Azam tahun baru anda apa ya? Masih tak terlambat kan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2024 kepada semua.
Setiap kali masuk tahun baru, samada tahun hijrah Islam atau tahun baru Masihi,
pasti ada azam dan harapan-harapan yang tak tertunai masih kita simpan dalam hati dan minda.
Kan? Cakap pasal azam,
Kebanyakan azam kita adalah untuk menjadi versi yang lebih baik.
Ada yang nak kurus, ada yang nak jaga solat,
ada yang nak jadi lebih baik dari semalam.
Jawapan yang cliche,
azam tahun baru ini adalah melunaskan azam-azam tahun lepas yang tak tertunai.
Tak kisah lah kan!
Yang penting USAHA ke arah mejadikan azam-azam tadi tu menjadi realiti.
Diri Kita Yang Tentukan Apa Yang Kita Nak Dalam Hidup
Tak akan berubah nasib kita kecuali diri sendiri yang mengubahnya.
Bertepatan dengan Firman Allah “Tidak akan berubah nasib seseorang
kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka” (Ar Ra’d: 11)
Ayat ini sangat sesuai untuk dijadikan panduan bagi seseorang untuk berjaya dalam kehidupan.
Setelah kita berusaha bersungguh-sungguh mencapai azam kita tu,
serahkanlah segalanya pada Yang Maha Bijaksana. Dialah Yang Maha Mengatur segala urusan kita di dunia ini.
Tips Tak Nak Lemau Awal Tahun Baru
Biasalah hidup ini ibarat roda ada masa ups and down. Awal tahun baru ni kan…
Tak kan dah lemau, takda semangat?
Saya kongsikan 5 Tips Tak Nak Lemau Di Tahun Baru.
Kunci nya SMART
S – Specific
Nak pasak azam bukan boleh sumbat semua. Spesifik dengan jelas apa yang kita nak.
Contohnya tahun ni aku nak kurus dapat turun 5kg pun dah syukur!
Jadi kena target, usaha kan dengan cara mana yang sesuai untuk turun berat badan sehingga 5kg. Mulakan dengan cut sugar contohnya.
M – Measure
Dah ada azam, letak ukuran. Contoh tahun ni aku nak bangun awal pagi sebelum Subuh. Bila kita pasang target ikut ukuran, inshaAllah one step closer. Haa camtu.
A – Achievable
Anda janganlah berazam hanya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja,
Biarlah azam yang anda niatkan tu yang boleh dicapai. Relevan untuk dicapai.
Contoh tahun ni aku nak jadi Sultan. Memang tak dapat lah kan. Haha
R – Realistic
Berazam biar realistic. Berpijak di bumi yang nyata. Nak simpan RM10,000 dalam masa setahun. Anda boleh buat kiraan
RM 10,000 / 12 bulan. So, 1 bulan kena simpan dalam RM800. Ikut kemampuan anda. Boleh ke simpan sebulan banyak tu. Anda yang tahu saiz poket sendiri kan.
Tu belum anda dapat gaji USD lagi.
Kalau nak tahu macam mana nak dapat gaji USD walaupun duduk di Malaysia boleh klik sini
T – Timely
Last sekali, tempoh untuk nak capai azam. Cuba bagi ikut timeline .
Sebab tu ada orang yang buat planning tahunan terus untuk capai azam. Contoh tahun 2025 nak tunaikan umrah.
Tahun 2026 nak beli rumah.
Ok. Semoga anda berjaya merealisasikan azam pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya.