0

Loading ...

Rugi puluhan juta ringgit, bisnes ayam penyet merudum, tapi tak sangka Allah hantar pertolongan bangkit semula selepas tolong orang susah…

Pernah merekodkan jualan ayam penyet mencecah puluhan juta ringgit namun bisnesnya merudum, cawangan pun terpaksa ditutup gara-gara pelbagai ujian yang menimpa.


Daripada lebih 70 restoran di dalam dan luar negara, kini hanya tinggal 23 tinggal cawangan yang ada.

Itulah terjadi terhadap pemilik jenama penyetpenyet.com (dahulunya dikenali sebagai Dapur Penyet).


Bagaimanapun hal itu tak sedikit patahkan semangat Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Resepi Arena Sdn Bhd, francaisor penyetpenyet.com, Amran Abd Hamid (gambar).


Dia punya satu formula mujarab untuk mengubatinya


“Saya akan cari orang lebih susah dari saya untuk dibantu,” katanya dalam sesi podcast Borak Orang Kampung anjuran Export Oversea Academy - UTHM baru baru ini.


Bos ayam penyet dapat iktibar daripada sebuah keluarga daif 


Beliau akan mencari orang susah dan membantu mereka, tak kira beri wang makanan atau sebagainya

Katanya, pesanan yang diperolehi daripada alim ulama itu membuatkan hati dan fikirannya tenang melalui ujian ujian di dalam hidup.


“Kadangkala, bila kita jatuh ni dia ada wonders. Dia macam miracle. Benda-benda miracle.


“Antara benda yang jadi pada saya yang bila kita jatuh, jatuh perniagaan, kedai-kedai (ayam penyet) ditutup dan sebagainya.


“Antara benda yang buatkan saya bersemangat ini kita lihat orang lain lagi susah daripada kita.


“Prinsip tu kita pegang. Jadi bila kita sibukkan diri kita untuk bantu orang yang lagi susah daripada kita ni, kita akan lupa semua masalah kita walaupun kita susah.


“Kita cari orang susah masa tengah susah. Bagi makan, bagi beras, bagi duit, bagi apa-apa.


“Ada family yang saya ingat ada seorang ibu itu. Dia ada dua orang anak cacat dan dia ada seorang lagi anak yang baru diceraikan, duduk satu rumah dengan dia. Rumah flat yang kecil.


“Dua anak cacat itu berumur 30-40 tahun yang tak boleh bangun. Yang dia kena jaga 24 jam dan anak yang diceraikan itu hampir sama juga jadi cacat dan lumpuh kerana penyakit.


“Ya Allah. Jadi kita tengok dengan keadaan dia, Macam mana kita nak cakap Kita ni susah,” katanya.


Kena lihat orang lebih susah daripada kita untuk muhasabah diri


Katanya, disebabkan itu, setiap kali berdepan dengan ujian berat beliau dan pasukannya akan mencari orang susah.


Katanya, dengan berbuat demikian mereka dapat bina semangat dan bangkit semula.


“You boleh imagine tak? You cakap lah, You meniaga jatuh lah, hilang. Eh, Makcik tu lagi susah Daripada kita lah.


“Dan benda ini yang saya bawa pada semua team saya dan bila mereka tengok pun, mereka kata, ini ada orang yang lagi susah daripada kita ni.


“Dan benda tu lah yang saya ingat keep up the company. Untuk bangun balik, bina balik (bisnes). Sebenarnya itu memotivasikan saya dan pasukan,” katanya.


Katanya, bila kita melihat orang lain yang lebih susah daripada kita itu akan menyebabkan kita lebih bersyukur dan bermuhasabah diri.


“Kita ni terdiri daripada apa? Ada akal, jasmani, Ruh kita, Emosi kita. Semua kena Dalam keadaan perfect, Align Elok-elok, ngam-ngam. Cantik susunannya.


“Satu cedera, Dia akan efek yang lain. Luka dekat lutut. Nyut. Nyut. Nyut. Dia akan pengaruhi. Solat pun susah. Betul tak?


