Loading

John Lemon

John Lemon, nama ini amat dikenali dalam kalangan generasi muda kerana fenomena Hausboom

Namun ada satu perkara yang sering menganggu benak fikiran lelaki ini

Dia pissed off dengan tuduhan segala kejayaan diraih sejak kecil kerana ada kabel

Namun seiring waktu dia sudah tak peduli lagi dengan tohamahan itu. Dia sudah buat rumusan sendiri

Sebenarnya, manusia yang tidak dapat meraih satu satu kejayaan akan sentiasa cari alasan untuk menyalahkan orang lain

Alasan itu membolehkan orang itu tidak rasa perlu berusaha

Senang kata, lebih mudah mengeji untuk menutupi kesilapan diri

Ikuti pedoman dan teladan dari kisah jatuh bangun pemuda ini yang kini sedang membina legasi Hausboom ke serata dunia

Hausboom didagangkan di lebih 30 negara

John Lemon

Orang kata kejayaan Hausboom ini adalah kerana pemilik nya adalah anak orang ada ada, bapanya ada gelaran Datuk

Perkara yang sama ini dibangkitkan dalam sesi podcast Apa Cerita kendalian Asyraf Khalid dan Ishraq Kamarudin di laman Youtube

Menurut John Lemon, anggapan itulah antara sebab dia selalu terasa hati

Sedangkan apa yang terjadi adalah sebaliknya, dia berusaha keras untuk sampai ke tahap seperti hari ini

John Lemon berkata, jika benar dia mempunyai kabel yang cekang

Manakan mungkin jenama Hausboom boleh berada di lebih 30 negara di dunia pada ketika ini, surat sokongan JKK mana yang laku di negara luar , soal nya

“Nama aku Azri Zahier atau John Lemon. Jika tengok nama orang ingat ini mesti budak Damansara paling tidak pun budak Subang Jaya

“Tetapi sebenarnya aku anak orang Kampung Gajah Teluk Intan Perak, bapa aku pernah kerja sebagai pegawai bank sebelum bersara dengan kerja kerajaan

“Emak aku pula adalah cikgu Bahasa Melayu dan berjawatan Pengetua pada akhir perkhidmatannya

“Cakap pasal kabel ini aku sudah dengar sejak kecil cuma dahulu orang cakap patutlah dia ini anak cikgu

“Aku dapat PTS (kelas lompat darjah 3 ke darjah 5) , PMR , SPM hingga universiti keputusan aku okay. Di U pun orang kata aku baik dengan pensyarah, sebab itulah

“Sama juga bila aku berniaga, walau tak gempak mana, pada pandangan orang dan power gila ini mesti pakai kabel

“Aku bukan berniaga buat jambatan, supply peluru berpandu, jet pejuang, bukan

“Aku jual air sahaja di mana kabel itu boleh dipakai, itu yang pertama,

“Yang kedua, Hausboom didagangkan di lebih 30 negara, kabel mana yang ada di semua negara itu,

“Jual air di Kazakhstan, Sri Lanka, merata, boleh pakai ke surat JKK,” katanya.

John Lemon bina Hausboom dengan air mata, darah dan keringat

Mencari duit adalah menjadi keutamaan diri lelaki ini sejak kecil dan beliau berkata, atas sebab itu dia sudah terbiasa hustle

“Ramai yang cakap, atleast kau ada saftey net, jadi kau berani untuk gagal

“Kau tak tahu aku macam mana. Bapa aku sekarang ini puna kena dialisis

“Kereta paling mahal yang dia ada adalah Honda Civic, kaya celah mana

“Orang kita suka dengan kisah (kejayaan yang datang dari orang betul betul susah) seperti anak penoreh getah

“Semua orang ada different struggle. Saya ada lima beradik

“Aku bukan dibesarkan oleh keadaan emak bapak tolong. Aku nak beli beg sekolah kena jual durian di Pekan Jelapang

“Beg sekolah koyak diwarisi dari abang dan kakak, atuk ada durian, kalau nak beg sekolah earn your money

“Aku tiada PTPTN, aku dah biasa sangat survive sendiri

“Tiada orang yang tolong aku untuk senang lenang. Apa yang aku ada ,aku bina dengan air mata, darah dan keringat,” katanya.

‘Untuk berjaya dalam bisnes, kabel entah nombor berapa’

John Lemon berkata, atas sebab itu, dahulu dia tidak boleh terima apabila berdepan tohmahan bahawa apa apa kejayaan diraihnya kerana kabel

“Sekarang ak tak kisah. Kalau dahulu orang cakap, aku bengang

“Aku taket it very personal. Aku mula bisnes bukan guna modal pinjam dari ibu bapa

“Pinjam dari makcik dan kawan kawan kerana ibu bapa memang tiada duit

“Gelaran Datuk (bapa) adalah Datuk kerana perkhidmatan dengan kerajaan, bukan datuk beli

“Waktu itu kami marah, sebab dia nak buat baju nak majlis kena habis berapa ribu

“Sebenarnya ramai yang dapat Datuk anugerah. Dapat Datuk bukan dapat elaun

“Aku struggle dan anda tidak ada idea (tahap kesusahan). Keutamaan aku dari kecil sampai besar adalah cari duit dahulu, belajar ini jatuh nombor 4,” katanya

John Lemon berkata, bersyukur kerana dikurniakan kelebihan akal fikiran namun ia bukan faktor mutlak kejayaan seseorang.

