0

Loading ...

Cara Berniaga di eBay

Puan Diya

Puan Diya @ Siti Norfadiah Zulkipli, bekas perunding takaful dan insurans kini mampu raih USD100,000 sebulan hasil bisnes online di eBay.

Puan Diya berkata, income itu adalah hasil dari lima akaun eBay mliknya yang raih jualan sekitar USD20,000 setiap satu setakat Julai tahun lalu.

Katanya, nikmat itu mula dirasai selepas berguru dengan Dr Zul dengan bantuan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

"Saya kenal Dr Zul selepas ikuti kelas tajaan MARA dengan yuran pendaftaran RM50 setiap seorang.

"Selama tiga bulan, Dr Zul dan MARA pantau 'progress' kami dan MARA berbesar hati untuk tanggung yuran kelas sebanyak RM50.

“Jika mana mana peserta dalam buat jualan sebanyak USD$1,000 dalam tempoh tiga bulan dan saya berjaya capai, Alhamdulillah," katanya.

Puan Diya bisnes dalam rugi sebelum jumpa Dr Zul

Katanya, sebelum berguru dengan Dr Zul dia sudah mula ceburi bisnes eBay sejak 2021 secara sendirian.

Katanya, beliau belajar dari internet dan berjaya buat duit, namun sebenarnya dia buat bisnes dalam rugi.

“Saya selalu ditipu pelanggan yang tidak mahu bayar cukai duti import dan terpaksa 'refund' duit pelanggan itu.

“Saya juga tanggung kos delivery barang yang dihantar ke luar negara selain kos lupus barang itu dengan jumlah kerugian

cecah RM10,000.

“Jika mahu pihak sana pos kembali barang ke Malaysia, kos lebih tinggi dan tak berbaloi, lebih baik lupus kan," katanya.

Puan Diya pesan jangan layan WhatsApp atau Telegram dengan buyer

Beliau berkata, Dr Zul tunjuk kan beliau cara ‘ajar’ customer seperti itu dengan ikut peraturan eBay.

Puan Diya berkata, eBay akan buat siasatan dan sekiranya memang benar pembeli yang buat masalah, penjual akan dapat bayaran penuh dan sebaliknya.

"Langkah yang penjual perlu lakukan adalah tunjuk bukti perbualan pelanggan berdegil tidak mahu bayar cukai duti import yang memang jadi tanggungjawab mereka.

“Kita tak perlu memandai mandai hubungi syarikat penghantaran untuk lupus barangan dieksport itu dan refund duit pelanggan.

"Tips nya jangan buat urus niaga di luar Chat Box eBay seperti WhatsApp atau Telegram. Bukti komunikasi antara penjual dan pembeli wajib ada dalam Chat Box eBay sahaja," katanya.

puan d

Terima kecaman bekas rakan sekerja

Puan Diya berkata, dia terpaksa tinggal kan kerjaya dahulu kerana mahu kebebasan masa dan kewangan.

"Saya sudah penat pikul beban di atas di atas kepala dengan perlu bukti kan kepada orang lain bahawa saya adalah orang

yang sukses dan berjaya.

"Gaji terakhir saya ketika itu RM10,000 sebulan, tetapi saya rasa hidup saya tidak tenang untuk beramal ibadat, banyak

'travel', penat membuat temujanji di sana sini.

"Saya tiada masa untuk diri sendiri, keluarga dan dengan tuhan hinggakan solat fardu yang wajib dilakukan dalam keadaan

kelam kabut kerana kejar urusan dunia yang tak pernah selesai," katanya.

Beliau berkata, gara gara tindakan nya itu beliau turut terima kecaman dari bekas rakan rakan sekerja.

"Sesiapa yang duduk dalam industri ini tahu, kita sudah terbiasa di 'grooming' dan 'mindset' kita sudah diset bahawa

hanya dengan bidang ini kita boleh nikmati kemewahan hidup.

"Apabila terima kecaman itu, saya tak sangka ia boleh berlaku dan saya jauh kan diri kerana diperlakukan seolah olah kami

bermusuh," katanya.

Hidup dan mati hanya untuk Allah

Katanya, sudah enam tahun beliau kerja dalam bidang itu dan memang terasa berat untuk lepas kan nya.

Katanya, dia sudah sebati dengan pemikiran bahawa hanya dengan usaha kita sahaja rezeki akan datang.

"Saya takut dan tidak yakin kepada Maha Esa Pemberi Rezeki. Ketika itu keyakinan saya diuji dan hati selalu berbolak balik,” katanya.

Puan Diya berkata, akibat tindakan itu dia alami murung dan berkurung selama seminggu di dalam bilik tidur nya.

