0

Loading ...

Barang Malaysia Yang Laku di eBay : Ini RAHSIANYA

Barang Malaysia yang laku di eBay ini adalah kata kunci yang paling dicari-cari oleh seller baharu dari negara ini.


Saya pasti, anda pasti buntu nak jual barang apa bukan? 


“Saya lihat ramai je seller Malaysia jual produk Meggilah, Nescafelah.


“Tapi kalau dah ramai yang jual, harga pun lebih kurang, siapa nak beli”


Ini antara persoalan yang kerap ditanyakan oleh pelajar pelajar kami


Min faham situasi yang anda alami, kerana min pun pernah mengalaminya


Sebab itu, kami di Export Oversea Academy - UTHM, tak jemu jemu menyampaikan maklumat mengenai cara menjual di eBay yang paling terbaik


Bagi membantu menjawab soalan-soalan berkenaan, Hos kami, Hud baru-baru ini sempat menemu bual Mr Brian melalui sesi Podcast Borak Orang Kampung 


Beliau adalah bekas pengurus akaun eBay yang bertanggungjawab membina ekosistem eBay di Malaysia pada suatu masa dahulu.


Jika pada hari ini, anda mendapat pemotongan yuran pos ke USA dari RM250 ke RM120 


Anda harus berterima kasih kepada Mr Brian dan pasukannya di eBay Malaysia


Merekalah pihak yang bertanggungjawab melakukan negosiasi bersama pihak pihak termasuk kurier, payment gateway dan lain-lain


Bagi membolehkan penjual di Malaysia mendapat manfaat terbaik dari segi penjimatan kos sekaligus memaksimumkan keuntungan jualan di eBay

Jadi min harap dengan sesi temubual ini, dapat membantu memberikan anda pencerahan dan maklumat jelas


Bagaimana mahu mengenalpasti barang Malaysia yang laku di eBay.


Berikut adalah transkrip penuh temubual berkenaan.



Barang Malaysia yang laku di eBay : . Ebay atau Amazon tak suka dropship 



Hos : Mungkin you boleh bagi pandangan sebab you pun sebagai apa? Staff dengan eBay.


Macam mana sebenarnya flow nak berniaga kat eBay ni? Secara dropship ke macam kita nampak hari ni ramai orang kan introduce untuk buat bisnes ni.


Ada kata,  you tak perlu pegang stok ataupun you boleh resell je barang-barang yang ada dekat Malaysia ni


Mr Brian : Dia memang ada banyak step ataupun ada banyak peringkat Untuk permulaan kepada traders yang baru-baru berjinak dalam dunia online ni, memang kita galakkan mereka buat dropship dulu.


Tapi dropship you tak boleh buat lama sangat. Sebab dropship, kamu tak boleh control in terms of dia punya product quality, dia punya logistic delivery.


So, untuk permulaan, yes, mungkin boleh. Tapi, bila dah lepas certain level, you memang perlu kena ada stock sendiri yang you boleh control. 


Sebab, untuk dropship ni, apa yang bahaya adalah kalau you tak tahu dia punya quality


kalau dia late delivery, yang kena penalty ni, you, kamu punya account yang kena penalty.


Bukan yang dropship company tu kena. Yang yang account rosak siapa? Kita lah. You punya account yang kena. 


So long term tak boleh dropship. Ebay ataupun Amazon tak suka dropship punya account.


Barang Malaysia yang laku di eBay : 


Okay jadi aa so permulaan dropship okaylah. Mungkin untuk belajar listing. 


Untuk yang tak ada produk nak mula-mula belajar macam mana dia punya step tu semua, masih ok lagi lah.


Tetapi jangan buat lama sangat.


Sebab saya ada tengok pun orang buat dropship bila account dah mature tiba-tiba yang dropshipper company tu dia hantar lambat ke apa-apa, account dia yang kena


Hos : buat ebay ni buka account personal ke business? 


Mr Brian : Kita menggalakkan seller yang serious (menjual di eBay) Just register SSM.


Daftar akaun personal pertama tidak digalakan, keduanya selling limit rendah.


Kalau you personal account selling limit mungkin 250 ataupun 500 selling limit. Mana cukup


Kalau business, berapa pula business dapat. You Paling kurang dapat 50,000 ke atas.


Sebab tu kita galakkan business account bermakna kamu serious.


Barang Malaysia yang laku di eBay : Jual Maggie, minyak cap kapak, berapa untung boleh dapat? 


Kalau you betul-betul nak jual kat eBay, takkan pergi register SSM RM60 pun you malas.


So, you tak serious lah tu sebab it's your business. Kalau dulu orang cakap buat eBay ni jual Super Ring, jual Maggie. Buat eBay jual ubat nyamuk.


Itu dulu. sekarang macam mana? Okay. Dulu dengan sekarang pun memang kita tak galakkan.


Hos : Oh eBay tak bagi?

Mr Brian : Bukan tak bagi.


Kita tak galakkan. Okay. Sebab pertama kalau you are Super Ring jual Maggie.


Pertama you tak ada certificate. Barangan makanan, kosmetik masuk US kita perlukan FDA certificate.


Macam kita punya KKM lah ataupun SIRIM lah.


Hos : Kalau kita jual?


Mr Brian : Kalau you jual, kalau nasib baik lepas lah. Kalau nasib tak baik, sangkut ke custom. Ada dia punya risk dekat sana. Itu pertama.


Keduanya, you jual Maggie, you jual apa tu, minyak cap kapak, berapa untung you boleh dapat? Harga murah. Tapi you punya harga logistik penghantaran lagi mahal.


Barang Malaysia yang laku di eBay : Orang USA Tak Makan Maggi Mi


Macam mana nak cover you punya cost? Tak dapat punya. Tak boleh buat duit lah. Tak boleh, tak. boleh kaya lah. Tak boleh kaya.


Sebab itulah Malaysia kita ada banyak barangan yang berkualiti. 


Seriously. Banyak barangan kilang-kilang yang berkualiti tinggi, yang margin dia tinggi.


Seperti mana yang saya tunjukkan just now. Auto parts lah, perabot lah, getah lah, kita punya batik lah, collectables lah.


All these categories are yang maksimal kita nak. Bukan barang kedai runcit. Yes. Bukan barang kedai runcit. Sana pun banyak juga.


Lagipun, kalau Jual Maggi Mee Jual Super Ring tu Masalah tak makan Maggi Mee Cuma Asian Dekat US sana saja makan Maggi Mee.


Itu pun Maggi Mee Malaysian Dekat US Saja, yang beli Thailand punya Thai dekat US Mereka tak makan Maggi Mee


Dia makan Balik-balik Dia punya Tom Yum


Hos : Faham Faham So So kena cari Kategori yang betul Ok Okay. 


Tadi, you sebelum ni bekerja dengan eBay kan sebagai account manager. Account manager lah, partnership manager lah, head of BD lah, head of category lah.


Barang Malaysia yang laku di eBay : 


You cakap you ada bina ekosistem kan untuk Malaysia. Dari segi apa eh kalau orang nak tahu?


Mr Brian : Okay. Untuk ekosistem ni, masa saya kerja dekat eBay, masa dekat Malaysia memang tak ada ekosistem masa tu.


So, eBay dengan saya, kita adalah orang pertama yang yang create ekosistem dengan matrik sekali


so bila you pergi punya event nampak DHL, paypal, pay union nampak bank semua datang bersama, kita adalah orang pertama yang buat event macam ni


ekosistem sebab untuk Malaysia dulu tak ada apa tu, tak ada sponsor, tak ada subsidi. Tak ada. So China seller, semua subsidi.


Kalau you tengok China punya seller, diorang jual dekat eBay US kan, dia jual anting-anting, satu ringgit, one USD plus free shipping.


Macam mana tu? Macam mana nak untung? Sebab subsidi from mereka punya government. Kita tak ada subsidi.


So that's why saya pergi negotiates dengan Pos Malaysia, saya pergi bincang dengan DHL, Express, Aramex, FedEx.


Boleh tak you bagi discounted rate untuk seller baru? Kalau seller baru tak ada discounted rate, dia memang tak boleh compete punya.


Macam sekarang, saya punya seller ataupun saya punya client, kalau DHL Express, you hantar satu kg ke US dalam RM250.


Barang Malaysia yang laku di eBay : Sourcing Produk Berkualiti



Tapi untuk program, mereka dapat dalam RM110 ataupun RM120 sahaja. Ha, betul. Ha, itulah cara mereka jimat. Hmm. 


Hos : Okay, Brian. Saya nak tanya satu soalan lah. eBay Malaysia ni, dia nak cari seller yang macam mana untuk dia grow? Okay.


Mr Brian : Untuk eBay Malaysia ni, mereka ada 5 DNA. 5 DNA. 5. Tadi saya cakap satu saja DNA sourcing. Dia orang panggil sourcing arbitrate. Bukan. 


Sourcing sourcing apa tu? Dia cakap lupa. Power of sourcing. Katakan. 


Dia kena pandai buat sourcing. Tak boleh jual barangan yang sama sahaja. Dalam satu kedai? Dalam satu seller.


Salah satu DNA adalah sourcing. Kita kena pilih seller yang pandai sourcing.


Yang tahu macam mana nak buat sourcing. Dia bukan setakat produk research.


Produk research senang sahaja. You pergi dekat Zik, you pergi dekat ebay, you boleh search ok yang ni top selling.


Tapi you tak ada connection, tak ada contact, tak tahu macam mana nak negotiate dengan kilang, kilang dekat mana.


Ini dia panggil produk sourcing. Kena pergi source betul-betul punya produk yang ada quality.