“Kemudian hati kocak. Ya Allah. Kenapa jadi macam ni. Ya Allah. Sakit pula kan.


“Kadang-kadang nak buat appointment. Kerana sakit yang nyut-nyut ni pun. Cancel appointment. Pasal apa? Pasal nyut-nyut sakit ni.


“Bayangkan kalau hati sakit, bayangkan emosi sakit, bayangkan fikiran luka. Macam mana?


“Sebab orang yang gagal ni. Jatuh ni. Banyak luka diterima, berdarah, bernanah  apa semua kan. Tak tahu di mana.


“Orang nampak macam, okey, sihat. Kita tak tahu dalam hati dia macam mana. Robak, rabik, luka semua tak nampak, bertampal pun tak nampak.


“Jadi, benda ni perlu disembuhkan. Macam mana nak sembuh? Muhasabah. Itu caranya,” katanya.


Bersyukur dengan nikmat yang ada


Beliau berkata, apabila terlalu memikirkan kesusahan boleh menyebabkan penyakit yang datang.


“Ada yang merungut, ada pula pergi enjoy-enjoy nak release tension. Healing sampai seminggu, dua minggu. Apa benda itu.


“Saya tak suka perkataan point lowest dalam hidup.


“Kenapa? Sebenarnya dalam hidup kita ni, Memang Allah Ta'ala takdirkan, Dia buat ujian-ujian kepada semua manusia.


“Macam kita duduk dalam satu petak ni, ada satu hadis Nabi Muhammad SAW cerita kan, di kiri kanan kita ni, yang mana kita akan hampiri dia (kematian).


“Jatuh ke, bangun ke, naik ke, turun ke. Inilah ujian-ujian dia. Yang kita kena lalui sebagai manusia.


“Kita kena accept benda tu. Jangan berkeluh kesah sangat. Jangan terlalu susah hati sangat.


“Jangan terlalu juga gembira sangat dengan apa yang kita dapat. Dengan apa yang nikmat yang Allah Ta'ala bagi,” katanya.


Tips bisnes daripada bos ayam penyet : 


Dalam sesi podcast itu beliau banyak berkongsikan tips dan motivasi perniagaan termasuk


1. Niat bisnes kerana Allah taala bagi membantu orang lain, termasuk berikan pekerjaan

2. Jatuh adalah perkara biasa dan wajib dalam bisnes. Hati hati kalau tak diuji, takut jadi kufur seperi Fir'aun.

3. Setan akan sentiasa hasut manusia tak melakukan kebaikan termasuklah cukup kerja dan berniaga untuk diri sendiri, kena lawan hasutan itu.

4. Untuk masuk ke syurga dan raih syurga tertinggi, perlu usaha. Tuan Amran berusaha bina bisnes supaya dapat beramal banyak termasuk sedekah, zakat, beri pekerjaan. Bantu lebih ramai orang.

5. Kaya bukan tujuan, kalau kaya, jika tak bantu orang pun tak guna, jadi kata kuncinya bisnes perlu maju untuk bantu lebih ramai orang.

6. Orang berjaya dalam bisnes punya mindset wang bukan keutamaannya. Sebaliknya dia punya visi dan misi besar untuk dikejar. Iaitu untuk memberi manfaat kepada orang lain.

7. Manusia diutus untuk menjadi khalifah atas muka bumi, jika seseorang punya ilmu tinggi termasuk dalam hal ehwal agama, tetapi tak menyebarkannya untuk kebaikan, pun tiada gunanya.

8. Beliau meluaskan jenama dan cabang bisnes melalui pasukan pengurusan korporat, franchise dan usahasama (JV) contohnya beliau JV bersama Abang Tesla dan Zack Gaming buka Restoran Nasi Lemak 3 Days.

9. Beliau drop out dari kos sains di UPM atas pilihan sendiri dan ambil Diploma Pentadbiran Awam di UiTM

10. Beliau tamat pengajian Bachelor of Corporate Administration pada 1998 dan kemudian negara hadapi krisis kewangan Asia.


