Loading

Cara pemasaran di eBay 2024

Cara pemasaran di eBay ini adalah panduan buat seller yang tercari cari jawapan kepada persoalan yang membelenggu diri mereka selama ini

‘Saya tak pandai nak bisnes dalam eBay ini, takut salah jalan rugi pula’

Ini adalah dilema biasa dihadapi oleh newbie dalam mana mana bisnes sekalipun, ketidakpastian yang hadir itu kerana masih baru, kosong dan tiada petunjuk yang betul

Menerusi artikel ini anda akan mendalami serba sedikit ilmu mengenai cara cara pemasaran yang perlu dilakukan oleh seller di eBay

Semoga membantu ya !

Cara pemasaran di eBay : Tajuk Produk yang Menarik

Buat tajuk produk yang jelas, menarik, dan mengandungi kata kunci yang relevan untuk memudahkan pengguna mencari produk anda di eBay.

TIPS nya adalah anda tiruvasi seller seller yang berjaya membuat jualan produk yang laris di eBay

Cara nya anda pilih salah satu niche yang anda minat, contoh nya anda pilih kategori home and garden dalam tempoh 30 hari lalu

Selepas itu tekan butang RESEARCH dan pilih mana mana item terlaris seperti di bawah

Cara pemasaran di eBay 2024

Jika anda ingin jual item yang sama perhatikan tajuk yang ditulis oleh seller ini

Expanding Expandable Flexible Garden Water Hose w Spray Nozzle 25, 50, 75, 100FT

Beliau memberi dekspripsi yang jelas iaitu hos air ini boleh mengembang untuk kegunaaan kebun dengan panjang dari 25 hingga 100 kaki

Perkataan With ditulis dengan w dan FT mewakili ukuran ‘kaki’ ini dapat jimatkan ruang dan mudah dibaca oleh bakal pembeli

Cara pemasaran di eBay : Deskripsi Produk yang Terperinci

Sediakan deskripsi produk yang lengkap dan terperinci, termasuk maklumat tentang ciri-ciri, manfaat, dan keadaan produk. Ini membantu pembeli membuat keputusan yang tepat.

Dengan contoh yang sama, lihat kepada deskripsi yang disediakan

Cara pemasaran di eBay 2024

Jelas dan menarik bukan, ia menjelas kan secara terperinci tajuk yang ditulis setiap perkataan termasuk spesifikasi

Cara pemasaran di eBay : Gambar Berkualiti Tinggi

Gunakan gambar produk yang berkualiti tinggi dan dari pelbagai sudut. Gambar yang jelas dan menarik dapat meningkatkan minat pembeli.

Cara pemasaran di eBay 2024

Cara pemasaran di eBay : Penentuan Harga yang Kompetitif

Kajian pasaran untuk menetapkan harga yang kompetitif. Anda boleh menggunakan fungsi “Best Offer” atau “Auction” untuk menarik lebih banyak pembeli.

Promosi dan Diskaun

Tawarkan promosi atau diskaun khas untuk menarik perhatian pembeli. Ini boleh termasuk potongan harga untuk pembelian berganda atau penjualan kilat.

Cara pemasaran di eBay 2024

Dalam kes seller di atas ini, beliau menggunakan offer harga rendah untuk belian pukal selain tawarkan pemulangan barang jika pelanggan tak berpuas hati dengan pembelian

Ini sudah tentu memberi nilai tambah terhadap produk jualan nya dari pesaing lain

Perkhidmatan Pelanggan yang Cemerlang

Berikan perkhidmatan pelanggan yang baik, seperti respons yang cepat terhadap pertanyaan dan penyelesaian masalah dengan segera. Ini boleh meningkatkan penilaian dan ulasan positif.

Cara pemasaran di eBay 2024

Penggunaan eBay SEO

Optimalkan senarai produk anda dengan kata kunci yang relevan dan menggunakan tag yang betul untuk meningkatkan kedudukan dalam hasil carian eBay.

