0

Loading ...

Sumbangan Tunai Rahmah 2025 di BSN Bermula 22 Januari

Sumbangan Tunai Rahmah 2025 akan disalurkan secara berperingkat mulai esok kepada 9 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM2.3 bilion.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan, berkata jumlah itu meningkat berbanding berbanding RM2.1 bilion pada tahun lalu.

Menurut kenyataan itu, STR Fasa 1 2025 itu akan memberi manfaat kepada 60 peratus penduduk dewasa, dengan pendapatan isi rumah sekitar RM4,600.

Perdana menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peningkatan peruntukan bagi STR Fasa 1 jauh melangkaui kadar inflasi negara ini.


BACA INI >>> : Sumbangan Asas Rahmah SARA 2025 Naik Kepada RM2,100


“Mencerminkan tekad kerajaan untuk memastikan kebajikan rakyat kian bertambah baik meskipun berlaku peningkatan kos sara hidup.

“Kendatipun peningkatan kos sara hidup adalah fenomena yang melanda seluruh dunia, besarlah harapan kerajaan agar peningkatan sumbangan SARA dan STR saban tahun ini dapat membantu rakyat menggapai kehidupan yang lebih berdarjat,” katanya.

Pembayaran STR akan dibuat melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Minggu lalu, kerajaan menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 700,000 penerima kategori miskin dan miskin tegar.

Bantuan SARA RM100 sebulan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi Januari hingga Mac manakala mulai April ini, kadar bantuan akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan.


Habis//

Kredit Foto : Sinar Daily


Habis//


Mahu belajar berniaga di platform Amazon dan eBay?. Sila klik di >>>SINI<<<



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories