Super admin . 9th Sep, 2024 01:58 PM
Bankrap. Kira-kira 10 hingga 13 peratus daripada kes kebankrapan baharu yang didaftarkan antara 2021 hingga 2024 melibatkan penjawat awam
Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdl) Datuk M Bakri Abd Majid berkata, berkata, data berkenaan menunjukkan trend peningkatan dari tahun ke tahun walaupun data kebankrapan nasional menunjukkan penurunan.
Katanya, berdasarkan data terbuka Mdl, statistik kebankrapan individu daripada sektor awam adalah sebanyak 12 peratus pada 2020, 2021 (10 peratus), 2022 (11 peratus), 2023 (13 peratus) dan 14 peratus setakat ini bagi tahun ini.
"Kegagalan pegawai awam menguruskan kewangan dengan baik bukan sahaja memberi kesan kepada individu dan keluarga, malah kepada ekosistem perkhidmatan awam negara.
"Bagi penjawat awam yang diisytiharkan bankrap, tindakan tatatertib boleh diambil akibat keterhutangan yang serius
“Perkara ini mencemarkan imej perkhidmatan awam, sekali gus menjejaskan peluang kenaikan gaji dan pangkat
“Selain kelayakan pembayaran bonus dan bantuan kewangan turut terjejas," katanya dalam kenyataan baru baru ini.
Beliau berkata, terdapat kes penjawat awam yang memohon untuk membangkrapkan diri sendiri bagi mengurangkan tekanan hutang yang berpanjangan.
Beliau berkata, ketua jabatan seharusnya memantau tahap keterhutangan petugas di bawah selian masing-masing dan peka terhadap perubahan kelakuan mereka.
"Tindakan pencegahan awal harus dijalankan dengan memperbanyakkan aktiviti berkaitan pengurusan kewangan peribadi.
“Jabatan juga boleh bekerjasama dengan pakar atau penasihat kewangan bertauliah bagi membincangkan hal berkaitan pengurusan kewangan," katanya.
Beliau berkata, kegagalan ketua jabatan melaksanakan tanggungjawab nya boleh mengundang gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam jabatan.
Dalam pada itu, beliau berkata, ada pihak yang bersedia 'menangguk di air keruh' untuk menawarkan pinjaman baharu yang 'tidak sihat' kepada penjawat awam yang lalai khususnya.
“Kitaran jahat berkenaan perlu dihentikan daripada terus merencatkan aliran tunai penjawat awam dan peranan semua pihak termasuk ketua jabatan amat diperlukan bagi mengekang masalah berkenaan,” katanya.
Katanya, juga menggesa penjawat awam supaya mengubah pemikiran selaras dengan pengumuman gaji baharu melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)
"Selaras dengan pengumuman gaji baharu, pekerja sektor awam dilihat telah menjanjikan perubahan cara kerja atau tahap produktiviti lebih baik, namun ia bukan sekadar dua perkara itu sahaja malah pemikiran juga perlu diubah," katanya.
Habis//
(Gambar kredit Warta Oriental)
Duit selalu tak cukup ? Nak raih income dalam USD? Klik di >>>SINI<<<
eBay suspended account : ini PUNCA nya
Trend DIY dan pembaikan rumah jadi budaya di AS
Bateri DeWalt terjual RM1 juta di eBay USA sejak 30 hari lalu
Cara nabi berniaga : 7 prinsip gaya rasulullah