0

Loading ...

Mindset dan semangat kena jitu - Dr Zul

Dr Zul

Dr Zul @ Dr Mohd Zulariffin Md Maarof berkata, bidang keusahawanan adalah jalan keluar yang paling cepat untuk capai titik bebas kewangan berbanding kerja makan gaji.

Pengarah Urusan Export Oversea Academy (EOA) itu berkata, seorang usahawan wajib ada ‘mindset’ dan semangat yang jitu untuk keluar dari kepompong kemiskinan.

“Selesai program eBayPrenuer Talk untuk warga pelajar UNISEL dan komuniti setempat area Shah Alam 

“Terima kasih kepada peserta yang datang dari dan luar Shah Alam termasuk pelajar UNISEL di atas jemputan.

“Alhamdulillah sesi berjalan dengan lancar. Dunia keusahawanan adalah dunia yang mencabar dan bukan semua orang layak untuk jadi usahawan.

“Namun jika ada mindset dan semangat untuk keluar dari kepompong kemiskinan, dia pasti berjaya, Insya Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Seminar Talk eBaypreneurship di Dewan Pro - Canselor UNISEL di sini semalam. Hadir sama, Pensyarah Subjek Keusahawanan UNISEL, Azlia Jaapar.

Lebih 400 peserta terdiri daripada pelajar dan orang awam terbabit dalam program anjuran EOA yang beri panduan lengkap untuk berbisnes melalui platfom eBay.

eBay dan Amazon sudah lahir ramai jutawan - Dr Zul

Dr Zul yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Sains dan Matematik Pusat Pengajian Diploma Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(UTHM) berkata, ketika ini banyak jalan pintas untuk memasuki bidang itu.

Beliau berkata, seseorang itu tidak perlu kemahiran pemasaran digital yang banyak bagi menjadi seorang penjual yang cekap.

“Cukup hanya belajar jadi penjual di platform eBay dan Amazon sudah boleh dapat potensi capai pelanggan lebih 300 juta

pengguna untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja.

“Sebabnya dua platfom ni adalah pasaran jualan e-dagang paling besar di dunia dan sebab itu Jeff Bezos dan Pierre Omidyar

boleh jadi billionaire

“Sebab di platform mereka itu, sudah bantu lahirkan ramai jutawan. Semoga program ini buka mata pelajar UNISEL dan komuniti

Shah Alam dan peserta dari negeri lain yang sanggup bersusah payah untuk mulakan langkah menjadi usahawan eBay dan Amazon.

"Masih belum terlambat, Better late than Never.Duduk Malaysia Takpe, Janji Gaji USD,” katanya.

Pelajar boleh buat duit dari bilik kolej

Sementara itu, pengarah program berkenaan Muhammad Iqbal Samsulhadi, 20, berkata, sesiapa sahaja ada peluang sama

bagi raih pendapatan dalam USD melalui platfom e dagang seperti eBay dan Amazon.

“Sebagai pelajar, program ini dapat buka mata dan minda kami bahawa tidak semestinya kami perlu tamat belajar dahulu, baru

boleh buat bisnes ini, dari dalam bilik kolej pun boleh buat, macam Dr Zul lakukan ketika awal menjadi penjual di eBay.

“Ketika itu beliau masih seorang pelajar sarjana Matematik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dan boleh jadi penjual

daun ketapang walau pun sedang belajar. Kami hubungi Dr Zul untuk beri ceramah kerana ia adalah tugasan wajib untuk kami anjur program usahawan.

“Ilmu yang kami perolehi sangat berharga bukan sahaja kami dapat belajar mengenai ilmu kepimpinan, kerja berpasukan

dan komunikasi, kami juga dapat belajar pasal eBay,” katanya.

Potensi eBay jadi kerjaya

Bagi pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan Siti Sarah Najwa Mohamad, 20, berkata sudah sampai masanya pelajar institut pengajian tinggi yang bekerja sambilan, belajar eBay dan Amazon kerana potensi pendapatan yang lebih lumayan.

“Macam saya sendiri bekerja sebagai pembuat kopi di sebuah cafe kerana perlu kan wang tambahan bagi biayai hidup sebagai pelajar.

“Kadang kadang kita bekerja 8 hingga 9 jam sehari pada waktu cuti atau lapang. Dalam masa sama perlu belajar, jadi ia amat memenatkan.

“Dengan peluang oleh Dr Zul ini, kami dapat belajar ilmu baru dan harap dapat jadi seorang penjual eBay dan jadikan bidang ini sebagai kerjaya dengan pendapatan lumayan seperti Dr Zul,” katanya.

Tempat kerja 'toksik, terpaksa berjauhan dengan famili

Bagi seorang pekerja yang mahu dikenali sebagai Ali berkata, dia berdepan situasi di tempat kerja yang toksik di Singapura dan berharap eBay jadi penyelesai masalah dihadapinya.

“Sebelum ini saya berniaga di sebuah medan selera di Cheras KL dan ketika covid melanda, habis segala wang simpanan kering sampai saya berhutang keliling pinggang.

“Jadi untuk selesaikan masalah kewangan yang teruk, saya ambil keputusan untuk cuba bekerja seorang diri di Singapura.

“Keluarga saya tinggalkan di KL demi mencari income yang lebih baik tapi cabaran dia sangat tinggi.

“Work environment yang sangat toksik, jauh dengan anak dan isteri dan macam macam lagi.

“Jadi saya perlu cari 1 solusi untuk ada bersama keluarga di KL di samping menjana income di eBay.

