Loading

eBay Guaranteed Delivery

eBay Guaranteed Delivery. Panduan ini bagi mudah kan anda faham apa terma terma yang patut anda tahu jika mahu jadi penjual di eBay. Semoga membantu ya!

Gambaran Keseluruhan Artikel
Apakah Penghantaran Dijamin eBay?
Bagaimana untuk menawarkan Penghantaran Terjamin sebagai penjual?
Bagaimanakah Penghantaran Terjamin eBay berfungsi?
Masa Pengendalian lwn. Penghantaran Dijamin Pintu ke Pintu – Apakah perbezaannya?
Apa yang berlaku jika Penghantaran Terjamin eBay lewat?
Masa Pengendalian
Pintu ke pintu
Kebaikan dan keburukan menawarkan Penghantaran Terjamin di eBay
Sekiranya penjual menawarkan Penghantaran Terjamin?

eBay Guaranteed Delivery : Apa maksud nya

eBay kenal kan jaminan penghantaran di mana pelanggan akan terima barang mereka dalam masa tiga hari bisnes

Manakala penjual pula dapat boost produk mereka lebih dilihat dalam eBay

Dengan syarat, penjual hantar bungkusan tepat pada masanya.

Platform eBay telah tambah filter untuk pelanggan yang ingin terima pakej mereka lebih awal dari 7 hari.

Apabila gabung filter dengan amalan lain, peluang penjual lompat  ke 5 teratas lebih ketara.

Bagaimana untuk offer Penghantaran Terjamin sebagai penjual?

Penjual yang ingin ikut serta perlu layak terlebih dahulu.

Untuk putuskan siapa yang layak, eBay ukur prestasi dan transaksi keseluruhan penjual.

Pada masa ini, ada dua syarat kelayakan:

1. Penjual mesti ada skurang kurangnya 100 transaksi setiap tahun;

2. Dan mereka tak boleh ada lebih dari 5% kadar penghantaran lewat.

Penjual boleh pilih listing individu, tetapi kategori produk tertentu dihadkan untuk Penghantaran Terjamin eBay iaitu :

· Perniagaan & Perindustrian

· Komputer/Tablet & Rangkaian

· Elektronik Pengguna

· kesihatan

· Rumah & Taman

· Barang-barang sukan

Cara senaraikan produk dengan penghantaran terjamin :

1. Single Listings

2. Bulk Listings

3. Polis bisnes

Tidak kisah cara produk itu kena listing tetapi yang penting tanda kan setiap satu untuk immediate payment

Dengan kata lain, kena add button “Buy It Now” pada semua listings.

Selain itu, penjual perlu terima pemulangan, kerana eBay mahu beri pengalaman pelanggan yang lancar untuk semua pembeli mereka.

Bagaimana eBay Guaranteed Delivery berfungsi

Sebaik sahaja penjual yang layak guna Penghantaran Terjamin eBay, mereka ada dua pilhan:

1. Masa Pengendalian

2. Pintu ke pintu

Sebaik sahaja penjual ambil kata putus kaedah yang paling sesuai dengan mereka, kaedah tersebut akan digunakan pada semua eBay Guaranteed Delivery

Masa Pengendalian lwn. Penghantaran Dijamin Pintu ke Pintu – Apa beza?

Platform ini beri pilihan penghantaran kerana tidak semua saiz sesuai untuk semua.

Bergantung pada cara setiap kedai beroperasi, penjual boleh banding kan dan pilih kaedah yang terbaik untuk mereka.

Masa Pengendalian

Pilihan pertama ialah  Masa Pengendalian,  yang merujuk kepada jumlah hari bisnes yang diambil oleh penjual

Option ini boleh kan penjual sedia kan barang yang dibeli untuk penghantaran selepas terima bayaran.

Kaedah ini memerlukan setiap listing ada masa pengendalian hari yang sama atau satu hari

Poskod dan syarikat yang dipilih untuk penghantaran produk.

Penjual digalakkan kemas kini kalendar hari bekerja mereka untuk masuk kan sekali cut – off times untuk pengendalian.

Syarikat kurier yang layak terdiri dari USPS, UPS, FedEx dan DHL untuk penghantaran domestik.

Kerana eBay kira tarikh terjamin untuk pelanggan selepas semua maklumat diberi penjual.

eBay percaya kurier ini ada maklumat penjejakan yang paling boleh dipercayai 

Pintu ke pintu

Pilihan kedua adalah penghantaran Pintu ke Pintu.

Tidak seperti Masa Pengendalian, penjual di bawah kaedah ini bertanggungjawab untuk sedia tarikh penghantaran yang dijamin kepada pelanggan.

Kos akan berbeza-beza di setiap wilayah, jadi setiap listing produk perlu disertakan jadual kadar penghantaran .

 Apa yang berlaku jika eBay Guaranteed Delivery lewat?

Ini bergantung pada kaedah Penghantaran Terjamin yang penjual pilih.

Masa Pengendalian

Jika produk tiba lewat atas sebab di luar kawalan penjual, eBay akan laksana Perlindungan Penghantaran Lewat mereka.

Perlindungan ini memberi pelanggan akses baucar pembelian masa hadapan atau pulangan percuma kepada penjual, jika layak.

Selain itu, eBay akan pastikan sebarang maklum balas negatif mengenai penghantaran dikeluarkan dari ulasan penjual.

