Loading

pensyarah tortilla

Gaji pensyarah memang kita tahu antara yang best. Hidup insyaAllah selesa, tapi itu masih tak cukup buat pensyarah ini

Wanita ini sanggup buat ‘job’ lain setiap 3 pagi hingga tak keruan hidupnya. Kita tak berada di tempat beliau. Sama

sama kita baca kisah di bawah ini dan ambil iktibar okay. Kita doakan wanita ini diberi bantuan dari mana mana arah dan

dimurahkan rezeki jua hendaknya supaya tak payah lagi buat kerja itu. Aminnn

Gaji pensyarah memang sedap, tapi…

Johor Bahru – Seorang pensyarah ditimpa ujian getir apabila suaminya hilang kerja selepas disahkan menghidap penyakit

buah pinggang tahap lima sejak tiga tahun lalu.

Jika sebelum ini, kehidupan mereka bersama empat anak kecil mewah kerana gaji suami mencecah puluhan ribu ringgit

sebulan, tapi hari ini, semua gaji isteri terpaksa dihabiskan untuk membayar komitmen hutang yang ada.

Bagi, Ani, (bukan nama sebenar), kerana gaji pensyarah tak cukup, dia berhempas pulas bagi mencari wang tambahan

dengan bangun pada jam 3 pagi setiap hari bagi menyiapkan jualan tortilla ayam goreng dan pergi kerja selepas itu.

“Masa sebelum pandemik Mac 2021, suami kerja di pelantar laut di luar negara di Amerika Syarikat. Selepas itu dia cuti

sebulan dan sepatutnya kena pergi Brazil , tapi disebabkan semua lock down, airport tutup, sejak itu dia tak naik kapal.

“Suami ada penyakit darah tinggi, dia ada buat temujanji dengan doktor kerajaan apabila kesihatan suami semakin merosot

dan doktor sahkan suami ada penyakit buah pinggang tahap 5.

“Kami ada anak berusia, 10, 9, 7 dan 3 tahun. Umpama gaji pensyarah yang saya dapat diguna habis bayar hutang. Untuk

makan dan semua perbelanjaan dapur itu saya kena bangun 3-4 pagi buat tortila

“Badan saya yang penat, lepas siap buat tortilla, saya akan hantar juadah ke kedai kawan dan saya sambung masuk kelas

untuk mengajar dari jam 8 pagi hingga 5 petang,” katanya.

Beliau ditemui ketika Bengkel eBay Prenuer Export Oversea Academy di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai baru baru ini.

Suami bantu jika berdaya

Beliau berkata, keadaan kesihatan suaminya tidak menentu, jika mampu suami nya akan bantu siap kan

jualan tortilla pada awal pagi namun jika tidak, dia akan melakukan nya sendiri.

“Alhamdulillah suami masih boleh urus diri sendiri dan anak anak tetapi dia tak boleh angkat berat kerana boleh sesak nafas.

“Kesihatannya tak tentu, apabila dia sihat, suami akan bantu goreng ayam manakala saya akan bungkus dan hantar tortila

ke kedai kawan, itu pun hasil jualan memang tak menentu.

“Tahap suami sakit paling teruk, dia akan terbaring sahaja hingga bengkak tubuh badan. Kadang kadang terlebih air pun tak boleh.

“Suami buat rawatan dialilis seminggu 3 kali dan itu nasib baik kerajaan bayar kerana suami saya layak dapat manfaat

perubatan dari gaji pensyarah kerana saya kakitangan kerajaan,” katanya.

Pensyarah ajar subjek usahawan cari guru belajar bisnes online

Beliau berkata, bila gaji pensyarah tak cukup, dia tidak mahu terus meratap nasib dengan takdir menimpa, dia dan suami

mencari jalan bagi buat bisnes yang sesuai dengan situasi mereka itu.

“Semakin hari kesihatan suami tak mengizinkan , jadi riki riki apa bisnes online yang boleh saya buat sambil duduk rumah

dan ada masa untuk anak anak.

“Apabila saya nampak iklan Dr Zul ini saya sangat teruja untuk belajar dan dalam hati saya kata benda ini boleh dapat ilmu

baru, untuk bisnes sampai ke peringkat antarabangsa.

“Saya plan nak datang sini bersama suami sebenarnya tetapi akhirnya saya minta suami tinggal di rumah jaga anak anak

dan saya yang pergi kelas face to face ini, dan balik nanti, saya akan ajar suami ilmu eBay ini,” katanya.

Beliau berkata, sebagai pensyarah yang ajar subjek bisnes, beliau juga sanggup datang berguru Dr Zul dan membuang ego nya.

“Selaku pensyarah keusahawanan, kita biasa ajar pelajar buat, bungkus dan macam mana nak jual produk secara

bersemuka dengan pelanggan mahupun online.

“Setakat ini kita ajar kaedah online, iaitu Facebook dan Shopee, tetapi tiada lagi pelajar yang buat secara serius.

“Apabila saya tengok Dr Zul buat pasal eBay ini saya rasa sangat sangat bagus. Walaupun ada gaji pensyarah saya masih

perlu cari income lain dan perlu ilmu macam ini untuk kongsi dengan pelajar saya,” katanya.

Beliau berkata, ini adalah kali kedua beliau datang kelas yang sama namun kali ini secara bersemuka kerana benar benar

serius untuk ubah nasib diri dan memajukan orang lain.

“Kali pertama saya masuk kelas online Dr Zul. Saya tertarik dengan kaedah mengajar Dr Zul yang sangat mudah difahami,” katanya.

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di sini

Lagi artikel menarik di bawah

Doa pembuka rezeki dan kekayaan dari Ustazah Asma’

Leave a Reply

Your email address will not be published.