Pengalaman berharga diperolehi ketika bekerja Penang Development Corporation 


11. Waktu itu nak dapat kerja susah, beliau jumpa kawannya lulusan UUM pun kerja sebagai pencuci lantai

12. Demi dapat duit, beliau dapat sub kerja jadi tukang kebun termasuk memotong rumput bersama abangnya dengan upah RM1,000.

13. Ada kejadian, beliau terserempak rakan rakan universiti semasa buat kerja, kerana malu dia menyorok tetapi sampai sekarang beliau menyesalinya

14. Beliau menyesal kerana melanggar prinsipnya sendiri, “Kalau kita tak ada apa yang orang lain ada, Bangga dengan apa yang kita ada”

15. Peristiwa dia berjumpa dengan sebuah keluarga di tapak pelupusan sampah, selongkar sampah untuk cari barang kitar semula demi hidupkan keluarga termasuk anak anak masik kecil, menyedarkannya semula

15. Hal itu memberikannya semangat untuk sambung belajar, RM400 wang upahnya disimpan untuk ambil kursus setiausaha syarikat selama 10 bulan

16. Dalam berniaga, common sense (kebolehan untuk memahami dan menilai situasi secara praktikal dan logik) penting. Peniaga perlu pengaruhi orang untuk semua sense yang terlibat. 

17. Beliau amalkan sekurang-kurangnya 4 dari 7 kali ‘kenapa’ untuk mencari jawapan dan penyelesaian apa apa masalah.

18. Dapat lesen setiausaha syarikat, beliau membuka servis tetapi tersangkut kerana tercekik aliran tunai, payment dapat lambat.

19. Beliau ambil keputusan untuk kerja makan gaji dan diterima bekerja di Penang Development Corporation.

20. Beliau jujur menjawab mahu kan kerja berkenaan kerana masih muda dan mahu belajar. Beliau belum mampu menyakinkan orang lain bila berbisnes.


Pilih bisnes ayam penyet kerana passion


21. Beliau dihantar ke Amerika Syarikat untuk pikat pelabur dan sangkaannya orang di sana akan pandang sebelah mata ternyata meleset, sebaliknya CEO syarikat bernilai berbillion dolar di sana nice and humble.

22. Selama tiga tahun beliau hidup PJJ dengan isteri dan ulang alik ke Melaka setiap minggu. Selepas anak sulung lahir, beliau berhenti kerja dan berniat mahu kembali berbisnes.

23. Beliau bekerja di ™ Net dan selepas tahun ke-6, beliau nampak peluang cerah bisnes dari kelompongan yang ada.

24. Beliau nampak peluang cipta duit melalui service security cloud (pada waktu itu belum wujud lagi cloud seperti hari ini).

25. Bermula atas trip kerjanya di Singapura, dari situlah kisah bisnes ayam penyetnya bermula.

26. Keenakan hidangan ayam penyet yang dinikmatinya di sebuah gerai di Singapura ketika itu mendorong beliau bertemu dan berbincang dengan pengusaha gerai itu yang berasal dari Indonesia.

27. Pemilik gerai, Edy Ongkowijaya, bersetuju dengan idea beliau  dan akhirnya restoran pertama Dapur Penyet di Kompleks Maju Junction Kuala Lumpur pada Oktober 2010 dibuka.

28. Disebabkan tak fokus dan alami kerugian, beliau tutup bisnes IT dan beliau ambil keputusan untuk tumpu sepenuhnya dalam bisnes ayam penyet.

29. Beliau tutup bisnes itu juga atas sebab mahu beri tumpuan pada keluarga selepas mengabaikan mereka.

30. Ini kerana apabila internet bekerja selama 24 jam, dia juga perlu melakukan perkara sama.


“Jika kita gagal merancang, kita merancang untuk gagal” - Amran Abd Hamid


Dalam sesi podcast itu, beliau berpesan kepada usahawan yang sedang jatuh supaya berehat sebentar dan ambil masa untuk bangkit semula.


Katanya, ada peniaga yang mengalami masalah dalam bisnes malu dan ego apabila masih bersikap denial mahu pertahankan bisnes mereka.