Barang Malaysia yang laku di eBay : Dapatkan Trademark Jenama Sendiri


Macam mana nak chat dia punya quality semua. Cari dekat online ke kena pergi kilang? Kilang. Bukan.


Bukan online. Cari dekat tiktok. Tak ada. Never. Never. Tak akan jadi kaya. Takkan.


Sama saja, Kalau you pergi dekat TikTok, Beli dekat TikTok, Beli dekat Shopee, Mereka bukan dari kilang juga.


Kebanyakan mereka pun reseller reseller juga. Apa gunanya?


Kalau betul-betul you nak buat bisnes, You pergi direct dekat kilang. Ataupun you pergi dekat distributor.


The main distributor ataupun sole distributor. Bukan pergi dekat reseller yang dah markup berapa layer dah markup, baru you beli, you jual. No. 


Sebab itulah Amazon dia tak suka traders. Amazon direct pergi dekat brand owner ataupun kilang.


Sebab dia minta you punya trademark certificate. Dia minta you punya FDA certificate.


Kalau tak ada, you tak boleh jual. No trademark, you tak boleh jual dekat Amazon.


So reseller memang tak ada trademark punya. Cuma brand owner sahaja yang ada trademark.


Barang Malaysia yang laku di eBay :  Automasikan Bisnes Untuk Pergi Lebih Jauh


Satu sahaja trademark. Satu sahaja trademark. Satu sahaja. You tak boleh duplicate.


Okay. Kita saya nak tanya sikit lah daripada segi. Tadi ada lima. Lagi empat. Okay. Lagi sikit lah. Okay.


Pertamanya sourcing. Oh sourcing. Kedua ada team. Ada team. Bukan seorang-seorang tak boleh? Tak boleh. 


Pegang stok tak boleh Sebab bila you buat seorang berapa besar human business boleh pergi


Daripada rumah Bila you mula Secara kecilan boleh tapi bila dah sampai satu tahap satu level No more.


Sebab you seorang. You nak reply, you nak listing, you nak fact tu semua. Kita dah tahu dah. 


Satu hari 24 jam. Betul. So you punya sales memang dah sampai tahap itu sahaja kalau you kerja seorang. Kan.


Sama dengan branches. Macam 99 Mart. You satu kedai punya sales dengan 2000 kedai punya sales. Berapa? Tak sama.


Exactly. So kena ada team. Untuk grow. Okay. Ketiganya. Automation. Sebab dalam dunia bisnes sekarang, ataupun dulu, eBay dah tahu dah.


8 tahun, 10 tahun yang lepas, eBay dah tahu. Kena ada automation. 


Belajar Dari Usahawan Berjaya Cara Melabur Dalam Bisnes


Guna teknologi. Jangan manually lagi pergi reply satu-satu, pergi buat listing satu-satu, pergi check satu-satu.


Tangan satu pasang. Kerja banyak. Masa kerja 8 jam, 24 jam. Tak cukup.


So, automation, guna software. Automate process. Yes. So, owner punya kerja adalah sourcing.


Owner kita tak bagi dia buat packing. Sorry, that's not your job. Owner punya job adalah pergi sourcing barangan yang berkualiti. Future product. 


Coming this year punya Christmas. Apa dia punya trend? Source. Hmm. Okey, banyak tu kita dapat ni. Banyak lagi dia punya DNA.


Yang DNA bermakna quality of the seller. Quality usahawan itu. Sebab itulah kita punya next program kita ajar in detail. Kita bagi ilmu. Bukan survey saja jual. Bukan.


Sebab kalau you nak menjadi seorang usahawan yang berkualiti, you memang kena belajar bukan sahaja setakat buat listing.


Buat listing ni you boleh panggil robot buat, boleh hire seorang lepasan SPM buat.


Untuk buat listing. Itu senang je you pun tahu. Tapi yang betul-betul nak source produk tu, nak cari produk, business acumen very important. 


Kena pandai. Mana? Produk berkualiti. Yes. So, all the boss, all the big boss lah.


Belajar Semua Peringkat Dalam Bisnes Untuk Maju


You tengok Tan Sri, Tan Sri, Datuk-Datuk. Semua dia orang pandai.

Oh, business ni boleh jalan punya. Ada potensi. Okay. Invest.


Ini potensi ada. Okay. Invest.


Hos : You dulu kerja dekat eBay.


Bila you tengok seller-seller baru, apa perkara pertama yang you tengok untuk nak bezakan seller berkualiti dengan seller yang biasa? 


Mr Brian : Okay. Pertamanya, dia punya serious. Ada banyak seller dulu yang saya train.


Okay, datang eBay punya office. Saya sediakan ofis dekat eBay. Sediakan meja, makanan, lunch tu semua. Mahal tau. Yang datang kurang sepuluh. Malaysian. Kurang sepuluh.


