SPayLater jadi pilihan orang ramai untuk urusan jual dan beli
menurut satu hasil kaji selidik 25,000 orang di
negara ini oleh syarikat pembayaran digital, Sea Money
Merujuk laporan BERNAMA, skim Buy Now Pay Later @ SPayLater
jadi punca ramai tidak lagi guna servis pinjam wang dari perkara berikut :
Servis | % penurunan |
Kad kredit | 9 |
Pajak dan gadai | 43 |
Rakan dan keluarga | 47 |
Pemberi pinjam wang berlesen | 20 |
Dalam laporan itu, Ketua ShopeePay dan SeaMoney, Malaysia Alain Yee berkata,
tujuan kaji selidik itu adalah untuk nilai peranan skim itu sebagai
penyelesaian kewangan alternatif dan untuk faham tabiat kewangan rakyat Malaysia
Katanya, mereka yang punya income rendah hingga sederhana guna
SPayLater kerana kerana mudah atau untuk buat pembelian terancang.
Manakala middle class suka guna skim itu kerana fleksibel
dalam urus belanja yang tidak dijangka.
“Pengguna income tinggi guna SpayLater sebagai
sumber kewangan alternatif tanpa jejas kredit mereka,” katanya.
SPayLater beri kemudahan kepada mereka yang buat pembelian segera
dengan pelan pembayaran yang fleksibel
Dalam pada itu, 88.2 peratus consumer berpuas hati dengan servis skim itu
dan 81.9 peratus lagi syor kan servis itu kepada orang lain
dan 24.5 peratus berkata sebab utama mereka guna servis itu
kerana SPayLater adalah mudah.
Shopee adalah part of Sea Group company
SPayLater ada unsur riba ?
Dalam pada itu, pada 30 Oktober 2023, bekas Mufti Wilayah Persekutuan,
Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata,
pada mula nya skim itu ada unsur riba
Namun katanya, kini SPayLater sudah dapat pengiktirafan patuh syariah dari
sebuah firma berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC)
“Kini, jika pembeli lewat bayar, mereka tidak akan kena caj seperti sebelum ini namun sebalik nya akaun
SPayLater mereka akan dibekukan.
“Jika mahu terus guna SPayLater, mereka perlu bayar caj lewat sebanyak RM10.
“Selain itu, struktur patuh syariah ini juga babit kenaikan yuran pemprosesan dari 1.25% ke 1.5% sebulan,” katanya.
Beliau berkata, justeru itu, hukum guna skim ini adalah harus dan dibolehkan.
Baca lanjut Baca lanjut #1341: Adakah SPayLater Patuh Syariah?
Namun secara peribadi, ada pro dan kontra dengan servis SPayLater ini
yang bagus nya, skim ini bantu kita jika tak cukup duit untuk beli barang
yang mahal dan mendesak
Namun yang tak bagus nya jika salah buat
kita pupuk tabiat suka hutang tak tentu hala
dan ia sangat tidak bagus untuk semua peringkat umur
Allahualam
Download ebook eBay PERCUMA di sini
Lagi info berguna di bawah