"Saya nangis tidak henti, bangun tidur saya nangis sampai suami naik risau dan tak jemu bagi kata kata semangat untuk

saya bangkit.

"Dalam tempoh itu saya muhasabah diri, cakap dengan diri sendiri dan tuhan. Saya serah diri bulat bulat bahawa hidup dan mati nya hanya untuk untuk Nya.

“Tak lama kemudian saya dapat rasa kekuatan luar biasa untuk bangkit semula dan saya syukur Allah beri pertolongan

apabila ramai kawan kawan datang bagi sokongan," katanya.

habis//

Tonton kisah Puan Diya dalam journey eBay di bawah :

https://vimeo.com/855712287/c95dc9e3eb?share=copy

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

Coach Bahar – ‘Jangan Pakai Otak Sangat’

Momento Cafe bangkit dari episod duka

Abg Dendeng konsisten LIVE

Minyak Herba Asmak terjual 1 juta unit



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Suggested Keywords

All Keywords

Am Bisnes Teknologi eBay Tiktok Motivasi Life Usahawan Suri Tips Etsy Amazon mainj kluang zakat mahkamah tinggi muar setandan pisang jenayah hidup sederhana quotes hidup sederhana in english hidup sederhana dalam islam cara hidup sederhana Sumbangan Asas Rahmah SARA sumbangan tunai rahmah sumbangan asas rahmah Prof Muhd Kamil Ibrahim Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman belajar memandu ceasefire gaza gaza ceasefire ceasefire gaza israel gaza ceasefire Palestine israel trump Saif Ali Khan kampung oren ulu tiram tiga maut termasuk kanak kanak johor bahru Tanjung Embang tanjung embang sarawak tanjung embang asajaya Cara Menjual di Etsy cara menjual template canva di etsy cara menjual barang di etsy cara menjual produk di etsy cara menjual lukisan di etsy str str 20 str fasa 1 2025 bantuan str sumbangan tunai rahmah sumbangan tunai rahmah 2025 bayaran str fasa 1 2025 bayaran str 2025 str fasa 1 bayaran str bantuan str 2025 str 2025 fasa 1 bantuan tunai rahmah Cara untuk kurus dalam masa 3 hari CEO of Tiktok Mugunghwa kkoci pieot seumnida mr beast ceo of tiktok Jimmy Donaldson mr beast Taiwan earthquakes lhdn bnpl apps bnpl apps malaysia best pay later apps malaysia paylater malaysia best bnpl malaysia bnpl shopee bnpl meaning paylater merchant bnpl afterpay WhatsApp FB facebook ig instagram johan ghazali vs johan estupinan jojo vs estupinan jojo ghazali johan ghazali vs johan estupinan time malaysia nvidia share price nvidia nvidia stock deepseek ai stocks deepseek stock liang wenfeng nvda nvidia stock price what is deepseek nasdaq deepseek ai stock deepseek vs chatgpt deepseek share price china deepseek ai nasdaq index cnbc nvda share price nvda stock export mudah export mudah login export mudah v2 export mudah new export mudah ebook pdf export mudah v2 ebook Cara Dapat Duit Cepat dan Halal cara buat duit rm200 sehari cara buat duit 1000 sehari cara buat duit rm50 sehari cara buat duit online mudah usd cara dapat duit free cara cari duit lebih tanpa modal cara buat duit dengan whatsapp cara dapat duit dengan menonton youtube ibu tunggal permohonan bantuan ibu tunggal online ibu tunggal maksud bantuan ibu tunggal bantuan ibu tunggal rm kematian suami bolehkah istri kematian suami keluar rumah nafkah iddah kematian suami tempoh iddah kematian suami Sakit kencing manis kencing manis sakit kaki kencing manis jangka hayat pesakit kencing manis bolehkah penyakit kencing manis sembuh bacaan kencing manis punca kencing manis dibuang kerja pengiraan pampasan diberhentikan kerja kesalahan yang boleh dibuang kerja swasta surat memberhentikan pekerja bermasalah akta pampasan pekerja diberhentikan mengisi masa lapang contoh mengisi masa lapang manfaat mengisi masa lapang kesan mengisi masa lapang hutang penyatuan hutang penyatuan hutang pekerja swasta keburukan penyatuan hutang penyatuan hutang bagus atau tidak kerja kosong part time kerja kosong part time di rumah kerja kosong kerja tambahan menjana pendapatan cara cari duit lebih cara menjual di ebay Barang Malaysia Yang Laku di eBay keburukan berniaga di ebay produk malaysia yang laku di ebay amran abd hamid penyetpenyet.com dapur penyet borak orang kampung ayam penyet best