Katanya, banyak lagi faktor yang menentukan kejayaan seseorang termasuk soal hati dan berfikiran positif selain sokongan sekeliling

“Saya gagal Bahasa Inggeris dalam SPM.Keluarga saya adalah berorientasikan akademik

“Emak saya jenis kalau anak dapat markah 99 per 100 pun, balik kena belasah. Keputusan mesti nombor 1, tak boleh 2, 3

“Tiap tiap minggu semasa kecil usia 7 – 8 tahun, kami pergi kejohanan Terbuka Catur Negeri Perak lawan orang tua dan kami menang

“Sebenarnya ini yang orang tak nampak. Untuk berjaya dalam bisnes ini, kabel entah nombor berapa,” katanya

Usaha bina ‘kabel’ sendiri

John Lemon berkata, perkataan kabel diguna oleh orang yang berfikiran negatif untuk merendahkan kejayaan orang lain

Namun bagi mereka yang berfikiran positif, istilah ‘networking’ itu penting bagi meraih kejayaan

“Common people dia nak merendahkan orang, dia pakai kabel tetapi orang yang berfikiran positif dan kau tanya mana mana orang berjaya

“Salah satu nak faktor nak berjaya, adalah networking, ini yang orang tak nampak , dia kata kabel,” katanya

Beliau berkata, dia berusaha sendiri untuk bina ‘kabel’ dengan menyertai aktviti sosial seperti bersukan

“Dalam berniaga mana mana networking itu penting, tetapi nak develop networking itu, aku kayuh basikal, main motor, berlari

“Aku ikut larian bendang iaitu lari lepas Subuh dari KL ke Langkawi, 500 kilometer,

“Esoknya lari lagi, 12 kilometer dekat bendang. Berlari macam biasa dengan strangers dalam satu group

“Habis lari pergi makan, ada seorang ini dia belanja semua, dia beri kad, rupa rupanya dia adalah CEO GLC company

“Kau nak cakap aku apa, kabel? aku work for it, kau..siapa suruh tak bangun pagi pergi lari,” katanya.

Hausboom tercetus selepas bisnes restoran Don’s Diner

John Lemon berkata, sebelum serius dalam bisnes Hausboom dia terlebih dahulu bergiat dalam macam macam bisnes

Antaranya termasuk teknologi maklumat, agrikultur, agrotourism dan restoran

Katanya, minat berbisnes itu bermula sejak kecil dan berlarutan hingga dewasa

“Dahulu, aku buat tshirt dan boleh kata segala mak nenek, i’m is your guy

“Apa yang orang lihat sekarang ini seolah olah , aku buat terus jadi

“Mereka tak nampak 100 kegagalan di belakang. Dahulu aku bermula dengan bisnes IT ketika itu Facebook baru naik

“Aku siap dapat legal letter dari FB sebab ada trademark kita imitate

“Pernah buat bisnes ternak kambing dan ikan.

“Sebelum Hausboom muncul, aku dapat peluang dari seorang peniaga yang asalnya mahu jual restoran miliknya

“Namun ketika itu tiada duit, namun selepas dibentangkan strategi termasuk jenama dan pemasaran, pemilik itu tidak jad jual dan bersetuju berkongsi share dalam bisnes

“Kita tukar jenama jadi, Don’s Diner, bagi konsep Italian Mafia dan kebetulan baru tengok filem Godfather

“Cara pemasaran ketika itu, kami offer kepada mana mana pemilik IG yang ada lebih 10,000 pengikut boleh makan apa sahaja yang boleh dan mereka perlu muat naik lima hantaran di IG

“Waktu itu, IG baru bermula dan bukan zaman influencer dan kita buat konsep pay by IG. Masa itulah ramai artis datang hingga dapat jolokan restoran artis.

Bisnes soft drinks tiada border dan limit

Katanya, dia bersyukur kerana pemasarannya itu berjaya dan menyebabkan restorannya diserbu orang ramai hingga ada yang sanggup beratur dan mengamuk kerana tak dapat meja

“Itulah kejadian yang buka mata untuk mencari bisnes yang scaleable.

“Taste profile berlainan di dua restoran di Petaling Jaya dan Bangi, apabila pelanggan di Bangi kata medium well tak masak, ada yang pelik bila kopi tiada gula, spending power pun berbeza

“Dari situ nak scale susah, namun lepas tengok order beratus ratus karton soft drinks sebulan, dari situ lah timbul ini adalah bisnes yang bagus

“Dari situ terdetik dan selalu fikir. Kebetulan memang banyak baca buku mengenai jenama termasuk McDonald dan Coca Cola

“Sebenarnya macam Coca Cola setiap negara rasa nya lain lain. Dia hanya carry logo sahaja. Dari sini terdetik ini bisnes yang tiada border dan limit,” katanya.

Cipta Hausboom ketika buat haji

John Lemon berkata, namun idea bisnes berkenaan betul betul jadi ketika dia berdepan masalah mendapatkan bekalan air minuman ketika berada di Mekah pada 2015

“Tahun 2015 adalah musim yang paling mencabar buat haji kerana ketika itu suhu panas dan ada kejadian kren runtuh

“Aku pergi dengan adik beradik namun isteri tak dapat ikut kerana mengandung

“Adik beradik dengan pasangan masing masing dan bila berjalan seorang diri dan beli air, semua peti ais kosong kerana air minuman habis dijual

“Aku terpaksa tunggu lori dan beli semua air yang ada dan waktu itu air asam jawa semua habis dibeli

“Tetapi bila tengok, air minuman banyak diimport dari Thailand dan Kemboja. Ini tak boleh jadi. Balik sahaja ke tempat penginapan, aku terus roger kawan kawan, kita kena buat ini,” katanya.

bersambung~~

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

ShipBob : 101

Terapeak : 101

Black Friday Cyber : Ini maksudnya…

10 hot selling product on Amazon 2024

Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay

Leave a Reply

Your email address will not be published.