Loading

Secara fitrahnya, anak-anak dengan bermain memang tak dapat dipisahkan. Anak-anak yang membesar ini perlu dirangsang supaya perkembangan anak anda sesuai mengikut umurnya. Ajak mereka bermain untuk mengisi masa berkualiti bersama anak.

Tak kisahlah permainan apa pun. Selain daripada membeli permainan di kedai, anda sebagai ibu bapa boleh melakukan aktiviti secara DIY bersama anak-anak di rumah.

Di sini saya kongsikan 5 benda wajib yang perlu ada bagi memudahkan anda melakukan aktiviti DIY bersama anak-anak. Bila kita buat aktiviti seperti ini tak ada lah anak nak tengok handphone 24 jam kan!

1. Batang Aiskrim

masa berkualiti bersama anak

Anda boleh kumpulkan batang aiskrim atau pun boleh dapatkan di kedai alatulis atau Kedai Eco RM2, ataupun di Mr DIY online batang aiskrim yang berwarna warni yang lebih menarik.

Dengan batang aiskrim ini anda boleh membuat kraf tangan seperti penanda buku, puzzle , frame gambar dan sebagainya.

2. Cotton Ball

Cotton ball yang berada di pasaran terdapat dengan pelbagai warna. Kegunaan cotton ball ini adalah untuk sensory perkembangan anak anda kerana teksur permukaannya yang kasar. Selain daripada itu ia dapat merangsang deria penglihatan anak-anak.

perkembangan anak anda

3. Riben

Riben juga dapat menarik perhatian anak-anak kerana pelbagai warna dan corak.

Antara aktiviti yang boleh bermain dengan riben ialah :

Mengikat riben, Menyusun riben mengikut warna dan saiz, Threading, Membalut kotak dengan riben dan sebagainya.

4. Penyepit Baju

Anda mementingkan masa berkualiti bersama anak anda?

Benda ni adalah di antara milestone penting dalam perkembangan anak anda. Pincer grasp ini merupakan keupayaan kanak-kanak mengambil objek yang kecil menggunakan hujung jari.

masa berkualiti bersama anak

Anda boleh juga buat aktiviti lain dengan menggunakan peyepit baju ini antaranya ialah sepitkan pada kad atau kertas.

5. Manik / Butang

Akhir sekali ialah manik atau butang. Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan dengan manik kerana strukturnya yang kecil dan berwarna-warni pasti menarik minat anak anda.

Namun, anda harus memantau anak anda ketika bermain objek kecil ini. Kemungkinan untuk mereka masukkan objek ke dalam rongga seperti mulut atau telinga sangat tinggi.

Walaupun anda buat bisnes online, jangan risau masa berkualiti dengan anak pasti ada! Yang penting anda bijak seimbangkan antara keduanya. Anda boleh follow tips macam mana nak bahagikan masa untuk keluarga dan kerja bisnes anda.

>> Nak Belajar Buat Bisnes eBay Sambil Bermain Dengan Anak?

Leave a Reply

Your email address will not be published.