Loading

tips yakin diri

YAKIN. Aset ini paling mahal buat manusia untuk terus hidup

Tidak semua orang yakin dengan diri mereka sejak lahir

Memang sukar untuk dapat keyakinan, mungkin kerana ada pengalaman negatif pada masa lalu

atau kerana ada harga diri yang rendah

Leader mesti yakin diri untuk ambil peluang dan capai objektif yang bercita cita tinggi

Leader yang yakin dengan diri sendiri biasanya selesaikan isu dan perselisihan faham dengan cepat 

dan tidak lengah, tangguh atau beri kesukaran kepada orang lain

Pencapaian seseorang bantu diri nya kekal bermotivasi sepanjang masa

Anda harus usaha untuk puji diri sendiri atas setiap pencapaian

even itu adalah pencapaian yang kecil

Rasa puas dan yakin diri akan bantu anda lebih berjaya dalam hidup

Ikuti 10 TIPS ini untuk bina keyakinan diri

Selesaikan tugas bantu yakin diri

tips yakin diri

Pencapaian adalah asas keyakinan

Anda akan berasa lebih baik tentang diri anda jika berjaya capai matlamat kecil dan besar

Bermula dengan objektif harian, apakah yang anda mesti lakukan hari ini, setiap hari minggu ini

atau tiga hari dalam minggu ini untuk capai matlamat anda?

Jika anda penuhi matlamat harian, anda mungkin akan mula capai sasaran mingguan dan bulanan anda juga

Ini meletakkan matlamat dwi tahunan dan tahunan anda dalam jangkauan

Ingat perubahan ketara ambil masa untuk dibuat

Anda akan yakin untuk buat projek yang besar dan tetapkan objektif yang tinggi 

kerana anda yakin dengan keupayaan anda untuk berjaya

Tetapkan objektif peribadi, dan lakukannya

Jejaki perkembangan diri buat anda makin yakin 

Sama ada goal anda besar atau kecil, pendekatan terbaik untuk capai goal itu adalah dengan 

bahagi kan kepada tugas yang lebih kecil dan jejaki kemajuan itu

Pantau kemajuan anda ialah cara terbaik untuk tentukan sama ada anda capai goal anda,

sama ada tukar kerjaya, untuk dapat kerja yang lebih baik, naik pangkat, sambung belajar, makan lebih sihat atau hilang berat 10 kilo

Tulis goal anda dan cuba ukur pencapaian anda,

Contoh berapa jumlah borang dah hantar untuk sambung belajar, atau minta kerja

Atau berapa ribu langkah sudah jalan hari ini

Pantau kemajuan ini bantu kita tingkat kan keyakinan diri

dan terus kekal dalam ‘trek’ berkenaan

Lakukan perkara yang anda yakin betul

Majoriti individu yang yakin dengan diri sendiri follow satu set nilai

dan buat tindakan itu untuk diri mereka sendiri

Even ia sukar atau tidak, mereka buat satu satu perkara demi diri sendiri 

Watak anda ditentukan oleh pilihan dan perbuatan yang anda buat

Fikir apa versi ideal diri anda akan lakukan, kemudian buat

Anda akan lebih sayang dan hargai diri sendiri dalam jangka masa panjang,

walau ia sangat sukar dan perkara terakhir yang anda mahu lakukan,

ia perlu pengorbanan sementara di pihak anda

Senaman

rahsia kejayaan

Selain baik untuk kesihatan, senaman tingkat kan tumpuan, bantu untuk ingat apa apa 

perkara dengan lebih baik,

Kurang kan tekanan dan tahan kesedihan

Senaman jadikan segala gala nya dalam hidup anda lebih baik, walau kadang kala ia

mencabar dan tidak selesa

Terus aktif dan buat jadual aktiviti penjagaan diri.

Jangan Takut

Apa yang gagal kan anda adalah rasa takut untuk gagal bukan kegagalan itu sendiri