Penghantaran Pantas dan Mudah

Tawarkan pelbagai pilihan penghantaran yang fleksibel dan pastikan produk dihantar dengan cepat. Penghantaran percuma juga boleh menjadi satu kelebihan.

Analisis Prestasi Jualan

Gunakan alat analisis eBay untuk memantau prestasi jualan anda. Ini termasuk melihat jumlah tontonan, kadar penukaran, dan ulasan pelanggan untuk membuat penambahbaikan.

Pengiklanan Berbayar

Manfaatkan iklan berbayar di eBay, seperti Promoted Listings, untuk meningkatkan keterlihatan produk anda dalam carian dan menarik lebih banyak pembeli.

Dengan mengikuti strategi-strategi ini, anda boleh meningkatkan peluang untuk berjaya dalam perniagaan anda di eBay.

Belajar cara pemasaran di eBay dengan lebih mendalam lagi

Jom masuk kelas Dr Zul, di sini anda akan belajar cara menjual di eBay dengan betul dan berkesan

Founder kami, Dr Zul yang juga Top Rated Seller eBay sudah bertapak dalam dunia eBay sejak 2010 lagi

Beliau yang juga Pensyarah Kanan di UTHM kini sedang melatih sesiapa yang berminat untuk belajar bisnes eBay melalui Export Oversea Academy – UTHM

Syarikat spin-off milik UTHM ini sudah melatih lebih 40,000 student dari dalam dan luar negara hingga kini

Kuasai teknik RCA dan HDLR

Secara ringkas, anda akan belajar 5 chapter cara menguasai bisnes di eBay

Iaitu yang pertama cara nak setup akaun eBay (sebelum, semasa dan selepas) hingga akaun berkenaan bersedia untuk menjual

Kedua, adalah langkah mencari barang yang boleh dan tak boleh dijual berdasarkan data

Data ini akan menentukan kadar kejayaan yang tinggi

Caranya adalah kuasai teknik High Demand Low Risk (HDLR) dan RCA

Sekiranya kedua teknik ini dikuasai dengan baik, InsyaAllah 95 peratus barang di kedai eBay boleh terjual

Ketiga, adalah teknik bagi optimum kan potensi kedai eBay kita dilihat dan dilawati oleh buyer

Teknik optimum ini termasuk kenal pasti apa volume search dan kata kunci dicari oleh buyer di eBay

Keempat, adalah proses pemilihan syarikat kurier yang tepat untuk menghantar barang pelanggan ke luar negara 

Kelima adalah cara memaksimumkan keuntungan dengan melebarkan bisnes melalui penggunaan gudang di USA

Ini adalah bekal utama bagi seorang seller di bawah bimbingan Dr Zul untuk pecah telur 

Seterusnya dapat income dalam USD

Sama seperti apa yang anda lihat di bawah ini 

Lihat apa kata anak anak murid Dr Zul

Jika tuan puan sudah bersedia untuk belajar bisnes di eBay

Ini adalah masa yang tepat, bukan semalam atau esok

Takdir tuan puan membaca artikel ini bukan kebetulan

Ia adalah jawapan kepada persoalan yang belenggu tuan puan ketika ini

‘Nak bisnes apa?’

Tuan puan sedia maklum, 9/10 sumber rezeki datang dari 

asbab membuat bisnes

Sudah ramai mereka di luar sana yang pernah berada di posisi tuan puan ketika ini

Mereka tercari cari cara raih pendapatan sampingan

Lebih lebih lagi kos hidup kini menekan di kanan dan kiri

Lihat lah apa kata mereka yang sudah pergi ke kelas anjuran Dr Zul

Jangan tunggu lagi tuan puan

Siapa yang mahu tolong diri kita

Kalau bukan diri sendiri

Duit tak datang bergolek

Perlu usaha

Maka bertindak lah sekarang

habis//

(kredit gambar utama kepada PC World)

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

ShipBob : 101

Terapeak : 101

Black Friday Cyber : Ini maksudnya…

10 hot selling product on Amazon 2024

Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay

Leave a Reply

Your email address will not be published.