Loading

Sejak pandemik Covid -19 mod untuk work from home atau bekerja dari rumah mula diperkenalkan di negara kita. Sedangkan mod kerja ini sudah lama dipraktikkan di luar negara kerana banyak kelebihannya.

Selain daripada dapat menjimatkan elektrik, dan kos minyak pergi dan balik kerja, pekerja wanita teutamanya dapat menyeimbangkan antara kerjaya dan keluarga. Anda tahu tak kerja yang boleh jana income dari rumah yang banyak di pelopori oleh kaum wanita ini?

Namun, ia bergantung juga kepada individu itu sendiri untuk membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga secara optimum.

Kesan daripada pasca Covid 3 tahun lalu, beberapa pekerjaan baharu mula diperkenalkan. Jom saya kongsikan 4 kerjaya yang boleh menjana income hanya dari rumah .

1. Perniagaan Kecil SME

Pelbagai jenis perniagaan kecil yang dijalankan oleh wanita terutamanya suri rumah untuk membantu menambah ekonomi sesebuah keluarga. Antaranya perniagaan sendiri seperti menjual makanan, servis menjahit, membuat kek dan pastri dan banyak lagi.

Ada juga yang melibatkan diri dengan dropship dan agen penjualan produk SME seperti produk kesihatan, kecantikan, pes makanan, penjagaan diri dan banyak lagi.

4 kerjaya jana income dari rumah

Di samping dapat membantu meningkatkan ekonomi keluarga ia juga dapat membina keyakinan dan ketrampilan diri walaupun bermula dengan suri rumah. Dengan kemudahan platform media sosial dan digital marketing, mereka dapat mempromosikan perniagaan mereka.

2. Affiliate Marketing

Sejak bertambahnya platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan TikTokShop, trend perniagaan ini semakin rancak dan mendapat sambutan daripada pengguna media sosial terutama nya Influencer. Mudah sahaja nak menjual di platform seperti Tiktok ni

4 kerjaya jana income dari rumah

Selain daripada dapat menjana income yang lumayan, ia dapat membina jenama anda secara berkesan!

Anggaran komisyen yang mampu diperolehi boleh mencapai bermula daripada 0.5% sehingga 20%.

3. Freelancer

Untuk menjadi freelancer anda perlu cekap mengurus tugas dan job supaya dapat disiapkan mengikut kehendak client.

Selain daripada memerlukan imaginasi yang tinggi, anda perlu kreatif untuk memyelesaikan setiap masalah dalam menyiapkan tugasan dan job tersebut.

Bidang yang memerlukan permintaan yang tinggi adalah seperti web design, SEO Marketing, Penulisan Blog dan Graphic Designer.

4. Online Surveyer

Haa, anda jangan tak percaya dengan kerjaya ni!

Sesuai sangat bagi anda yang ingin mencari duit poket. Kerjanya nya mudah sahaja! Anda hanya memerlukan masa 10-15 minit untuk menjawab soalan soal selidik ini.

5. Buat Bisnes eBay

Mudah buat bisnes jika anda tahu teknik dan selok belok nya. Menurut Dr Mohd Zulariffin dari UTHM yang tular baru-baru ini menjadi jutawan pada usia 29 tahun, beliau menjual daun ketapang kering sahaja.

Hasil daripada ‘market research‘ yang dilakukannya daun kering ketapang ini mendapat permintaan yang tinggi di luar negara sebagai makanan ikan dan produk kesihatan.

Bisnes eBay Boleh Jana Untung Sehingga 5 angka!

Leave a Reply

Your email address will not be published.