0

Loading ...

Si Malim Gunung Pemilik Parang Tantari

Si Malim Gunung Pemilik Parang Tantari

Bermula dari hobi suka memanjat gunung, seorang lelaki kini menjadikan kerjaya malim gunung sebagai mata pencarian utama

Ahmad Shah Ismail, 42, berkata, dia mampu meraih pendapatan mencecah RM250 sehari sebagai upah servis malim gunung

“Sejak 2004 saya memang suka panjat gunung dengan kawan kawan dan berkhemah

“Namun pada 2015 saya mula jadi malim gunung dan tugas yang dilakukan adalah sebagai penunjuk arah

“Saya juga bertanggungjawab untuk jaga keselamatan pendaki selain membawa barang barang jika diperlukan

“Jika ada situasi kecemasan seperti cedera parah atau kematian, kami akan berhubung dengan pihak berkuasa

“Jika sekadar cedera biasa, kami akan uruskan hingga peserta itu selamat tiba di lokasi selamat

“Saya kena kan upah hingga RM250 sehari untuk jadi malim gunung dan bergantung pada pakej

“Jika peserta mahu makanan atau tempat tidur atau urus pengangkutan, harganya akan berbeza

“Contoh naik gunung di Kelantan tetapi mahu turun di Pahang, kita akan uruskan pacuan empat roda untuk bawa mereka pergi dan balik

“Jika peserta mahu saya uruskan permit atau sebagai pembawa barang barang, caj nya juga berbeza,” katanya baru baru ini.

Pesan Seorang Malim Gunung : Jangan Celupar dan Ada Niat Tak Baik

Si Malim Gunung Pemilik Parang Tantari

Katanya, sehingga kini beliau sudah memanjat kebanyakan gunung di Semenanjung Malaysia

Beliau kata, masa paling lama yang pernah diambilnya untuk memanjat gunung adalah selama 21 hari

“Kami panjat gunung di Gua Musang Kelantan dan keluar di Cameron Highlands Pahang dan masa itu, kami bawa 24 peserta

“16 hari pertama memang pasti kami tak dapat berhubung dengan dunia luar dan pada hari ke 17 baru dapat menggunakan telefon yang kebetulan ada signal,” katanya.

Ahmad Shah Ismail berkata, antara gunung yang biasa dipanjat adalah Gunung Belumut Kahang di Johor, Gunung Chamah di Kelantan

Katanya, selain itu adalah Gunung Yong Belar yang terletak antara sempadan Kelantan, Pahang dan Perak serta Gunung Tahan di Pahang.

“Gunung yang disebut ini saya sudah berpeluang naik dari 20 hingga 50 kali dan paling banyak adalah Gunung Belumut,” katanya.

Katanya, cabaran seperti terjumpa binatang buas dan berbisa selain perkara mistik adalah lumrah bagi malim gunung.

Namun baginya, yang paling penting adalah tidak boleh ada niat tak baik dan bermulut celupar

Kena Rasuk Sebab Cakap Besar dan Jiwa Kacau

“Kadang kadang, orang lelaki yang kena rasuk sebelum naik gunung memang ada niat sahaja nak uji atau cabar makluk halus ini

“Sebagai malim gunung , kita memang tahu kawasan mana yang ‘keras’ sebab sudah biasa lalu

“Jadi mulut dan niat kena jaga dan betulkan, jangan over terlalu suka, kena ikut pantang larang

“Selalu nya yang terkena rasuk disebabkan mulut yang mudah menegur

“Kes rasuk yang terjadi pada orang perempuan, biasanya terjadi kerana tengah bersedih atau tertekan

“Mereka jadi mudah kena kacau kerana jiwa dan mental tak kuat. Selain itu, jika mereka dalam keadaan ‘kotor’

“Saya pernah hadapi kes seorang pendaki wanita yang kena rasuk, hingga lima lelaki yang pegang dia pun, boleh tepis macam kami tak wujud di situ, memang tenaganya luar biasa,” katanya.

Tips Jika Terserempak Haiwan Liar

Ahmad Shah Ismail berkata, namun bagi dirinya beliau bersyukur kerana tidak pernah ternampak makluk halus melainkan haiwan liar

“Saya pernah terserempak gajah, harimau kumbang dan beruang.

"Perasaan takut itu tidak ada dan kita sebenarnya bukan makanan bagi mereka

“Bila kita masuk dalam hutan, haiwan ini boleh kesan kehadiran manusia

“Kalau terserempak pun, haiwan ini sekadar tengok dan kita tak perlu panik sebab nanti jadi huru hara

“Ada satu kejadian, peserta yang saya bawa terserempak gajah dan kerana mereka tiada ilmu, mereka hanya duduk diam di situ

“Gajah ini cepat naik minyak dan sepatutnya bila terjumpa, seboleh boleh nya segera menyorok

“Haiwan ini ingat kita mahu lawan dia dan dia akan bertindak agresif

“Bila semua dah menyorok dan berpecah, gajah itu mula bertenang dan masuk semula ke dalam hutan,” katanya.

Penat dan Sakit Jadi Malim Gunung Tapi Puas

Katanya, walaupun bekerja sebagai malim gunung ini penat dan sakit, tetapi ia bukan pematah semangatnya

“Bila dapat bertemu dengan ramai orang, kita dapat dengar macam macam cerita hidup masing masing

“Kami berkumpul untuk cari idea dan bina kekuatan diri. Memang penat dan sakit bila panjat gunung ini

“Tetapi bila sampai di puncak itu, kami dapat satu kepuasan dan lihat tanda kebesaran Allah SWT

“Betapa kerdilnya kita sebagai makhluk Nya nak dibanding gunung yang lebih besar dari kita,” katanya.

