Loading

buat duit online

Buat duit guna internet bukan hal yang baru. Sejak internet mula meledak dan e dagang mula aktif ramai pihak sudah dapat manfaat daripada nya

Hingga kini dunia e dagang adalah wajib bagi sesiapa yang mahu buat bisnes. Namun bagi orang biasa yang mahu terjun

dalam dunia bisnes mungkin risau dan kurang yakin mereka boleh buat jualan guna internet

Berikut adalah bacaan mudah bagi mereka yang baru nak kenal dunia e dagang dan apa perkara yang penting perlu mereka tahu

Buat duit online guna laman web

Terdapat begitu banyak perniagaan kecil hingga sederhana di luar sana yang tidak mempunyai laman web untuk

funnel jualan atau halaman pendaratan.

Laman web ini jadi sumber kumpul maklumat pelanggan apabila mereka klik pada web atau iklan. Laman web ini boleh

digunakan untuk buat iklan di media sosial seperti pelanggan boleh dapat insentif seperti kupon, kod diskaun atau eBook

percuma jika isi maklumat peribadi. Maklumat mereka ini kemudian akan diguna untuk kempen iklan pada masa diperlukan

Ini lah salah satu cara, kita boleh dapat duit 

Buat duit guna video

Anda boleh dapat duit melalui video di media sosial. Platform media sosial seperti YouTube, Instagram dan TikTok

bayar content creator yang buat reels, shorts dan video ringkas.

Setiap platform adalah berbeza, dan jika anda pandai buat video ikut niche masing masing anda ada peluang lebih besar

untuk dapat duit secara online kerana jika dapat fokus topik sesuatu video itu, makin tinggi peluang untuk dapat sales 

Contohnya, cipta resipi masakan Melayu yang mudah, ringkas, sedap dan jimat masa. TIPS nya cuma anda perlu konsisten cipta video itu.

Buat duit dari podcast

Podcast kini sudah jadi trend untuk semua page bisnes. Sehingga kini , lebih 3 juta podcast dicipta setakat September

2023. Podcast untuk satu temu ramah yang panjang biasa nya dipotong untuk jadi bahan content  di media sosial, contoh

yang popular di negara ini adalah podcast Keluar Sekejap oleh KJ dan Shahril. Temu ramah podcast itu dipotong untuk jadi

bahan Reels, Shorts dan TikToks.

Cuma kelemahan utama kaedah ini adalah kita perlu buat banyak episod podcast untuk pasti kan lebih ramai penonton akan datang semula menonton podcast kita

TIPS – Temu ramah tokoh pupular dan ramai pengikut sebagai tetamu podcast

Niaga barang online

Mungkin anda perlu sedikit modal untuk belajar dengan guru yang betul dan sedikit kos modal untuk beli barang sebelum

jual kepada pelanggan. Ini adalah cara buat duit online paling baik dan mudah.

Laman Amazon FBA dan eBay adalah antara tempat terbaik untuk anda bermula niaga dan buat duit online

Untuk berjaya dalam platfom ini, anda perlu sabar kerana ia mengambil masa. Namun ia beri pulangan luar biasa jika anda

tahu rahsia nya. Antara perkara utama dalam bisnes ini adalah untuk dapat pembekal dan urus logistik. Bagi atas masalah

ini, anda perlu labur dengan belajar dari yang pakar dalam bidang ini.

(Belajar dengan Jutawan eBay Malaysia di sini)

Cari duit dengan Instagram

Instagram antara media sosial paling popular dan relevan untuk cari duit online pada masa kini dan masa depan. Anda

boleh isi content IG anda dengan siar kan berita tempatan seperti kes jenayah sukan, berita human interest atau content

jalan jalan cari makan. IG ini umpama TV bergerak dan kena bersikap tidak berat sebelah 

Selepas dapat puluhan, ratusan atau jutaan views, anda boleh guna kan IG sebagai mesin buat duit dengan kena kan caj

bagi pihak yang minat mahu buat review atau posting dalam IG anda

Suntingan video

Video ialah salah satu cara paling popular untuk berkomunikasi dan penting untuk pemasaran produk atau servis.

Ramai content creator tidak ada masa atau kurang mahir untuk sunting video. Di sinilah peluang bisnes anda Guna kan

kemudahan DM-ing untuk tawar terbit dan terima offer dari client.

Pikat pelanggan baru dengan video

Cara terbaik untuk menarik perhatian customer adalah buat video secara percuma dan hantar hasil itu kepada mereka. Jika suntingan video anda bagus, anda akan dapat ‘duit’ mereka.

Proses sunting video memang makan masa dan lebih baik guna influencer media sosial yang bantu promosi servis anda

TIPS – lebih ramai influencer lebih bagus dan anda boleh fokus dengan tugas untuk edit video sahaja.

Buat duit dengan kursus online

Anda ada bakat untuk jadi guru dengan kemahiran dimiliki? Ini masa nya anda lebar kan sayap dan yakin diri bahawa anda boleh jadi guru yang bagus

Guna kan apa sahaja kemahiran anda dan kongsi ilmu anda dengan orang lain. Jika pandai jahit baju, ajar orang secara online cara buat baju kurung

Buat kursus buat 10 jenis cake hot selling. Jika ada yang minat, mereka pasti sanggup bayar untuk tonton video anda itu. Video video ini boleh dimuat naik dalam Tik Tok, contohi sahaja cara Khairul Aming

habis//

Artikel ini dipetik dan disesuaikan dari 7 Passive Income Ideas to Make Money and Build Wealth in 2024

Download ebook eBay PERCUMA di sini

Lagi artikel menarik untuk dibaca

10 barang Krismas laku keras di eBay

5 tabiat orang berjaya 

Leave a Reply

Your email address will not be published.