Daripada sepuluh? Daripada mungkin lima puluh pax. Malaysian punya staff. Diorang tak appreciate. support yang kita bagi dekat sini.


Selain dari training direct dari eBay. Kita panggil DHL datang. Kita panggil Singpost datang. Ajar logistik.


Kita panggil payment gateway. Masa tu PayPal dari Singapura turun sini. Ajar mereka. In details.


What is a payment gateway? What is logistik? Sebab saya tak nak mereka cuma belajar eBay sahaja.


Tak guna. Belajar semua. Setiap peringkat. You kena belajar, kena faham.


Tak Guna Larang, Jika Masih Ada Seller Yang Ulang Kesilapan Sama


Hos : Berapa lama yang you buat program tu? Return dia?


Mr Brian : Return dia ada juga. Ada juga. Bukan tak ada. That's why kita manage to grow millionaire punya seller. Tapi kurang dari 20.


Satu Malaysia kurang dari 20. Betul-betul millionaire punya seller. Dalam Malaysia kurang 20 yang jadi jutawan buat eBay. Buat eBay.


Sejumlah yang awak nampak berapa dia punya range bulanan seller? Wah, yang top seller tu satu bulan dia punya sales $500,000 USD.


Satu minggu.


Hos : Dia pakai warehouse ke ship daripada Malaysia?


Mr Brian : Dua-dua. Dua-dua dia pakai? Dua-dua. Kalau seller kena buat dua-dua. 


Sebab you tak boleh ada semua stock hantar pergi US. Matilah. Risiko lah. Risiko dengan harga mahal.


So, kita cuma hantar barangan yang popular, Kita hantar pergi US Untuk barangan yang less popular, Kita ship from Malaysia.


Hos : Okay. You dulu kerja dekat eBay. Apa produk yang kalau boleh you nak cakap kepada seller baru,


Mr Brian : Jangan jual produk ni? Produk dari 99 month. Nanti next week what? Banyak you tengok lah. Coki lah. Jual apa tu. Daun kari lah.


eBay Malaysia Fokus Kategori Autoparts 


Bukan tak boleh. You takkan jadi kaya. Jangan tengok dekat demand dekat sana banyak.


Sebab untuk Malaysia, kita ada lebih daripada itu. Kita ada banyak barangan yang berkualiti.


Yang dekat US sana, diorang nak. Bukan jual Maggi mi, daun kari. Bukan tak boleh. Boleh tapi you takkan jadi kaya. Confirm.


Saya boleh cakap dekat sini. You jual Maggi mi, you takkan jadi millionaire. Dan eBay takkan pilih you. eBay takkan pilih. Takkan pilih.


Berapa banyak bungkus Maggi mi yang you boleh jual.


Pertamanya. Saya jual satu barangan kereta dekat sana. Tadi tu Bentley punya part. 1,008 USD.


Sales. GMV. You punya Maggi baru berapa? $18. Berapa bungkus you nak jual? Seribu lah. Eh, seribu ke 100? 100 pack lah. Nampak tak? Tak boleh. 


Tak boleh. So, kalau kita nak betul-betul nak menjadi seller ataupun usahawan yang betul-betul nak berjaya, yang berkualiti, kena cari produk.


That's why saya cakap produk is king. Kita punya seller dulu lah, yang millionaire punya seller semua, produk mereka memang cun, mantap. 


Yang ada demand dekat sana Ada demand, ada quality, ada margin Yes. 


Bila kamu pergi buat sourcing. Kamu kena faham logistik juga. Jangan pergi source sahaja. Okay.


Lepas tu, untuk sekarang, eBay Malaysia sekarang, fokus dekat satu kategori sahaja. Autoparts. Autoparts.


Lain semua dia buang.


Hos : Autoparts sahaja?


Mr Brian : Autoparts sahaja. Yang dia ada account manager untuk manage. Lain tak ada dah.


Kiranya dia seller baru, dia terus masuk dalam eBay, dia terus jual autoparts pun, as long ikut requirement, tak ada masalah lah. Boleh.


Jual barangan lain pun boleh juga. Tapi, you janganlah you... Sekarang dia jual Maggi, esok terus tukar auto parts. Tak boleh.


Sebab dia punya kategori gap terlalu besar. Sebab kalau you jual auto parts, you kena ada knowledge.


Kita ada kes. Satu student kita. Dia pergi jual bumper kereta. Barang sold. Tapi sampai sekarang dia tak boleh nak ship. Account dia dah defect lah.


Exactly. Sebab itulah kita nak untuk program seterusnya. Kita nak ajar logistik.


Bila kamu pergi buat sourcing. Kamu kena faham logistik juga. Jangan pergi source sahaja. Okay.


Saya pergi source perabot ke Batu Pahat, Muar, macam mana size dia berat dia.


