0

Loading ...

Harga Tupperware bakal melambung seperti RXZ ?

Tupperware bakal senasib RXZ ?

Isu Tupperware muflis menyebabkan mak-mak di negara ini bakal menangis kerana harganya bakal melambung selayaknya motosikal Yamaha RXZ

Itu antara kata kata netizen yang mengusik sejak berita jenama itu muflis bertebaran di media sosial.

Tak kurang yang mengatakan ramai mak-mak boleh jadi kaya raya jika lagi 10 tahun, Tupperware yang tak terusik di almari mereka itu boleh dijual dengan harga berlipat kali ganda.

Kata-kata ini timbul sejak syarikat jenama ini memfailkan perlindungan muflis di Delaware lewat pada hari Selasa lalu.

Permintaan terhadap jenama yang popular dengan bekas plastik berwarna warni itu turun mendadak sejak beberapa tahun lalu.

Diasaskan pada tahun 1946 oleh ahli kimia, Earl Tupper, popularitinya meledak pada tahun 1950-an

apabila wanita generasi selepas perang mengadakan "pesta Tupperware" di rumah mereka bagi meraikan kebebasan dan kemerdekaan.

Tupperware berhutang RM 3 bilion

Tupperware Large Hourglass Salt & Pepper Shaker Set ~ Caribbean Sea adalah produk Tupperware paling laris di eBay sejak 3 tahun lalu apabila catatkan 1,503 unit jualan @ RM128,000.

Namun pada Pandemik COVID-19 yang lalu berlaku lonjakan jualan apabila lebih banyak keluarga kekal di rumah, memasak lebih banyak, dan menghasilkan lebihan makanan.

Tetapi, jualannya kembali merosot dalam beberapa suku tahun kebelakangan ini apabila dunia kembali pulih dan dibuka.

Menurut Bloomberg, jenama itu memohon perlindungan mahkamah selepas melanggar syarat hutangnya dan telah melantik penasihat kewangan serta perundangan.

Persiapan kebankrapan ini adalah susulan rundingan panjang antara Tupperware

dan pemberi pinjamannya, yang berkaitan dengan cara mengurus hutang lebih daripada AS$700 juta (RM 3 bilion)

Pada Mac lalu, jenama ini memberi amaran bahawa perniagaan mereka mungkin tidak mampu bertahan sebagai entiti yang berterusan akibat masalah kecairan tunai. 

Jadi kata-kata mengusik sebenarnya itu tak mustahil boleh berlaku kerana jika Tupperware gagal dibeli semula oleh pihak lain dan beroperasi semula.

Tak mustahil, jenama terkenal ini boleh berkubur sekaligus menyebabkan collector tegar melihat ini adalah peluang baik bagi membuat duit asalkan semua produk asli Tupperware terpelihara elok dalam bungkusan tanpa cacat dan cela.

Habis//

eBay suspended account : ini PUNCA nya

Trend DIY dan pembaikan rumah jadi budaya di AS

Bateri DeWalt terjual RM1 juta di eBay USA sejak 30 hari lalu

Cara nabi berniaga : 7 prinsip gaya rasulullah 

10 cara buat duit online 



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Recent Posts

undertale raih RM 111,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

mapcamera raih RM 60,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Harga Tupperware bakal melambung seperti RXZ ?

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Suggested Keywords