Perlindungan Lewat Penghantaran hanya terpakai jika penjual penuhi masa pengendalian yang sama hingga satu hari.

Pintu ke pintu

Dua perkara akan tentu kan perkara yang berlaku jika pelanggan terima barang selepas tarikh penghantaran terjamin mereka:

1. Penghantaran Berbayar

Jika pelanggan putus kan mereka mahu simpan item tersebut, penjual hanya perlu bayar semula kos penghantaran.

Sekiranya pelanggan tidak mahu simpan item tersebut, penjual mesti bayar balik kos penghantaran dan  berikan label pemulangan

2. Penghantaran percuma

Jika pelanggan tidak belanja wang untuk penghantaran, eBay akan beri mereka baucar

Namun jika pelanggan mahu simpan item tersebut. Jika tidak, eBay akan handle return barang dan bayaran balik untuk pasti kan pembeli berpuas hati.

Penjual pula perlu berurusan dengan sebarang komen yang diberi pembeli itu

Kebaikan dan keburukan

Kelebihan Keseluruhan eBay Guaranteed Delivery

· Listing produk akan lebih dlihat dan dorong jualan serta trafik ke kedai penjual.

· Pangkalan pelanggan yang lebih tinggi kerana orang ramai suka buat sesuatu dengan pantas dan cekap.

· eBay akan jaga customer service yang berkaitan dengan penghantaran lewat.

Kelemahan Keseluruhan

· Penjual dapat persaingan tambahan untuk dilihat

· Seller wajib terima terma pemulangan barang

· Banyak tekanan untuk beraksi dengan baik dan kekal dalam kelayakan.

Jika penjual gagal, mereka tidak boleh offer pilihan penghantaran ini.

· Penjual perlu guna label platfom dan kurier yang tepat.  Dropshipping atau arbitraj runcit  tidak akan berfungsi.

· Ada beberapa kategori produk yang tidak boleh ambil bahagian.

Mengendalikan Kelebihan Masa

· Penjual tidak perlu risau pasal nak kira tarikh setiap kali penghantaran barang

eBay buat kerja untuk mereka!

· Mereka juga sedia kan Perlindungan Penghantaran Lewat (apabila masa pengendalian dilakukan dengan baik) kepada penjual termasuk kos pemulangan label jika perlu

· Lebih banyak jualan dan rating yang lebih tinggi kerana eBay juga lindungi penjual dari ulasan buruk yang tidak best di bawah Perlindungan Penghantaran Lewat

Mengendalikan Kelemahan Masa

· eBay pilih tarikh penghantaran untuk produk dalam listing dan penjual kena ikut tarikh akhir bagi urus pengendalian mereka.

· Walaupun eBay tanggung kos, penjual masih perlu ambil balik produk jika pelanggan nak pulang kan semula item kerana penghantaran lewat.

Kelebihan Pintu ke Pintu

· Penjual ada kebebasan untuk pilih tarikh penghantaran yang dijamin (selagi ia berada di antara lingkungan 3 hari bisnes). Mereka boleh pilih tarikh akhir mereka sendiri.

· Ebay sediakan penjual alat penghantaran yang diperlukan untuk menyenaraikan produk mereka – seperti jadual kadar penghantaran.

Kelemahan Pintu ke Pintu

· Semua penjual bertanggungjawab untuk tambah jadual kadar penghantaran pada setiap penyenaraian produk.

· Setiap penjual bertanggungjawab untuk sediakan tarikh penghantaran pada penyenaraian mereka.

· Penjual kena terima pemulangan dan tanggung kos kerana penghantaran lewat

· Seller berdepan risiko penilaian yang lebih rendah jika ada sebarang ulasan buruk kerana penghantaran lewat.

eBay tidak offer perlindungan kepada penjual bagi perkara ini.

Sekiranya penjual buat jaminan ini ?

Banyak faedah untuk eBay Guaranteed Delivery

Walau pun ada kontra, hakikat nya penjual kena membuat jualan.

Pilihan ini adalah keperluan bagi berjuta juta orang yang mahu pembelian barang secepat mungkin.

Bagaimana untuk menjual di eBay di bawah syarat yang lebih ketat ini

Hakikat nya option penghantaran terjamin ini bukan untuk semua orang.

Jika penjual adalah seseorang yang tidak boleh bekerja di bawah tekanan untuk menjadi sempurna sepanjang masa, maka Penghantaran Terjamin bukan untuk mereka.

Program ini dibuat untuk syarikat yang yang boleh kekal kan prestasi tahap tertinggi mereka.

Bagi penjual lain, lebih baik pilih penghantaran lain yang disediakan oleh eBay.

Walau bagaimanapun, sebagai penjual, anda perlu bertanya diri sendiri,

“Adakah saya mahu bertanggungjawab dengan program tawaran terjamin eBay?”

Jika penjual cukup teratur untuk kekal di atas prestasi mereka, pastikan pelanggan berpuas hati dan fikirkan masa pengendalian mereka – why not?

Jika mereka buat, Handling Time nampaknya adalah pilihan yang baik.

habis//

Artikel ini dipetik dan disesuaikan dari Zik Analytics

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

ShipBob : 101

Terapeak : 101

Black Friday Cyber : Ini maksudnya…

10 hot selling product on Amazon 2024

Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay

Leave a Reply

Your email address will not be published.