Bumper Kereta Demand Tinggi Cuma Tak Sesuai Jual


Lepas tu perabot sebab dia kayu Kena buat Fumigation sebelum hantar semua


So kena tahu undang-undang US kalau nak masuk perabot, Kena buat apa dulu kena apply apa certificate dulu


Margin memang confirm dah ada cuma kena faham perundangan dengan logistik. Tengok oh ini memang ada demand ni.


Tapi macam mana nak hantar tak tahu.


Sebab yang seller tu dia seorang. Saya tak sure dia. Business ke personal account. Saya cakap dia.


You kena pergi port ke Klang. Yang kita tahu lah untuk ship barang. Tapi tak ada. Pihak logistik pun tak layan dia.


Okay. Dia macam ni. Kalau untuk bumper. You tak boleh hantar courier. Sebab dia dah over dia punya dimension.


Tak boleh hantar melalui courier. You kena hantar melalui bulk.


Macam by-pallet by-pallet hantar. Tetapi mahal. Very expensive. Dia lightweight. Tapi dimension problem.


So kalau nak Demand memang ada. Confirm bumper demand tinggi. Cuma tak sesuai.


New Seller Tak Digalakkan Jual Autoparts


Tak sesuai untuk Malaysia punya seller So kalau nak cari barangan Auto parts pun, Kena pandai juga nak source apa.


Takkan you pergi source bumper kan. Lampu besar. Top selling. Lampu besar.


Lampu 4 wheel. You accident. Lampu depan. Lampu belakang yang pecah. Kena tukar. Betul. Lampu besar. Honda ataupun Toyota. 350 USD. 


Satu pasang lampu besar. You punya cost baru berapa kat sini? Mungkin 100 plus?


Hos : Saya ada soalan lah. Katakan, you cakap eBay Malaysia sekarang ni cuma fokus pada autoparts. Lain dia tak pandang.


Mr Brian : Bukanlah tak pandang, maksudnya dia fokus. Dia kurang fokus. Dia kurang fokus. eBay memang niche. Dia fokus memang very niche.


Kalau seller baru yang nampak video ni, macam mana saya nak masuk dalam bidang autoparts ni?


Apa yang you train, yang dulu 10 orang je rata rata. 


untuk belajar buat auto parts untuk auto parts ni pada permulaannya, memang kita tak galakan sangat terus jual auto parts. 


Jual barangan lain dulu. Sebab you kena gain experience dari barangan yang berlainan.


Ajar Cara Jual Autoparts dan Bisnes Boleh Sustain


Barangan yang berlainan, barangan yang you ship berlainan, cukai dia berlainan. You belajar dulu.


Bila dah mahir dalam ebay punya operation, Baru you pergi dekat autoparts.


Okay. Kalau you terus saja masuk autoparts without any knowledge, susah. Tak boleh.


Sebab autoparts ni dia involve technical knowledge. Sebab itulah bukan semua seller yang boleh jual auto parts


Sebab technical, bila you dah hantar lampu besar tu nanti dia akan tanya Macam mana nak pasang?


Tengok YouTube So dia kena ada sedikit knowledge Pasang lampu besar tak susah. Macam kita pasang lampu ni sahaja.


Cuma dia kereta kan. Dia kena tahu. Untuk alat ganda kereta dia ada wear and tear.


Dia ada parts betul-betul yang macam absorber tu semua yang you kena buka semua. Pasang absorber. Itu lain.


Itu you jangan jual dulu. Nak buka pun tak tahu. Tapi lampu ni wear and tear. Dia orang panggil senang. Buka pasang wiring. Pasangnya tu senang.


Sebab itu kalau you nak buat auto parts pun kita akan ajar, kita akan advice nak mula auto parts apa dulu.



Cari Autparts Untuk Kereta Yang 5 tahun Service


Start daripada yang small lah. Yang small macam exhaust. Motor punya exhaust. Ada satu seller dekat Melaka.


Dia jual exhaust yang untuk motor besar. Lepas tu dia buat customise. Masalahnya dekat sana tiada kapchai.


Semua Harley Davidson kan. So dia tukar dengan besar punya exhaust. Mantap. Seller dari Melaka. Jual exhaust sahaja.


Dia punya sales memang banyak lah. Banyak sales dia. Lagi satu saya masih ingat. Ada satu seller. dekat Shah Alam. Dia jual helmet.


Motor punya helmet. Tapi dia ada customize lah dengan dia mencorak tu semua.


Yes. Kalau tak silap saya, kedai dia dekat Sentul. Kilang dia dekat Shah Alam.


Motor yang full face punya helmet. Kat sana semua motor besar. Tak ada Kapchai. So kena tahu dia punya demand dekat sana.


Apa yang mereka nak, apa mereka punya culture. So untuk Autoparts, dulu kita akan study dekat eBay tau.