Parang Tantari Selesai Masalah Pendaki Gunung

Beliau berkata, dalam masa sama, beliau juga dapat hidu peluang yang baik untuk jual parang berjenama Parang Tantari sejak 2019

“Saya lihat kebanyakan pendaki gunung, tidak bawa parang untuk naik gunung

“Alasan mereka parang berat dan mahal. Jadi timbul idea nak jual parang atas jenama sendiri

“Alhamdulillah dapat sambutan, dan nama Tantari itu saya ambil sempena filem 6 Jahanam, di mana P Ramlee pegang watak sebagai hero bernama Tantari,” katanya.

Ahmad Shah Ismail berkata, parang nya dibuat di sebuah kilang dan hingga kini beliau berjaya menjual sekitar 500 bilah setahun.

“Cuma waktu sekarang permintaan tak sehebat pada 2019, pada waktu itu setiap bulan saya boleh jual hingga 400 bilah

 “Kini permintaan berkurangan kerana keadaan ekonomi, ramai pesaing selain saya hanya fokus pasarkan parang ini untuk mereka yang mahu naik gunung dan pemancing sahaja,” katanya.

Katanya, terdapat empat model parang yang mendapat permintaan yang dijual dari serendah RM190 hingga RM290 sebilah.

“Parang ini punya berat sekitar 400 gram setiap satu tetapi beratnya boleh berubah jika saiz nya lebih besar

“Setakat ini, jika naik gunung selama 10 hari tak perlu asah dan ada teknik tebas pokok atau ranting supaya parang ini sentiasa tajam

“Jangan tebas kayu kayu keras atau permukaan berbatu nanti parang akan tumpul,” katanya.

Katanya, mereka yang berminat mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi nya di talian 014 619 6829.

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

ShipBob : 101

Terapeak : 101

Black Friday Cyber : Ini maksudnya…

10 hot selling product on Amazon 2024

Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Suggested Keywords

All Keywords

Am Bisnes Teknologi eBay Tiktok Motivasi Life Usahawan Suri Tips Etsy Amazon mainj kluang zakat mahkamah tinggi muar setandan pisang jenayah hidup sederhana quotes hidup sederhana in english hidup sederhana dalam islam cara hidup sederhana Sumbangan Asas Rahmah SARA sumbangan tunai rahmah sumbangan asas rahmah Prof Muhd Kamil Ibrahim Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman belajar memandu ceasefire gaza gaza ceasefire ceasefire gaza israel gaza ceasefire Palestine israel trump Saif Ali Khan kampung oren ulu tiram tiga maut termasuk kanak kanak johor bahru Tanjung Embang tanjung embang sarawak tanjung embang asajaya Cara Menjual di Etsy cara menjual template canva di etsy cara menjual barang di etsy cara menjual produk di etsy cara menjual lukisan di etsy str str 20 str fasa 1 2025 bantuan str sumbangan tunai rahmah sumbangan tunai rahmah 2025 bayaran str fasa 1 2025 bayaran str 2025 str fasa 1 bayaran str bantuan str 2025 str 2025 fasa 1 bantuan tunai rahmah Cara untuk kurus dalam masa 3 hari CEO of Tiktok Mugunghwa kkoci pieot seumnida mr beast ceo of tiktok Jimmy Donaldson mr beast Taiwan earthquakes lhdn bnpl apps bnpl apps malaysia best pay later apps malaysia paylater malaysia best bnpl malaysia bnpl shopee bnpl meaning paylater merchant bnpl afterpay WhatsApp FB facebook ig instagram johan ghazali vs johan estupinan jojo vs estupinan jojo ghazali johan ghazali vs johan estupinan time malaysia nvidia share price nvidia nvidia stock deepseek ai stocks deepseek stock liang wenfeng nvda nvidia stock price what is deepseek nasdaq deepseek ai stock deepseek vs chatgpt deepseek share price china deepseek ai nasdaq index cnbc nvda share price nvda stock export mudah export mudah login export mudah v2 export mudah new export mudah ebook pdf export mudah v2 ebook Cara Dapat Duit Cepat dan Halal cara buat duit rm200 sehari cara buat duit 1000 sehari cara buat duit rm50 sehari cara buat duit online mudah usd cara dapat duit free cara cari duit lebih tanpa modal cara buat duit dengan whatsapp cara dapat duit dengan menonton youtube ibu tunggal permohonan bantuan ibu tunggal online ibu tunggal maksud bantuan ibu tunggal bantuan ibu tunggal rm kematian suami bolehkah istri kematian suami keluar rumah nafkah iddah kematian suami tempoh iddah kematian suami Sakit kencing manis kencing manis sakit kaki kencing manis jangka hayat pesakit kencing manis bolehkah penyakit kencing manis sembuh bacaan kencing manis punca kencing manis dibuang kerja pengiraan pampasan diberhentikan kerja kesalahan yang boleh dibuang kerja swasta surat memberhentikan pekerja bermasalah akta pampasan pekerja diberhentikan mengisi masa lapang contoh mengisi masa lapang manfaat mengisi masa lapang kesan mengisi masa lapang hutang penyatuan hutang penyatuan hutang pekerja swasta keburukan penyatuan hutang penyatuan hutang bagus atau tidak kerja kosong part time kerja kosong part time di rumah kerja kosong kerja tambahan menjana pendapatan cara cari duit lebih cara menjual di ebay Barang Malaysia Yang Laku di eBay keburukan berniaga di ebay produk malaysia yang laku di ebay amran abd hamid penyetpenyet.com dapur penyet borak orang kampung ayam penyet best