Jika anda punya aspirasi yang tinggi dan standard yang tinggi untuk diri sendiri, anda 

pasti akan rasa kecewa dan tidak mampu untuk capai

Anda perlu periksa diri anda dalam situasi tersebut, kumpul kan semua keberanian 

dan kemudian teruskan

Takut tidak pernah halang orang yang sangat berjaya dari bekerja ke arah goal mereka 

dan ambil peluang yang ada kerana cita cita mereka lebih besar

dan lebih mendesak daripada ketakutan mereka untuk gagal

Timbang sejauh mana anda ingin capai objektif, kemudian tolak ketakutan anda dan

teruskan, satu demi satu

Berdiri untuk Diri Sendiri

Sangat mudah untuk terima cakap orang lain yang beritahu goal anda adalah bodoh

 atau anda tidak akan dapat capai dalam masa singkat

Kata kata ini hanya tambah keraguan kepada fikiran sendiri

Anda akan mula fikir betul ke? tanya diri sendiri dan anda ragu dengan diri sendiri 

kerana orang lain dan fikiran sendiri kata anda tak boleh capai goal berkenaan

Anda kena kata mereka silap dan lebih penting lagi kata pada diri sendiri

Jangan dengar biawak dalam kepala yang ragu kepada diri dan goal anda

Kata sahaja anda yakin dengan diri sendiri dan objektif yang anda sudah tetap kan

dan anda tahu anda boleh laku kan kerana anda ada apa yang perlu untuk capainya 

Pegang janji

Apabila berjanji untuk buat sesuatu atau ikut ia mesti dihormati

Lebih penting lagi, jika anda komited dengan sesuatu dan tetap buat

Anda akan hormati diri sendiri dan lebih mudah untuk percaya pada diri sendiri

kerana anda tahu anda tidak takut dengan pekerjaan itu

Kata kata jadi bernilai bila anda ambil tindakan, dan ia juga akan bantu 

‘bersih’ kan jalan untuk capai objektif anda, tingkat kan hubungan anda dan temui diri anda yang sebenar

Simpan big picture dalam fikiran

Tak bahagia berpunca dari keputusan yang dibuat untuk kepuasan segera yang halang objektif jangka panjang

Sebagai contoh, kurang kan makan di luar adalah sukar apabila anda cuba jimat kan wang

Ambil kelas malam had masa untuk keluar bersama rakan

cuba turun kan berat badan halang anda dari makan kentang goreng dengan kerap, dan sebagai nya

Aspirasi besar tuntut pengorbanan yang besar;

anda mesti benar benar disiplin diri dan capai goal baru

Walau penat, jengkel, dan jadi kan hidup lebih sukar,

ia akhir nya akan buahkan hasil, dan rasa bangga yang semula jadi ini buat ia rasa berbaloi

Anda mesti tentu kan sama ada objektif jangka panjang anda lebih penting dari rasa selesa segera, 

Perlu ingat bahawa goal yang kedua akan jadi kan anda jauh lebih bahagia daripada yang pertama

Tidak peduli apa yang orang lain fikir

Ramai orang akan beritahu bahawa anda tidak mampu capai goal anda

Ada yang akan cuba yakin kan bahawa objektif anda terlalu hebat dan anda tidak bersedia,

Tidak boleh capai atau goal itu tidak pernah dilakukan sebelum ini, dan sebagai nya

Jangan dengar kata kata mereka

Mereka mungkin rakan, keluarga, majikan atau institusi pendidikan

Anda perlu berazam

Ingat bahawa ramai orang salah tentang banyak perkara,

walau apabila mereka beritahu bahawa peluang itu tak mungkin anda dapat

Setiap hari, ada sahaja perkara berubah di dunia ini

walau orang di sekeliling beritahu adalah mustahil

Anda boleh berjaya jika anda percaya anda boleh

Buat perkara yang buat anda gembira

Apa hobi kegemaran anda?

Adakah anda suka untuk nikmati alam semula jadi atau suka bermain bola atau main bowling

Atau habiskan masa berehat di sofa dan tonton drama Korea?

Luang masa untuk perkara yang anda suka lakukan, kerana hidup ini terlalu singkat

untuk tidak guna kan nya sebaik mungkin, manja kan diri untuk jadi versi diri sendiri anda yang lebih baik

Kenali kebolehan dan keupayaan unik anda, dan sentiasa ingat.

Pastikan goal anda adalah munasabah

Dengar motivasi yang membina

Buat aktviti yang anda minat dan cari benda yang anda minat buat

Menjadi yakin perlu rasa yakin diri yang tulen dan selesa

Kemahiran dan kebolehan kita akan bantu boost rasa yakin pada diri sendiri

Jadi apa tunggu lagi, buat sahaja perkara dan aktiviti yang anda suka

Jangan dengar kata kata negatif orang lain lagi okay?

habis//

(gambar dari Google dan artikel dipetik dari Psychology Magazine)

Download ebook eBay PERCUMA di sini

Lagi kisah percaya diri di bawah 

Puteri Shazwani ratu cantik pemusnah bahan letupan

Rahsia Kejayaan. No 5 paling MUDAH 

Leave a Reply

Your email address will not be published.