Super admin . 9th Aug, 2024 05:07 PM
Richiamo Coffee. Kedengaran seperti bahasa Sepanyol bukan, namun ironinya syarikat yang mempunyai 222 cawangan di serata Malaysia
selain sudah menembusi pasaran antarabangsa ini, dikemudi oleh seorang bumiputera yang fasih berbahasa mandarin dan kantonis.
Dek kelebihan itu memberikan Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Sdn Bhd, Muhamad Zamry Abu Samah
banyak peluang untuk untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain.
Apa yang dikagumi adalah prinsip anak jati Jelebu Negeri Sembilan ini dalam bekerja iaitu tetap komited melaksanakan tugas
dan tidak sewenang-wenangnya mengambil cuti sakit ketika bekerja makan gaji lagi.
Bermula sebagai mekanik dan kini bergelumang dalam dunia kopi
beliau juga sama seperti usahawan lain pasti ada detik hitam dihadapi dan pahit yang ditelan sendiri.
Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana wabak Covid-19 tiada seorang pun pekerja Richiamo Coffee dibuang kerja walaupun perniagaan agak terjejas.
Mengimbas kembali detik awal kerjaya nya, bapa kepada empat orang anak ini bermula sebagai mekanik dan mendaki tangga demi tangga hingga dilantik menjadi Pengarah Urusan MV Agusta Malaysia Sdn. Bhd.
Destinasi pertama kerjayanya itu bermula di Hong Leong Yamaha Motor pada 1993, selepas tamat pengajian di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra, Kedah.
Apa yang pasti, bagi Muhamad Zamry adalah bekerja dalam kalangan orang Cina banyak mengajarnya erti kerja keras, ketekunan dan kesabaran.
Lantaran itu, sahsiahnya sebagai pekerja berdisiplin mula terbentuk secara semula jadi.
Dari masa ke masa, beliau menjadi seorang yang sangat komited dengan tugas malah akan sedaya upaya melawan sakit
hingga cuti kecemasan boleh dibilang dengan jari sepanjang dia bekerja makan gaji.
Selepas puas dan penat berkuli, dengan berbekalkan ilmu dan pengalaman ditimba, Muhamad Zamry akhirnya ambil keputusan berani meninggalkan jawatan selesa untuk membuka kedai kopi sendiri.
Peluang emas yang datang bergolek tidak disia-siakan apabila diberi tawaran ruang berniaga di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah pada September 2016.
Ilham untuk berniaga minuman kopi premium dengan suasana ‘mahal’ tercetus selepas beliau melihat pelajar universiti
yang suka kan budaya menelaah pelajaran dan bersantai dengan rakan rakan di kedai kopi premium antarabangsa.
Ternyata percaturannya itu tidak silap, dan selepas mendapat sambutan menggalakkan, satu demi satu kedai kopinya tumbuh ibarat cendawan selepas hujan.
Dari UUM, RIchiamo Coffee mula dipelawa memasuki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, Selangor, diikuti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Kuala Lumpur.
Kemudian, dek aroma Richiamo Coffee yang harum dan semakin meniti dari bibir ke bibir peminat kopi sejati, pengasasnya tak menoleh ke belakang lagi dan terus menghayun langkah berani
Jika sebelum ini pemiliknya hanya menumpukan pasaran dalam universiti, kini Richiamo Coffee keluar ke gelanggang pertarungan sebenar untuk berentap dengan gergasi-gergasi kopi yang sudah mempunyai pengikut tersendiri.
Dengan menawarkan servis dan produk berkualiti, nyata usaha tak mengkhianati hasil apabila segala penat lelah akhirnya terbayar apabila kejayaan demi kejayaan diraih dari masa ke masa.
Namun yang paling manis adalah, kewujudan Richiamo Coffee juga sebenarnya memberi ‘kehidupan’ kepada lebih 1,000 kakitangan yang bertugas di seluruh negara.
Berkat kegigihan Muhamad Zamry dan pasukannya itu, Richiamo Coffee meraih Anugerah World Muslimpreneur Award bagi kategori Brand of The Year 2022 dan Malaysia Industri Award 2023.
Habis//
(Gambar kredit WargaBiz)
Duit selalu tak cukup ? Nak raih income dalam USD? Klik di >>>SINI<<<
eBay suspended account : ini PUNCA nya
Trend DIY dan pembaikan rumah jadi budaya di AS
Bateri DeWalt terjual RM1 juta di eBay USA sejak 30 hari lalu
Cara nabi berniaga : 7 prinsip gaya rasulullah
eBay suspended my account : jangan risau, ini cara atasinya