0

Loading ...

Sumbangan Asas Rahmah SARA 2025 Naik Kepada RM2,100

Kadar bantuan Sumbangan Asas Rahmah SARA isi rumah miskin dan miskin tegar dalam rekod eKasih bakal menerima sejumlah RM2,100 bagi tahun 2025 berbanding RM1,200 pada 2024.

Kementerian Kewangan berkata, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Penyaluran SARA, dalam angka tertinggi iaitu RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun lalu.

“Sumbangan SARA akan bermula esok di mana RM100 sebulan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi bulan Januari hingga Mac 2025.

“Bermula April 2025, kadar bantuan ini akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan," kata kementerian itu.

Selain itu, MOF berkata, sebanyak 5.4 juta penerima STR akan turut menerima bantuan tambahan SARA mulai April 2025.

Bilangan itu merangkumi 700,000 penerima SARA dan 4.7 juta penerima STR sedia ada yang tiada dalam rekod eKasih.

“Bagi kategori isi rumah, tambahan sumbangan SARA adalah sebanyak RM100 sebulan.

"Untuk golongan warga emas pula, mereka yang tiada pasangan akan menerima sumbangan tambahan SARA sebanyak RM50 sebulan," kata kementerian itu.

Alhamdulillah, Sumbangan Asas Rahmah SARA ini meningkat sesuai dengan tahap peningkatan harga barang dan servis ketika ini

Semoga sumbangan ini memberi sedikit kelegaan kepada penerimanya bagi meneruskan kehidupan dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar pada tahun ini

Bagi golongan yang tak layak menerima SARA, min faham kerana kita perlu berjimat cermat membuat bajet perbelanjaan bulanan

Sumbangan Asas Rahmah SARA : 10 Tips Cara Buat Bajet Bulanan

Buat bajet bulanan tu memang penting, sebab ia membantu kita kawal kewangan dan elakkan pembaziran. Kalau tak tahu mula dari mana, jom cuba 10 tips mudah ni!

  1. Tulis semua sumber pendapatan
    Mula dengan senaraikan berapa banyak duit yang masuk setiap bulan, contohnya gaji, bonus, atau pendapatan sampingan.

  2. Senaraikan perbelanjaan tetap
    Tentukan semua bil tetap seperti sewa rumah, bil elektrik, internet, dan langganan bulanan.

  3. Kira perbelanjaan harian
    Catatkan duit yang dibelanjakan untuk makan, minyak, dan keperluan harian. Ini boleh jadi bahagian yang kita sering terlepas pandang.

  4. Tetapkan had untuk setiap kategori
    Setelah tahu perbelanjaan, tetapkan had untuk setiap kategori, seperti makanan, hiburan, dan simpanan.

  5. Simpan untuk kecemasan
    Pastikan ada duit untuk tabung kecemasan. Sebagai permulaan, boleh simpan 10% dari pendapatan.

  6. Prioritikan hutang
    Kalau ada hutang, cuba bayar lebih daripada jumlah minimum untuk cepat selesaikan.

  7. Gunakan aplikasi kewangan
    Ada banyak aplikasi yang boleh bantu kita catat perbelanjaan, supaya lebih mudah nak pantau.

  8. Elakkan pembelian impulsif
    Sebelum beli barang, fikirkan dulu sama ada ia betul-betul perlu.

  9. Simpan sedikit setiap bulan
    Walaupun sedikit, kalau konsisten, ia akan berkembang.

  10. Tinjau bajet setiap bulan
    Setiap bulan, semak semula bajet untuk pastikan kita masih mengikut perancangan.

Dengan tips ni, tak susah pun nak buat bajet bulanan. Yang penting, disiplin dan konsisten!

Tapi kalau sudah buat bajet di atas pun, perbelanjaan melebihi pendapatan, mahu tak mahu kita memang kena cari cara buat duit lebih

Tekan link ini untuk belajar kemahiran menjual di eBay dan menjana pendapatan dalam matawang USD >>>https://linktr.ee/NakTahuEbay



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Recent Posts

All Keywords

Am Bisnes Teknologi eBay Tiktok Motivasi Life Usahawan Suri Tips Etsy Amazon mainj kluang zakat mahkamah tinggi muar setandan pisang jenayah hidup sederhana quotes hidup sederhana in english hidup sederhana dalam islam cara hidup sederhana Sumbangan Asas Rahmah SARA sumbangan tunai rahmah sumbangan asas rahmah Prof Muhd Kamil Ibrahim Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman belajar memandu ceasefire gaza gaza ceasefire ceasefire gaza israel gaza ceasefire Palestine israel trump Saif Ali Khan kampung oren ulu tiram tiga maut termasuk kanak kanak johor bahru Tanjung Embang tanjung embang sarawak tanjung embang asajaya Cara Menjual di Etsy cara menjual template canva di etsy cara menjual barang di etsy cara menjual produk di etsy cara menjual lukisan di etsy str str 20 str fasa 1 2025 bantuan str sumbangan tunai rahmah sumbangan tunai rahmah 2025 bayaran str fasa 1 2025 bayaran str 2025 str fasa 1 bayaran str bantuan str 2025 str 2025 fasa 1 bantuan tunai rahmah Cara untuk kurus dalam masa 3 hari CEO of Tiktok Mugunghwa kkoci pieot seumnida mr beast ceo of tiktok Jimmy Donaldson mr beast Taiwan earthquakes lhdn bnpl apps bnpl apps malaysia best pay later apps malaysia paylater malaysia best bnpl malaysia bnpl shopee bnpl meaning paylater merchant bnpl afterpay WhatsApp FB facebook ig instagram johan ghazali vs johan estupinan jojo vs estupinan jojo ghazali johan ghazali vs johan estupinan time malaysia nvidia share price nvidia nvidia stock deepseek ai stocks deepseek stock liang wenfeng nvda nvidia stock price what is deepseek nasdaq deepseek ai stock deepseek vs chatgpt deepseek share price china deepseek ai nasdaq index cnbc nvda share price nvda stock export mudah export mudah login export mudah v2 export mudah new export mudah ebook pdf export mudah v2 ebook Cara Dapat Duit Cepat dan Halal cara buat duit rm200 sehari cara buat duit 1000 sehari cara buat duit rm50 sehari cara buat duit online mudah usd cara dapat duit free cara cari duit lebih tanpa modal cara buat duit dengan whatsapp cara dapat duit dengan menonton youtube ibu tunggal permohonan bantuan ibu tunggal online ibu tunggal maksud bantuan ibu tunggal bantuan ibu tunggal rm kematian suami bolehkah istri kematian suami keluar rumah nafkah iddah kematian suami tempoh iddah kematian suami Sakit kencing manis kencing manis sakit kaki kencing manis jangka hayat pesakit kencing manis bolehkah penyakit kencing manis sembuh bacaan kencing manis punca kencing manis dibuang kerja pengiraan pampasan diberhentikan kerja kesalahan yang boleh dibuang kerja swasta surat memberhentikan pekerja bermasalah akta pampasan pekerja diberhentikan mengisi masa lapang contoh mengisi masa lapang manfaat mengisi masa lapang kesan mengisi masa lapang hutang penyatuan hutang penyatuan hutang pekerja swasta keburukan penyatuan hutang penyatuan hutang bagus atau tidak kerja kosong part time kerja kosong part time di rumah kerja kosong kerja tambahan menjana pendapatan cara cari duit lebih