira 200 kilogram dendeng termasuk dendeng daging batang pinang lembu,” katanya.

Beliau berkata, namun produk itu kurang dapat sambutan kerana tak boleh bawa ke mana mana tanpa ais.

“Produk sejuk beku saya hanya mampu bertahan 2 bulan iaitu masa puasa dan raya. Hari biasa memang jualan slow

“Bila nak keluar rumah baru saya boleh keluarkan dari peti ais kerana jika dikeluarkan awal, dendeng sejuk beku sudah jadi lembap dan boleh rosak sebab bakteria,” katanya.

Dari masalah timbul peluang

Beliau berkata, dalam masa sama beliau nampak potensi jualan nya itu kerana ada pelanggan yang bawa pergi umrah dan dibeli ibu bapa untuk bekal anak mereka ke sekolah

Katanya, tak mahu berhenti sekerat jalan, dia pergi ke kelas retort masakan dan mula pasarkan Abg Dendeng di Tik Tok dan Shopee dengan harga RM12 untuk satu pek 110 gram.

“Saya lihat produk dendeng siap dimakan ini ada permintaan dan cara nak jual.

“Produk masakan retort ini mampu bertahan hingga 2 tahun lamanya dan mudah dibawa ke mana mana,” katanya.

Katanya, produk nya itu bantu jimat ibu bapa yang sibuk bekerja untuk masak juadah dendeng bagi hidangan famili mereka.

Katanya, dia pilih online kan bisnes dan tidak guna sistem ejen konvensional kerana ada pro dan kontranya.

“Ejen ada kebaikan, saya lihat agen ini boleh jadi bagus atau tak. Sistem ini sudah nak mati sebab ada sistem affliate

“Agen mereka ada stail lama dan jual di platfom sendiri. Tetapi kalau jual online, video boleh tonton bila bila masa, kita tak tahu waktu bila barang laku,” katanya.

Beliau berkata, dia pilih untuk konsisten buat LIVE di Tik Tok selama enam jam setiap hari dan bersyukur kerana boleh capai hingga 6,000 mata memandang setiap sesi.

Katanya, atas sebab itu, dia boleh raih jualan kira kira 2,500 pek setiap bulan walaupun cuma ada kira kira 6,000 pengikut di akaun Abg Dendeng.

“Masa awal awal LIVE di Tik Tok saya hanya mampu jual dalam 100 pek sebulan namun sejak Januari tahun lalu hingga kini jualan cecah 2,500 pek setiap bulan.

“Kini saya dua pekerja sambilan dan masakan disediakan di halaman rumah saya ,” katanya.

Tak mahu ulang kesilapan lama

Aliff berkata, bagi kekal kan motivasi dan kesihatan diri, beliau pilih untuk buat rutin sihat dari segi perbuatan dan makanan pada setiap hari.

Katanya, sebagai pemilik bisnes beliau mahu dirinya dilihat menyakinkan untuk raih kepercayaan pelanggan.

Katanya, beliau tidak mahu ulang kesilapan lama apabila sibuk bisnes hingga kesihatan dan masa bersama keluarga dan rakan terabai.

“Kesilapan yang saya buat masa buat bisnes katering dahulu, saya tak jaga kesihatan dan penampilan diri, tak terurus, makan bila bila masa saya nak, baju dan seluar pun tak kisah nak beli

“Masa dengan keluarga pun tiada hingga saya hanya akan jumpa ibu dan ayah pada awal pagi Isnin setiap minggu sahaja walau duduk serumah

“Rutin itu lanjut selama 3 tahun buat punca saya alami masalah obes dan pernah cecah 120 kilogram selain dapat penyakit darah tinggi,” katanya.

Aliff berkata, kini selepas solat Subuh, beliau amal dengar atau tonton video motivasi sama ada bisnes atau gym atau apa apa yang positif, sebelum sarapan.

“Saya masak telur hancur bersama oat dan pisang untuk sarapan. Kuning telur ada omega 3 yang banyak tapi ada LDL kolestrol dan kalau ambil berlebih tak berapa bagus.

“Tengahari pula saya akan makan hidangan nasi dan ayam bakar dan sayur. Manakala setiap petang saya akan pergi gym selama satu jam setengah dari Isnin hingga Jumaat.

“Malam saya akan makan nasi putih dan ayam panggang dengan sayur atau tukar tukar ke nasi goreng tanpa minyak.

“Sabtu dan Ahad hari rehat saya dan masa itu adalah sikit saya buat cheat meals,” katanya.

Kongsi tips untuk newbie

Abg Dendeng

Aliff berkata, untuk tarik minat pembeli, dia menjadi diri sendiri dan telus sama ada di dalam atau di luar kamera.

Katanya, content pasal bisnes tak menarik tetapi jadi platfom yang bagus untuk bina keyakinan pembeli terhadap jenama nya.

“Saya bina kenyakinan pembeli dari video content yang saya buat sama ada memasak, kongsi resipi, atau tunjuk progress bisnes, apa yang saya pakai, beli dekat mana, saya jujur.

“Dari situ saya perasan, pembeli saya trust dan tertarik untuk beli produk Abg Dendeng. Tanpa diminta mereka bagi review yang ikhlas,” katanya.

Katanya, sifat berani dan tidak hirau ‘biawak hidup’ perlu ada dalam diri semua pendiri bisnes.

“Bila kita takut dengan diri sendiri dan cakap boleh ke aku post macam ini, apa orang akan tengok, apa orang akan cakap.

“Benda macam itu kena buang dulu dan bila kita tak hirau apa orang cakap dan kita tahu itu benda betul untuk kita, di situ kita akan menang trust orang.

“Kita kena ada kejujuran sebab kita tak boleh compete dengan orang yang terkenal. Kita tunjuk apa yang ada dan ikhlas kita tunjuk kita adalah orang yang sama bila jumpa di luar dan di depan kamera,” katanya.

Merangkak sebelum berlari

Katanya, jangan takut untuk ambil langkah kecil kerana semua orang merangkak sebelum berjalan

“Tak kisah berapa lama merangkak, yang penting ada progress dari masa ke masa. Masa dahulu saya ada pergi kelas LIVE dan dihadiri 500 orang.

“Majoriti dalam kelas angkat tangan bila ditanya ‘siapa ada akaun Tik Tok dan beg kuning, tapi tak buat LIVE.

“Mereka tak berani sebab asyik fikir kan apa orang cakap, padahal sudah tahu boleh buat LIVE memang dapat income.

“Memang tak semudah itu, tapi kena konsisten,” katanya.

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

Coach Bahar – ‘Jangan Pakai Otak Sangat’

Momento Cafe bangkit dari episod duka

Leave a Reply

Your email address will not be published.