Katanya, jika kita gagal merancang, kita merancang untuk gagal.


Ikuti sesi penuh podcast Borak Orang Kampung anjuran Export Oversea Academy bersama Tuan Amran dengan klik di link ini https://youtu.be/5LmwQTMCYRs?si=rWdYlNY0VgHdc5X5



Habis// Nak Duduk Malaysia, Tapi Gaji USD? Klik di >>>SINI<<<



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

All Keywords

Am Bisnes Teknologi eBay Tiktok Motivasi Life Usahawan Suri Tips Etsy Amazon mainj kluang zakat mahkamah tinggi muar setandan pisang jenayah hidup sederhana quotes hidup sederhana in english hidup sederhana dalam islam cara hidup sederhana Sumbangan Asas Rahmah SARA sumbangan tunai rahmah sumbangan asas rahmah Prof Muhd Kamil Ibrahim Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman belajar memandu ceasefire gaza gaza ceasefire ceasefire gaza israel gaza ceasefire Palestine israel trump Saif Ali Khan kampung oren ulu tiram tiga maut termasuk kanak kanak johor bahru Tanjung Embang tanjung embang sarawak tanjung embang asajaya Cara Menjual di Etsy cara menjual template canva di etsy cara menjual barang di etsy cara menjual produk di etsy cara menjual lukisan di etsy str str 20 str fasa 1 2025 bantuan str sumbangan tunai rahmah sumbangan tunai rahmah 2025 bayaran str fasa 1 2025 bayaran str 2025 str fasa 1 bayaran str bantuan str 2025 str 2025 fasa 1 bantuan tunai rahmah Cara untuk kurus dalam masa 3 hari CEO of Tiktok Mugunghwa kkoci pieot seumnida mr beast ceo of tiktok Jimmy Donaldson mr beast Taiwan earthquakes lhdn bnpl apps bnpl apps malaysia best pay later apps malaysia paylater malaysia best bnpl malaysia bnpl shopee bnpl meaning paylater merchant bnpl afterpay WhatsApp FB facebook ig instagram johan ghazali vs johan estupinan jojo vs estupinan jojo ghazali johan ghazali vs johan estupinan time malaysia nvidia share price nvidia nvidia stock deepseek ai stocks deepseek stock liang wenfeng nvda nvidia stock price what is deepseek nasdaq deepseek ai stock deepseek vs chatgpt deepseek share price china deepseek ai nasdaq index cnbc nvda share price nvda stock export mudah export mudah login export mudah v2 export mudah new export mudah ebook pdf export mudah v2 ebook Cara Dapat Duit Cepat dan Halal cara buat duit rm200 sehari cara buat duit 1000 sehari cara buat duit rm50 sehari cara buat duit online mudah usd cara dapat duit free cara cari duit lebih tanpa modal cara buat duit dengan whatsapp cara dapat duit dengan menonton youtube ibu tunggal permohonan bantuan ibu tunggal online ibu tunggal maksud bantuan ibu tunggal bantuan ibu tunggal rm kematian suami bolehkah istri kematian suami keluar rumah nafkah iddah kematian suami tempoh iddah kematian suami Sakit kencing manis kencing manis sakit kaki kencing manis jangka hayat pesakit kencing manis bolehkah penyakit kencing manis sembuh bacaan kencing manis punca kencing manis dibuang kerja pengiraan pampasan diberhentikan kerja kesalahan yang boleh dibuang kerja swasta surat memberhentikan pekerja bermasalah akta pampasan pekerja diberhentikan mengisi masa lapang contoh mengisi masa lapang manfaat mengisi masa lapang kesan mengisi masa lapang hutang penyatuan hutang penyatuan hutang pekerja swasta keburukan penyatuan hutang penyatuan hutang bagus atau tidak kerja kosong part time kerja kosong part time di rumah kerja kosong kerja tambahan menjana pendapatan cara cari duit lebih cara menjual di ebay Barang Malaysia Yang Laku di eBay keburukan berniaga di ebay produk malaysia yang laku di ebay amran abd hamid penyetpenyet.com dapur penyet borak orang kampung ayam penyet best