Loading

Bila sebut sahaja minimalis anda pasti terbayang konsep deko rumah kan? Saya percaya masing-masing punya citarasa dan konsep tersendiri. Semua daripada kita mahukan kebebasan dari soal berpakaian, cara pembawakan diri hinggalah hiasan dan susun atur rumah. Konsep minimalis deko jadi pilihan usahawan suri dengan konsep ruang yang lapang bagi seorang usahawan nak suasana tenang, lebih sederhana dan nampak simple.

Adakah anda seorang yang minimalis?

Minimalis sinonim dengan ruang kosong, warna dan corak yang polos, bebas dan sederhana. Untuk dapatkan ruang yang ideal, anda perlu kenal diri anda terlebih dahulu. Yang pasti idea cara menata rias dan susun atur sangat mencerminkan diri anda.

Konsep minimalis juga menjadi pilihan kini kerana selain dapat meminimumkan visual dan fokus, konsep ini dapat mewujudkan ruang yang sederhana, simple dan berjiwa bebas.

Less is more

Jika anda seorang yang minimalis, perkara utama yang perlu dipertimbangkan ialah konsep ruang yang lapang dan fungsinya. Bagi seseorang usahawan suri mungkin dari cara pandang yang berbeza, konsep ini sesuai dipraktikkan kerana ia lebih simple, tak berlebihan. Ibaratnya seperti tak nak show off sangat.

usahawan nak suasana tenang

Dekorasi ‘ tidak perlu’ ini sebenarnya bukan tak nak cantikkan kediaman atau tak nak lebih ‘meriah’ tetapi bila rutin seharian seorang usahawan suri dah begitu ‘complicated’ , mereka lebih selesa dengan konsep less is more. Bagi mereka yang lebih penting ialah konsep ruang yang lapang dan pencahayaan yang baik.

Bagi pemilihan perabot pula, beli yang minimum atau yang perlu sahaja untuk sesuatu ruang. Contoh untuk ruang tamu, yang perlu ada TV, rak meja kopi dan sofa. Biasa aksesori dan perabot ini ramai lebih menggemari ber ‘shopping’ di Objet Home. Beli online lebih mudah.

Hadap Ragam Client, Bagi Seorang Usahawan Nak Suasana Tenang Bila Balik Rumah

Hadap Ragam Client, Bagi Seorang Usahawan Nak Suasana Tenang Bila Balik Rumah

Kebebasan dalam menata rias kediaman, bagi seorang usahawan kekal dengan konsep minimalis. Antara salah satu faktor adalah kerana setelah seharian menghadap ragam client yang pelbagai, bila balik rumah tu nak kan suasa yang tenang-tenang je. Saya yakin ramai lagi mereka di luar sana lebih menggemari konsep ini kerana bersikap lapang dada.

Bukan tak ada perabot atau barang langsung tetapi dengan konsep ini, hidden storage sangat memainkan peranan dan fungsinya untuk menyimpan barang.

konsep ruang yang lapang

Ruang Lapang, Anak-Anak Selesa Bermain

Leave a Reply

Your email address will not be published.