Rahsia kejayaan banyak kaitan dengan penguasaan ilmu pengetahuan
Ramai yang faham dan sedar bahawa mahu atau tidak, mereka perlu
selalu up to date dengan ilmu yang boleh bantu survive dalam hidup
yang semakin hari semakin mencabar.
Ramai orang yang berjaya tak kira dalam bidang apa pun, ada banyak ilmu survival hidup
dan menjadi amalan mereka setiap hari.
Amalan amalan ini adalah rahsia kejayaan yang bantu supaya mereka kekal pada trek kejayaan hingga ke garisan penamat nanti
Baca Setiap Hari adalah rahsia kejayaan
Kadang kadang kita kagum dengan orang yang pandai ini kerana
tutur kata dan idea yang mereka lontar tunjuk kan diri mereka sebagai
bukan biasa biasa.
Punca nya kerana otak mereka selalu dapat input input baru melalui
amalan membaca.
Zaman ini selain bahan bacaan fizikal, kita ada bahan bacaan digital
dan salah satu sumber buku digital ini boleh kita lihat dalam laman web
berikut :
Google Books (buku paling banyak)
Projek Gutenberg (buku klasik dan sastera USA)
Open Library
Goodreads
International Children’s Digital Library (buku untuk kanak kanak)
untuk bacaan lanjut pasal buku ini boleh baca di sini
Laman buku terbuka online ini masih perlu kan ibu bapa atau penjaga
untuk awasi bahan bacaan yang sesuai untuk anak anak mereka.
Jangan salah baca buku okay!
Tetap Goal Harian untuk berjaya
Tips ini penting untuk kita kekal fokus pada tugas dan aktviti yang
mesti kita buat pada hari itu.
Ini bantu kita supaya jadual pada hari itu penuh dengan aktiviti yang bermakna.
Ia juga bantu kita untuk kekal ada motivasi secara terus dari hari ke hari.
Kejayaan kecil yang berlaku setiap hari akan beri kita mood yang sangat baik
Untuk kita rasa positif setiap hari.
Dengan tips ini, kita tahu jika goal yang kita tetap kan itu
berkesan atau tidak dan kita boleh ubah mana yang tidak sesuai
Ia bantu kita untuk konsisten dan kurang kan rasa down kerana dengan
tetap kan goal harian kita sebenarnya sudah pecah tugas tugas yang berat
menjadi tugas tugas yang kecil dan ringan dan mudah diurus
Dalam jangka panjang, dengan kejayaan kecil yang kita buat setiap hari
apabila terus dibuat ia akan hasil kejayaan sangat besar pada masa depan.
Download daily planner PERCUMA di sini
Senam untuk berjaya
Perasan tak? Ramai orang yang berjaya miliki persamaan iaitu ada fizikal yang fit dan nampak cergas
Antara rahsia mereka adalah mereka senam setiap hari, tak kira sama ada berjalan, berenang atau berbasikal
Ada sahaja rutin harian senam yang mereka lakukan dan anda boleh follow cara ini
Rutin ini penting untuk :
- Jaga jantung – senam setiap hari tingkat kan kekuatan jantung dan sistem kardiovaskular
- Kawal berat badan – senam dapat bantu bakar kalori dan buat berat badan tidak naik. Ia dapat elak dari obesiti dan diabetes
- Kuat kan otot – senam dapat kuatkan otot badan dan bentuk badan jadi lebih cantik, selain jadikan orang itu lebih tenaga.
- Kurang kan stress dan cemas – Bila senam tubuh manusia akan lepas kan hormon endorfin, hormon bahagia ini bantu kurang kan stress dan cemas atau lega kan situasi tegang.
- Tidur lebih kualiti – Senam selalu ada kaitan dengan bantu buat kita dapat tidur yang lena dan ini buat badan kita lebih cergas bila kita mahu mula kan hari baru.
- Mental sihat – Senam adalah rawatan extra untuk mereka yang ada depresi dan gelisah. Senam bantu mood kita jadi lebih baik.
- Jadi bijak dan fokus – Aktiviti fizikal dapat tingkat kan aliran darah ke otak dan fungsi kognitif (proses mental untuk tafsir, belajar dan faham) serta fokus.
- Kuat kan sistem imun – Senam dapat bantu sistem imun lawan jangkitan kuman dan penyakit.
- Kurang risiko penyakit kronik – seperti darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung koronari.
- Kuat kan tulang – Angkat berat bantu kuat kan tulang dan cegah penyakit seperti osteoporosis yang selalu terjadi pada orang orang tua.
- Kualiti hidup lebih baik – Dengan senam setiap hari akan buat hidup kita lebih baik kerana kita boleh jalani gaya hidup yang kita suka dengan lebih semangat dan tenaga.
Untuk yang rasa semangat nak senam, dan baru nak mula boleh belajar cara senam mudah di sini
Belajar skill baru
- Tingkat kan kebolehan diri – Beri kepuasan diri dan buka peluang untuk buat benda dan atasi cabaran baru.
- Lebih daya saing – penting dalam pasaran pekerjaan kerana mereka yang boleh adapt dengan perubahan baru akan buat majikan nampak dia adalah aset berharga untuk syarikat.
- Tingkat kan kreativiti – Rangsang daya kreativiti dan fikiran inovatif. Ia buka minda kita untuk cari solution berbeza untuk selesai masalah.
- Percaya diri – Kejayaan kecil bina keyakinan, kuat kan mental dan beri semangat untuk hadapi cabaran.
- Kurang rasa bosan – bantu untuk kita kekal semangat untuk terus hidup.
- Lebih selamat – Kemahiran seperti ilmu pertahahan diri, pertolongan cemas bantu kita kurang kan risiko diri dan orang lain dari bahaya.
- Lebih profesional – Dalam bidang pekerjaan, orang yang ada kemahiran kemahiran baru ada peluang lebih baik untuk naik pangkat dalam bidang kepimpinan dan pengurusan.
- Kepuasan peribadi – dengan point point di atas kita akan rasa puas hati kerana capai kejayaan demi kejayaan.
- Bina networking – Kemahiran baru akan buat kita kenal lebih ramai orang dan boleh kan pertukaran idea dan pengalaman.
Kemahiran di atas adalah rahsia kejayaan mereka. Dah ready nak ada kemahiran baru? Download Panduan bisnes eBay yang PERCUMA dan MUDAH di sini
To-Do-List
Senarai tugas, atau to-do list, beri manfaat untuk urus waktu dan produktiviti harian
Sebab itu, ramai orang yang sukses ada pembantu peribadi yang boleh susun dan urus waktu mereka
Artis, menteri, orang bisnes, mereka ini antara orang yang berjaya dengan
susun jadual waktu supaya idea idea mereka dapat dilaksanakan dengan baik
Apa yang penting sangat untuk susun senarai tugas dengan rahsia kejayaan ?
- Tersusun – bila tugas harian dapat disusun dengan baik, ini sangat bantu kita susun fikiran dan laksanakan idea.
- Fokus – dapat buat kerja ikut waktu ditetapkan dan bantu elak terlalu banyak tugas nak dibuat dalam satu masa.
- Prioriti – Bantu dahulu kan mana yang penting dan kemudian kan mana yang tidak.
- Reminder – Macam alarm telefon, ia akan bantu kita ingat nak buat tugas mana satu dahulu lebih lebih lagi jika banyak sangat benda nak fikir.
- Tingkat Produktiviti – Tugas dapat selesai satu demi satu dan buat kita semangat nak buat benda lain
- Kurang kan stress – Tugas tugas yang kita terima secara tiba tiba akan buat kita jadi stress dan bila kita pandai susun tugas, ia bantu buat stress kita terkawal, kita pun tak burn out.
- Pengurus Masa – Setiap saat tidak terbazir begitu sahaja dapat buat kita lebih cekap untuk bekerja dan bertindak.
- Pengukur Pencapaian – Bila selesai tugas tugas dan kita tick right, akan datang satu perasaan happy, jadi kita pun rasa positif dan semangat nak buat tugas di hari lain.
- Cermin diri – Melihat semula senarai tugas yang telah selesai akan bantu kita baiki mana yang kurang dan terus kan mana yang cemerlang.
- Kreatif – Bila dah biasa buat senarai tugas dan patuh, ia buat kita jadi lebih kreatif kerana sentiasa cari jalan terbaik untuk selesai kan masalah yang timbul.
- Baca kisah inspirasi orang yang cemerlang dalam susun tugas di sini
Sumbang kepada Komuniti
Sumbangan kepada komuniti bawa impak positif kepada individu dan masyarakat dan inilah rahsia kejayaan mereka
Berikut adalah beberapa kepentingan sumbangan kepada komuniti:
- Peningkatan Kualiti Hidup
Sumbangan kepada komuniti bantu tingkat kan kualiti hidup penduduk tempatan.
Perubahan positif ini dinikmati melalui projek projek sosial, pembangunan infrastruktur atau perkhidmatan masyarakat
- Kukuh Hubungan Sosial
Bila selalu buat aktiviti kesukarelawanan ini ia akan buat hubungan sosial seseorang jadi kuat.
Sumbangan tenaga, masa dan wang ringgit ini kepada komuniti dorong cipta persekitaran yang positif.
- Kesejahteraan mental
Sumbangan kepada komuniti beri rasa pencapaian dan kesejahteraan mental seseorang.
Tindakan sukarelawan dan sumbangan membawa kepuasan dan kegembiraan, memberikan makna dan tujuan kepada kehidupan.
- Bina talent sebagai leader
Sertai projek projek komuniti boleh kan individu memimpin dan mengatur sumber daya untuk mencapai matlamat bersama.
- Prihatin dan tanggungjawab
Sumbangan kepada komuniti bantu kita jadi prihatin dan tanggungjawab tentang isu isu penting seperti kemiskinan, ekonomi, pendidikan, atau alam sekitar.
- Bina kepercayaan dan Solidariti
Melalui kerjasama, kepercayaan dan solidariti antara anggota komuniti dapat dibina.
Ini bantu cipta hubungan yang berkekalan dan saling positif antara satu dengan yang lain.
Ramai yang berjaya pada hari ini adalah mereka yang aktif beri sumbangan kepada msayarakat
What u give u get back.
Baca kisah inspirasi individu yang sanggup bergadai nyawa untuk bantu masyarakatnya di sini
habis//