Kita buat research. Creator brand apa yang jual paling banyak dekat US? Toyota. Katakan. Australia.


lepas tu Toyota model apa model apa lepas tu kita drill down dia punya alat gantian kereta untuk first service 5 tahun service


Nak Jualan Baik Kena Ada Kedai Fizikal, Online Bisnes di Domestic & International. 


yang every 5000 punya service apa yang you kena tukar lepas 5 tahun apa yang you kena tukar absorber, disc brake tu semua


So, yes kita study in very details. Bukan tengok je orang sell, kita boleh sell kan?


Bukan, sebab itulah kita nak quality. Usahawan yang betul-betul ada quality, yang faham business. Itu yang kita nak train.


Bukan setakat just train jual, okay ada sales dua, tiga. Yang seller macam tu tak tahan lama. Tak tahan lama.


Dia akan drop. Tak tahan lama. Tak tahan lama.


Berapa dia punya. Jangka hayat dia tu. Satu dua tahun pun tak lepas. Tak akan lepas. Tak lepas punya.


Macam kita punya VIP seller. Sampai sekarang. Dah lebih sepuluh tahun. Masih jual lagi.


Auto parts ke yang seller-seller lain ke yang top seller, dia orang still selling very well.


Ada kedai physical, ada online business, domestic dengan international. Dua-dua dia masuk. 


So kalau ekonomi tak baik pun dia orang tak takut. Sebab mereka copy China seller


Barangan Anyaman Malaysia Famous


You tahu lah China punya style semua dia makan Semua dia sapu setiap kategori B2B container dia sapu


B2B bulk satu pallet, dua pallet satu kotak, dua kotak dia sapu B2C jual dekat marketplace


Dia sapu Lepas tu dropship pun dia ada beribu-ribu seller jual.


Dia buat dropship dia sapu nampak tak? Setiap peringkat kategori of seller pun mereka ada buat.


So mereka tak mati punya. Dekat Malaysia pun kita kalau beli barang bukan direct seller lokal. Kita beli daripada China terus.


Beli dari China boleh. Bukan tak boleh. Tapi quality penting. Ya, menarik. 


Contohlah, saya ni buat live. Mungkin juga ada kadang-kadang nampak. Ada.


Suggestion, saya fokus niche pada first auto parts. Tapi terus kalau auto parts, mungkin orang tak berapa faham.


Auto parts, dia kena ada pengalaman sikit lah. Tapi kalau nak fokus, you suruh mereka fokus dekat barangan yang ada quality. Getah ke.


Perabot mungkin besar sangat lah. Tapi kita ada barangan dekor juga.


Barangan dekor, barangan anyaman dekat Malaysia famous. Betul betul.


Jangan Jual Nescafe


Yes. Dengan barangan anyaman ni tak ada selling price. Art. Masalah lah art. Tak ada selling price


So, ada banyak mereka boleh mula-mula fashion macam batik tak mahal sangat. RM200, RM300. Okeylah.


Dia pergi nego dengan brand owner ke kedai ke. Boleh.


Tapi janganlah jual minyak Cap Kapak, super ring, coki, kopi.


Coffee yes and no. Yes and no. Jual coffee dekat eBay.


Kalau you nak jual coffee dekat eBay, you jual yang ada quality. You janganlah pergi jual dekat apa tu yang Tongkat Ali tu semua


memang tak boleh dah kena banned dah. Founder-founder lah. Yang ada brand lah.


Lepas tu ada lagi yang Ali Cafe lah. Yang Ali Cafe pun dah kena, kalau tak silap saya pun ada banyak orang jual juga.


yang betul-betul ada brand yang ada quality punya lah.


Nescafe jangan lah. Nescafe mana-mana pun dah ada. So kena pilih dia punya brand juga yang Malaysian punya.


Jangka Hayat Jualan Satu Produk Cuma Bertahan Satu Hingga Dua Tahun


Itu coffee biasa-biasa yang you boleh beli dekat mana-mana. Ada lagi satu dia panggil functional coffee. Functional coffee bermakna macam Tongkat Ali.


Mungkin you perlukah Tongkat Ali ke? Kacip Fatimah ke? Lepas tu Collagen ke? Itu kita panggil functional coffee eh.


Yang ada Ada supplement dekat dalam. US nak apa kriteria kalau nak jual kopi ni?



Kopi ni memang mereka perlu FDA. For sure setiap makanan yang masuk US perlukan FDA. Itu yang paling penting. 


Tapi ada FDA, tak ada FDA kadang-kadang pun boleh masuk juga. 


Terpulang kepada you punya skill yang tersebut. Tapi demand dia memang ada.


Sebab dulu saya ada satu seller, dia jual Organo XL Coffee tu. 

Banyak dia mesej.


Saya grow dia dari 300 hingga 3.2 million USD. Just selling coffee. Coffee sahaja. Coffee dengan Tupperware.


Coffee dengan Tupperware. Tupperware punya brand tu lah. Masa tu lah. Masa famous lah. Sekarang dah tak boleh lah. Tak boleh lah. Dia kena evolves.


