Loading

“Boleh ke nak buat duit kat Tiktok Shop kalau tak cukup 1000 followers?

Jawapannya “Boleh”.

Kini, Tiktok terus mengungguli carta teratas pilihan pengguna untuk buat duit secara affiliate atau dropship.

Dengan strategi pemasaran yang berkesan, affiliate marketing melalui Tiktok terbukti boleh menjana pendapatan pasif yang lumayan.

Saya kongsikan di sini macam mana nak buat duit di TikTok tapi tak cukup 1000 follower.

Sign Up Guna Akaun TikTok Dan Sahkan

Anda tak perlu mempunyai akaun SSM pun untuk mendaftar sebagai affiliate di Tiktok Shop.

Maksud nya boleh guna akaun personal.

Download aplikasi TikTok Shop Seller Centre. Pastikan anda pilih Malaysia Shop untuk negara sebagai lokasi kedai anda.

Isi maklumat yang diperlukan dan akhir sekali sahkan akaun TikTok Shop anda dengan IC manakala,

akaun korporat anda perlu sahkan dengan SSM dan akaun bank semasa.

Boleh tengok kat video Tiktok ni kalau nak tau details nak buka akaun Tiktok Shop Affiliate.

https://www.tiktok.com/@coachiraaziz/video/7149533533210512667?lang=en

Biasanya ambil masa 24 jam jika tiada masalah dengan maklumat yang diisi.

Bila dah dapat email pemberitahuan tentang akaun Tiktok Shop anda telah berjaya,

anda perlu link kan akaun TikTok anda dengan akaun Tiktok Shop.

Maksudnya tak perlu la nak sign in guna dua akaun berbeza.

It’s time To Listing!

Nak listing produk mudah je.

Bila anda dah berjaya sign in, anda klik pada accept invitation daripada Tiktok Shop Seller Centre,

butang Shop secara automatik akan terpapar pada profile Tiktok anda.

Lepas tu, anda klik TikTop Shop, Manage product, Add products, Products Marketplace,

Kemudian anda boleh pilih produk mana yang anda nak masukkan dalam showcase anda.

affiliate di Tiktok Shop
affiliate di Tiktok Shop

Pilih Potensi Komisyen

Anda boleh pilih produk yang berpotensi untuk dapat komisyen yang tinggi.

Nak tau berapa banyak anda dapat komisyen, boleh tengok pada earn pada setiap list produk.

Walaupun sesetengah produk komisyen tak tinggi sangat, tapi kalau anda dapat jual pada volume yang banyak,

boleh dapat buat duit di Tiktok Shop dengan komisyen yang tinggi.

Yang penting, kena rajin dan konsisten buat content video untuk promote produk affiliate yang anda pilih tu.

Sekarang dah ada features untuk generate video secara automatik. Ikut je arahan yang diberi.

Kalau ada yang nak cari duit lebih dengan komisyen USD yang lebih berbaloi ada je.

Sama juga proses nya kena buat listing. Yang ni real belajar dengan mentor secara direct.

Leave a Reply

Your email address will not be published.