Loading

Anak-anak adalah permata buat ibu bapa. Dialah penawar dialah juga yang menjadi racun.

Berbeza fasa anak-anak yang kecil dengan anak yang mula nak membesar. Ketika kecil mereka sangat bergantung dengan kita dan anak rapat dengan ibubapa.

Tetapi semakin mereka membesar mereka dah bersekolah dan mula berkawan, ingin bermain dengan kawan sehingga tak bergantung dengan kita sepenuhnya. Mereka pun dah pandai memilih dan tahu apa yang mereka suka. Ibu dan bapa harus sama-sama-sama mengambil peranan dalam proses mendidik.

Di antara Tips untuk Mendidik Supaya Nak Anak Rapat Dengan IbuBapa Sampai Besar ialah

1. Jadikan Mereka Sebagai Kawan

Bermula pada umur 10 tahun, anak-anak ini akan semakin meningkat dewasa. Sesekali kita perlu untuk biarkan mereka bebas untuk memilih. Mereka pun dah ada kehendak sendiri. Bagi yang perempuan, anak ini perlu diasingkan tempat tidurnya. Sudah tentu mereka ingin mempunyai ruang mereka sendiri.

Bagi anak lelaki tak perlu untuk kita marah-marah dia. Cukup dengan ketegasan dan nyatakan sebab kenapa mereka tak boleh buat sesuka hati mereka. Bila meningkat dewasa, mereka dah boleh berfikir sendiri. Pimpinlah melalui teladan dan contoh supaya anak rapat dengan ibubapa. Nak anak kita solat, kita kena solat bersama mereka.

2. Beri Peranan Kepada Mereka

Sesekali anda harus memberi kepercayaan kepada mereka dengan memberi peranan dan tanggungjawab. Oleh itu mereka dapat membina keyakinan diri yang tinggi. Contohnya beri peluang kepada anak sulung sebagai abang untuk menjadi imam mengetuai adik beradik yang lain. Beritahu mereka yang lain perlu untuk mengikuti abang sebagai pengganti ibu dan ayah.

Jangan beri janji kosong kepada anak lelaki. Secara fitrahnya anak lelaki lebih terkesan dengan kata-kata dan nasihat dan doa. Jika janji sekadar janji yang kedengaran daripada telinga mereka akan mula rasa kurang hormat kepada ibu bapa.

3. Sentiasa Saling Ingat Mengingatkan

Ibu dan bapa perlu mengambil peranan dalam proses mendidik anak-anak ini. Lebih-lebih lagi anak lelaki yang bakal menjadi ketua dalam sesebuah keluarga. Betapa pentingnya didikan dalam membentuk sebuah keluarga ini dalam melahirkan generasi kepimpinan untuk mentadbir sebuah negara kelak dan membela bangsa dan agama islam itu sendiri.

Sambil-sambil bermain dengan mereka pun boleh diselangi dengan nasihat atau teguran. Tidak kira samada bermain dengan anak-anak yang kecil mahu pun yang besar. InshaAllah Hubungan anak rapat denagn ibubapa sampai besar!

anak rapat denagn ibubapa

4. Bagi Cabaran

Kalau anak lelaki ni dia sukakan cabaran. Cabar dia untuk cemerlang ke hadapan. Dia ada minat dan jalan pilihannya sendiri. Kita sebagai ibu bapa tolong lorongkan mereka ke jalan yang mereka minat.

Sesekali bagi lah reward kalau mereka dapat mencapai sesuatu yang membanggakan. Sekurang-kurangnya dapat menyuntik semangat mereka untuk teruskan usaha lebih kuat lagi.

Ajar anak-anak ini bagaimana untuk menghasilkan income sendiri supaya mereka kreatif dan sentiasa berfikir dan berusaha untuk menjadi insan yang berdikari.

Leave a Reply

Your email address will not be published.