Setiap satu tahun, dua tahun, you kena cari produk baru. To replace. Dulu Tupperware pun salah satu category.


War Trade US-China, Ini Peluang Baik Untuk Seller Malaysia


Banyak memang kena belajar buat listing sahaja. Bukan buat listing sahaja.


Bukan setakat Check dekat eBay, Check dekat Zig, Dia punya report. Itu cuma Sekadar report sahaja.


Tapi yang paling penting kena pandai source barangan yang quality tinggi.


Hos : Apa implikasi kepada eBay tentang polisi baru Trump?


Mr Brian : Okay. Okay. The current issue. Okay. Sekarang bagi saya adalah masa yang paling sesuai.


Okay. Untuk Malaysia punya seller. Sebab setahu saya sekarang Trump dah remove Korea dari China masuk Shin dengan Temu.


Yang below 800 yang tak ada cukai tu kan. Dia dah remove dah. Untuk Malaysia, tak ada restriction lagi. Okay.


So, sekarang kita tahu trade war dengan US dengan China punya trade trade war akan escalate lagi.


Tak tahu bila-bila masa dia tambah lagi, tambah lagi. So, Malaysia tak ada. Peluang untuk seller Malaysia.


So, peluang untuk Malaysia seller sekarang untuk mula jual dekat US. Barang daripada China.



No Free Tax Exemption For Chinese Seller


Barangan dari Malaysia. Barangan daripada Malaysia jual ke US.


Kalau nak ambil barangan dari China pun boleh juga tapi masuk dalam Malaysia punya akaun under Malaysia punya seller


boleh sebab bezanya adalah Malaysia punya seller kita ada buat QC walaupun kita beli dari China


semua barangan pun dari China juga tapi kita ada QC check semua ok quality semua mantap baru kita resell


So, it's still safe. Ada banyak saya punya student ataupun saya punya customer lah, brand owner pun beli dari China


rebranding dekat Malaysia. Lepas tu jual ke China. As a Malaysian brand lah.


Yang peluang tadi you cakap, peluang sekarang ni apa, Trump dah buang tarif untuk seller China. Yes.


Apa peluang untuk seller Malaysia yang jual produk Malaysia? Maksudnya apa? Okay.


Sebab dia sekarang dah yang dulu China seller boleh masuk bawah 800 USD without tax.


Sekarang dah tak boleh dah. Tak boleh masuk dah. Dia akan kenakan tax. So there is no free tax exemption for Chinese seller.



Perang Tarif US-China :  Chinese Businessmen Akan Tukar Location



So harga mereka akan melambung mahal.


So untuk Malaysia punya seller Kita masih menikmati Dia punya cukai Bawah 800 USD Tak ada cukai Exemption


Hos : Saya dengar 400 tak jadi eh?


Mr Brian : 800 Masih lagi 800 lagi Yes


So itu pertamanya lah Keduanya bila China punya produk Dah kurang dekat US Mereka akan cari produk dari negara lain Mana? Malaysia Malaysia lah Yes


So ini adalah peluang untuk tahun ni yang saya nampak. Sebab kita Malaysia dengan Southeast Asia masih selamat dari tarif Donald Trump. Masih selamat lagi. So still okay. Hmm.


Confirm China akan kena teruk-teruk punya. Dua melawan lah. You naik tarif, saya naik tarif. You naik tarif, saya naik tarif. Naik lah you orang. Gaduh lah.


So, yang paling penting, mereka kalau nak gaduh, mereka punya pasal. Tapi untuk Malaysia punya seller, kita fokus jual. Itu saja.


Kita kena... Bila ada perang tarif tu, Chinese businessmen, dia akan tukar location ke Dan mereka akan stesen di Malaysia untuk jual ke US.


Macam game TikTok lah. Dia dah kena tangkap lama dah.


Yang ini adalah China punya manufacturer punya practice. Dia pergi dekat Vietnam, dia pergi dekat Malaysia, dia pergi dekat Mexico.



Mr Brian & Dr Zul Jadi Rakan Strategik



Dia pergi dekat sana, masuk dia punya produk, rebranding sikit-sikit, keluar. Dah kena tangkap.


Sebab itulah untuk kita punya industri solar, Malaysia pun kena tarif 25%. Sebab? China kena 100%. Southeast Asia kena 25%.


Sebab mereka tahu banyak. Mereka datang sini, chop, chop, chop. Ship from Malaysia. Yes. Itu loophole. So, Donald Trump pun tahu.


Dia pun pandai. Dia pun tahu juga. Sebab itulah dia kenakan 25% saja. Tiba-tiba kita kena. Mexico pun kena teruk juga. Yes.


Sebab China seller ni mereka pandai. Skip yang semua undang-undang. Mereka ada duit kan.


