Bersara. Anda sudah ready ke, simpan duit apa yang patut.
Ikut kajian rakyat negara ini kena ada RM1 juta simpanan jika mahu bersara dengan selesa dan tenang.
Itu adalah hasil dapatan kajian Syarikat pengurusan insuran, pencen dan aset, Aegon yang berpusat di The Hague, Belanda.
Menurut laporan MailOnline yang dipetik KOSMO!, firma itu buat kajian mengenai kos hidup untuk bersara di Malaysia.
Firma itu analisis data kos sara hidup dari laman Numbeo untuk kira kos persaraan di negara berbeza.
Dalam kajian itu, Pakistan adalah negara paling murah di dunia untuk bersara iaitu sekitar AS$118,953 (RM553,000)
Manakala India dan Colombia pula masing masing kurang AS$150,183 (RM699,000).
Firma itu berkata, negara paling mahal untuk bersara adalah Singapura
Rakyat negara jiran itu kena ada AS$0.9 juta (RM4.19 juta) jika mahu hidup dengan selesa selepas bersara
Negara lain ikut jejak langkah Singapura adalah Switzerland, Amerika Syarikat, Luxembourg, Denmark, Emiriyah Arab Bersatu dan Kanada.
(Foto KWSP kredit kepada NSTP)
Hanya 4 peratus rakyat Malaysia mampu
Dalam pada itu, menurut laporan The Star pada 23 September 2022, dalam satu laporan berkata
Mereka yang bersara dalam tempoh 20 hingga 30 tahun lagi perlu ada simpanan dari RM900,000 hingga RM1 juta
kata ketua pegawai strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Nurhisham Hussein.
“Apabila anda lihat ambang simpanan RM600,000, hanya kira kira 4 peratus rakyat Malaysia yang mampu bersara,” katanya.
Nurhisham berkata RM600,000 itu hanya boleh tampung keperluan perubatan pesakit luar atau lawatan ke klinik biasa.
“Jumlah itu tak termasuk kos keperluan perubatan utama,” katanya.
Katanya, Alor Setar adalah tempat paling murah untuk bersara yang selesa di negara ini.
Namun di Alor Setar, seseorang itu perlu RM480,000 untuk bersara di sana.
Dalam pada itu, Menurut laporan Berita Harian, setiap orang perlu rancang ‘bekalan’ persaraan mereka dan ia tidak salah jika bermula dari awal.
Perancangan kewangan bijak bagi kehidupan selepas bersara amat penting supaya
kehidupan hari tua lebih terjamin dan paling penting bebas dari segala hutang.
5 tips untuk bersara dengan tenang dan selesa
Berikut adalah langkah yang penting untuk susun pelan bersara
Cari penasihat atau perunding kewangan
Penting supaya dapat rancang strategi sesuai dengan situasi dan tujuan
Simpan secara konsisten
Asingan 10 peratus dari gaji bulanan kerana ia satu strategi paling mudah, tetapi
perlu disiplin kuat dan kaedah ini perlu dilentur dari usia muda
Buat pelaburan
Ada banyak jenis antara nya Amanah Saham Berhad (ASB), saham
dan mata wang, emas serta hartanah serta lain lain.
Ambil skim persaraan swasta
Skim persaraan swasta ini mula sejak 2012
Pelan ini boleh kan kita simpan amaun dari gaji secara konsisten
Skim Persaraan Swasta ini di urus oleh Private Pension Administration Malaysia (PPA).
PPA tawar pelan serendah RM100 sahaja dengan 57 dana skim persaraan swasta
dan 26 dari nya adalah patuh syariah.
Insentif cukai juga ada maksimum hingga RM3,000 setahun bergantung kepada kadar
cukai ditetapkan.
Ambil pelan takaful yang ada simpanan dan pelan bersara
Simpan secara sukarela untuk bersara
Simpanan dengan syarikat takaful ini ada boleh pilih dan ubah dana untuk melabur
Ikut selera risiko dan profil investment yang kita mahu
Pelan ini ada pelepasan cukai maksimum RM3,000 setahun.
Skim syarikat insurans atau takaful mampu beri pulangan baik dan perlindungan
menyeluruh termasuk simpanan hari tua, pampasan terhadap kehilangan
upaya kekal dan kemalangan serta kematian.
habis//
Foto utama kredit kepada FB Hariz Mansor
Mahu belajar cari duit simpanan bersara melalui bisnes eBay, tekan SINI
BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI
Lagi kisah menarik di bawah
Peguam Syarie geram, saksi kes isteri pertama ‘blur’ depan hakim