Loading

juruteknik

Juruteknik sebuah taman tema antarabangsa di negeri ini nyaris disaman USD2 juta gara gara jual barang di eBay yang didakwa meniru paten milik syarikat di luar negara.

Ancaman saman itu dilakukan oleh peguam yang didakwa mewakili syarikat berkenaan yang berpangkalan di United States of America. (USA)

Mengulas lanjut, beliau yang mahu dikenali sebagai sebagai Shah, 20 an, berkata, kejadian itu berlaku pada sekitar 2022.

Beliau berkata, ketika itu beliau sudah menjadi Top Rated Seller eBay walau pun bekerja sebagai juruteknik

“Masa itu saya ambil barang dari platofm A dan buat listing di eBay. Saya cuma klik klik sahaja, listing itu masuk ke eBay.

“Gambar pun sama terus forward ke eBay. Banyak barang copy dan barang vero iaitu barang yang tiru jenama lain di A.

“Waktu itu saya dapat pesanan dari 5 hingga 10 jualan dan memang tak pasti sama ada barang itu selamat atau tak untuk dijual.

“Bila barang itu sudah habis stok saya pun buang dari listing produk namun tiba tiba selepas enam bulan, akaun eBay saya tiba tiba kena suspend,” katanya.

Juruteknik punya akaun eBay dan Paypal kena beku kan

Shah berkata, beliau dihubungi peguam berkenaan melalui emel yang meminta nya untuk menghubungi mahkamah di lllinois USA.

“Peguam itu emel pdf tuntutan kepada saya dan tunjukkan bukti screen shot akaun saya jual barang vero.

“Saya jual barang itu tak sampai US 10 dollar dan hanya berjaya jual 3 unit sahaja.

“Mula mula memang tak percaya dan ingatkan peguam ini scammer tetapi tak lama selepas itu, duit jualan dari eBay tak boleh pindah ke Paypal.

“Selang dua minggu kemudian, akaun Paypal pula tak boleh keluarkan duit dan waktu ini saya rasa saman ini memang betul,” katanya.

Shah terpaksa bayar pampasan RM23,000

Beliau berkata, dia mula tak keruan dan tertekan dengan situasi menimpa hingga jejas kan emosi dirinya.

“Waktu itu emosi memang tak stabil dan saya pendam seorang diri. Masuk kerja pun lambat, jadi pemarah, menangis sendiri.

“Akhirnya saya luah pada ayah dan beliau nasihatkan saya settle tepi dan bayar denda guna duit jualan eBay

“Saya pun cuba settle tepi masalah ini kerana fikir kalau masuk mahkamah dan jatuh hukum salah, saya boleh kena saman jutaan ringgit,” katanya.

Katanya, antara alasan saman itu adalah dia dituduh jual barang ciplak, jatuh kan jenama dan produk client peguam itu dipandang serong termasuk kualiti tak bagus.

“Selepas sebulan, peguam itu tuntut bayaran penyelesaian US 6,000 dollar jika tak mahu masuk mahkamah.

“Saya cuba rayu dalam emel jumlah dikurangkan ke 4,000 dolar tetapi tak dilayan hingga lah saya offer 5,000 dollar baru peguam itu bersetuju,” katanya.

Jadi salah seorang dari 1,000 yang disaman

Shah yang kini sudah tinggalkan kerjaya juruteknik itu berkata, selepas itu dia perlu tanda tangan surat penyelesaian dalam bentuk format pdf dan tutup kes hingga hari ini.

“Akaun eBay dan Paypal saya mula pulih. Ini adalah pengalaman paling mahal pernah saya bayar sepanjang buat eBay ini.

“Jika ditukar jumlah nya lebih RM23,000 termasuk duit cukai saya kena bayar. Mujur saya bayar guna untung dari jualan eBay sahaja,” katanya.

Beliau berkata, ketika saman diterima, beliau mendapati namanya berada dalam senarai lebih 1,000 orang yang turut terima saman sama.

“Seller ini dari serata negara di dunia ini terima saman atas alasan yang sama, jual produk vero.

“Cuma saya seorang sahaja dari Malaysia tak bernasib baik. Dalam list itu ada seller termasuk dari eBay, Amazon, Shopify dan Ali Ekspress,” katanya.

Jom tonton journey bisnes eBay bekas juruteknik ini yang kini dapat income cecah enam angka sebulan di eBay dalam video di bawah :

https://www.tiktok.com/@exportoverseacademy/video/7332175403013983489?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7322714579007964680

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

ShipBob : 101

Terapeak : 101

Black Friday Cyber : Ini maksudnya…

10 hot selling product on Amazon 2024

Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay

Leave a Reply

Your email address will not be published.