“Jadi saya berharap sebelum pulang ke KL, saya sudah boleh menjana income dan tak perlu lagi berjauhan dengan anak isteri,” katanya.

Ikat perut demi anak dan isteri

Bagi, peniaga yang mahu dikenali sebagai Fadhly, bisnes nya kurang menjadi dan terpaksa ikat perut demi menggembirakan anak dan isteri.

Katanya, percaya dengan bantuan Dr Zul dia mampu menjadi seorang penjual di eBay dan seterusnya dapat keluar dari masalah kewangan yang dihadapi.

“Saya rasa Dr Zul mampu beri impak untuk perubahan saya untuk lebih maju di samping itu boleh buka cabang baru untuk tambah rezeki.

“Dr Zul boleh terus bantu saya untuk tempuh ekonomi yang kurang menentu.

“Saya ada keluarga dan tidak mahu mereka dalam keadaan kesusahan pada masa akan datang. 

“Jadi saya membuat keputusan untuk join Dr zul punya program selepas saya rasa yakin apabila Tiktoker Ahmad Faezal menyebut tentang Dr zul.

“Harap Dr zul dapat ajar saya untuk terus kekal dalam industri ini dan lagi satu bulan puasa dan raya hampir tiba jadi pendapatan sebagai peniaga minuman yg kecilan ini kurang memberansangkan.

“Seringkali saya ikat perut untuk mengembirakan anak dan isteri, jadi saya kena cari jalan untuk cepat bertindak untuk tidak mahu berada dalam situasi begini setiap tahun

“Kadang kadang banyak benda saya kena catu,” katanya.

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

Coach Bahar – ‘Jangan Pakai Otak Sangat’

Momento Cafe bangkit dari episod duka

Abg Dendeng konsisten LIVE

Minyak Herba Asmak terjual 1 juta unit



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Suggested Keywords

All Keywords

Am Bisnes Teknologi eBay Tiktok Motivasi Life Usahawan Suri Tips Etsy Amazon mainj kluang zakat mahkamah tinggi muar setandan pisang jenayah hidup sederhana quotes hidup sederhana in english hidup sederhana dalam islam cara hidup sederhana Sumbangan Asas Rahmah SARA sumbangan tunai rahmah sumbangan asas rahmah Prof Muhd Kamil Ibrahim Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman belajar memandu ceasefire gaza gaza ceasefire ceasefire gaza israel gaza ceasefire Palestine israel trump Saif Ali Khan kampung oren ulu tiram tiga maut termasuk kanak kanak johor bahru Tanjung Embang tanjung embang sarawak tanjung embang asajaya Cara Menjual di Etsy cara menjual template canva di etsy cara menjual barang di etsy cara menjual produk di etsy cara menjual lukisan di etsy str str 20 str fasa 1 2025 bantuan str sumbangan tunai rahmah sumbangan tunai rahmah 2025 bayaran str fasa 1 2025 bayaran str 2025 str fasa 1 bayaran str bantuan str 2025 str 2025 fasa 1 bantuan tunai rahmah Cara untuk kurus dalam masa 3 hari CEO of Tiktok Mugunghwa kkoci pieot seumnida mr beast ceo of tiktok Jimmy Donaldson mr beast Taiwan earthquakes lhdn bnpl apps bnpl apps malaysia best pay later apps malaysia paylater malaysia best bnpl malaysia bnpl shopee bnpl meaning paylater merchant bnpl afterpay WhatsApp FB facebook ig instagram johan ghazali vs johan estupinan jojo vs estupinan jojo ghazali johan ghazali vs johan estupinan time malaysia nvidia share price nvidia nvidia stock deepseek ai stocks deepseek stock liang wenfeng nvda nvidia stock price what is deepseek nasdaq deepseek ai stock deepseek vs chatgpt deepseek share price china deepseek ai nasdaq index cnbc nvda share price nvda stock export mudah export mudah login export mudah v2 export mudah new export mudah ebook pdf export mudah v2 ebook Cara Dapat Duit Cepat dan Halal cara buat duit rm200 sehari cara buat duit 1000 sehari cara buat duit rm50 sehari cara buat duit online mudah usd cara dapat duit free cara cari duit lebih tanpa modal cara buat duit dengan whatsapp cara dapat duit dengan menonton youtube ibu tunggal permohonan bantuan ibu tunggal online ibu tunggal maksud bantuan ibu tunggal bantuan ibu tunggal rm kematian suami bolehkah istri kematian suami keluar rumah nafkah iddah kematian suami tempoh iddah kematian suami Sakit kencing manis kencing manis sakit kaki kencing manis jangka hayat pesakit kencing manis bolehkah penyakit kencing manis sembuh bacaan kencing manis punca kencing manis dibuang kerja pengiraan pampasan diberhentikan kerja kesalahan yang boleh dibuang kerja swasta surat memberhentikan pekerja bermasalah akta pampasan pekerja diberhentikan mengisi masa lapang contoh mengisi masa lapang manfaat mengisi masa lapang kesan mengisi masa lapang hutang penyatuan hutang penyatuan hutang pekerja swasta keburukan penyatuan hutang penyatuan hutang bagus atau tidak kerja kosong part time kerja kosong part time di rumah kerja kosong kerja tambahan menjana pendapatan cara cari duit lebih cara menjual di ebay Barang Malaysia Yang Laku di eBay keburukan berniaga di ebay produk malaysia yang laku di ebay amran abd hamid penyetpenyet.com dapur penyet borak orang kampung ayam penyet best