Mana-mana dia pergi dekat apa tu Vietnam buka kilang sebab border kan. Lepas tu pergi Mexico sana masuk US


Sebab itulah Trump nak tutup dia punya border.


Selain daripada illegal immigrant banyak kilang tu semua masuk. Sebenarnya itulah point pertama dia nak sekat perdagangan.


Hos : You dulu kerja dekat eBay berapa tahun? 8 tahun.


Sekarang you dah ajar seller-seller untuk import dan export. Dan apa you, kalau orang nak cari you ni dekat mana and apa yang you ajar sekarang ni?


Product Is The King


Okay, kalau orang nak cari saya, boleh cari Dr. Zul. cari Dr. Zul sebab dia saya punya partner jugalah.


ok So, cari Dr. Zul dan kita ada, saya ada pro, ada satu program advance bersama dengan Dr. Zul lah. So, kita akan ajar sama-sama lah.


Macam tadi outsource direct daripada China. Outsource, kita akan ajar, kita akan ajar in details macam mana nak cari produk, inventory sebab produk is king.


habis//


Jom belajar kemahiran menjual di eBay dan Jana Pendapatan Sampingan Dalam USD. Tekan di>>>SINI<<<



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

All Keywords

Am Bisnes Teknologi eBay Tiktok Motivasi Life Usahawan Suri Tips Etsy Amazon mainj kluang zakat mahkamah tinggi muar setandan pisang jenayah hidup sederhana quotes hidup sederhana in english hidup sederhana dalam islam cara hidup sederhana Sumbangan Asas Rahmah SARA sumbangan tunai rahmah sumbangan asas rahmah Prof Muhd Kamil Ibrahim Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman belajar memandu ceasefire gaza gaza ceasefire ceasefire gaza israel gaza ceasefire Palestine israel trump Saif Ali Khan kampung oren ulu tiram tiga maut termasuk kanak kanak johor bahru Tanjung Embang tanjung embang sarawak tanjung embang asajaya Cara Menjual di Etsy cara menjual template canva di etsy cara menjual barang di etsy cara menjual produk di etsy cara menjual lukisan di etsy str str 20 str fasa 1 2025 bantuan str sumbangan tunai rahmah sumbangan tunai rahmah 2025 bayaran str fasa 1 2025 bayaran str 2025 str fasa 1 bayaran str bantuan str 2025 str 2025 fasa 1 bantuan tunai rahmah Cara untuk kurus dalam masa 3 hari CEO of Tiktok Mugunghwa kkoci pieot seumnida mr beast ceo of tiktok Jimmy Donaldson mr beast Taiwan earthquakes lhdn bnpl apps bnpl apps malaysia best pay later apps malaysia paylater malaysia best bnpl malaysia bnpl shopee bnpl meaning paylater merchant bnpl afterpay WhatsApp FB facebook ig instagram johan ghazali vs johan estupinan jojo vs estupinan jojo ghazali johan ghazali vs johan estupinan time malaysia nvidia share price nvidia nvidia stock deepseek ai stocks deepseek stock liang wenfeng nvda nvidia stock price what is deepseek nasdaq deepseek ai stock deepseek vs chatgpt deepseek share price china deepseek ai nasdaq index cnbc nvda share price nvda stock export mudah export mudah login export mudah v2 export mudah new export mudah ebook pdf export mudah v2 ebook Cara Dapat Duit Cepat dan Halal cara buat duit rm200 sehari cara buat duit 1000 sehari cara buat duit rm50 sehari cara buat duit online mudah usd cara dapat duit free cara cari duit lebih tanpa modal cara buat duit dengan whatsapp cara dapat duit dengan menonton youtube ibu tunggal permohonan bantuan ibu tunggal online ibu tunggal maksud bantuan ibu tunggal bantuan ibu tunggal rm kematian suami bolehkah istri kematian suami keluar rumah nafkah iddah kematian suami tempoh iddah kematian suami Sakit kencing manis kencing manis sakit kaki kencing manis jangka hayat pesakit kencing manis bolehkah penyakit kencing manis sembuh bacaan kencing manis punca kencing manis dibuang kerja pengiraan pampasan diberhentikan kerja kesalahan yang boleh dibuang kerja swasta surat memberhentikan pekerja bermasalah akta pampasan pekerja diberhentikan mengisi masa lapang contoh mengisi masa lapang manfaat mengisi masa lapang kesan mengisi masa lapang hutang penyatuan hutang penyatuan hutang pekerja swasta keburukan penyatuan hutang penyatuan hutang bagus atau tidak kerja kosong part time kerja kosong part time di rumah kerja kosong kerja tambahan menjana pendapatan cara cari duit lebih cara menjual di ebay Barang Malaysia Yang Laku di eBay keburukan berniaga di ebay produk malaysia yang laku di ebay amran abd hamid penyetpenyet.com dapur penyet borak orang kampung ayam penyet best