0

Loading ...

Raihana Ramlan Usahawan Muda Berbakat Besar

Raihana Ramlan raih pendapatan lebih RM7,000 hasil jual kraftangan

Raihana Ramlan, 28, seorang wanita muda di Mersing, Johor membuktikan walaupun hanya menjual kraftangan, beliau mampu meraih pendapatan melebihi empat angka sebulan.

Mula aktif menjual rantai manik sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, Raihana berkata, dia mempelajari sendiri cara membuat kraftangan itu melalui Tik Tok.

Katanya, pada awalnya, dia sekadar suka suka membuat rantai tangan itu untuk rakannya namun lama kelamaan dia melihat ada potensi menjana wang.

Walaupun ketika itu, dia sudah bekerja sebagai eksekutif khidmat pelanggan sebuah syarikat kereta Jepun di Ipoh Perak. 

“Mula mula belajar buat rantai tangan ini memang buruk lah kan tapi lama lama semakin menjadi

“Saya nampak potensi kerana barangan kemas dan perhiasan ini memang sentiasa dipakai oleh kaum

wanita tak kira waktu, sama ada waktu majlis ke, pakai sehari hari ke.

“Berbekalkan bonus diterima sebanyak RM2,000 kemudian saya jadikan modal dan tak sangka, apabila salah satu video akaun Tik Tok Wi.Style milik saya menjadi tular.

“Dari situ, sudah masuk 100 pesanan dan saya bincang dengan pengurus saya nak berhenti.

“Jika diikutkan waktu itu memang kerja pejabat ini kerja yang stabil tetapi gajinya mati sebanyak RM2,000 sebulan, sedangkan saya boleh dapat RM4,000 ke RM5000 dari hasil jual rantai tangan ini, jadi saya berhenti,” katanya.

Kata Raihana Ramlan ketika ditemui ketika Program ECER bersempena Program PETRONAS 50 ‘Sireh Pulang ke Gagang’

Yayasan PETRONAS empower ECER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini baru baru ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Modal Insan ECERDC, Dato’ Wan Mohd. Hasnan Abdullah

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan PETRONAS, Shariah Nelly Francis dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Pembangunan), Dato’ Ashari Kasnan.

Raihana Ramlan bercita cita jadi arkitek, tapi...

Raihana adalah salah seorang 7 peserta terbaik dari 169 peserta Program Yayasan PETRONAS yang terpilih menyertai Program ECER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan dari Wilayah Selatan.

Raihana Ramlan adalah salah seorang 7 peserta terbaik dari 169 peserta Program Yayasan PETRONAS yang terpilih menyertai Program ECER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan dari Wilayah Selatan.

Ini merupakan lokasi ke 7 penganjuran program selepas dilaksanakan di kawasan Pantai Timur dan Pahang. 

Kolaborasi bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT), PETRONAS menjejaki insan terpilih untuk meningkatkan skil dan kemahiran dalam bidang perniagaan.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan pendapatan bulanan setiap peserta demi meraih kehidupan yang lebih bermakna.

Raihana Ramlan yang juga pemegang Diploma Seni Bina Politeknik Sultan Idris Shah Perak berkata,

bersyukur walaupun cita citanya menjadi arkitek tidak kesampaian kerana faktor peribadi, beliau masih mampu menzahirkan imaginasi dan kreativitinya menerusi rekaan kraftangan diusahakan.

“Dari kecil saya memang ‘berseni’, saya memang suka melukis bangunan berbanding pemandangan.

“Sebelum ini saya ada membuat kerja sambilan untuk membuat model rumah tiga dimensi (3D) namun berhenti selepas saya mendapat kerja tetap.

“Dengan kemahiran lukisan dianugerahkan Allah SWT itu, keputusan saya menceburi bisnes kraftangan adalah antara keputusan terbaik dalam hidup ini,” katanya yang juga anak kedua dari lima beradik itu.

Wi.Style akaun Tik Tok tumpu produk kraftangan raih 80,000 pengikut 

Beliau yang bakal mengakhiri zaman gadis pada September ini dengan pasangan nya yang juga seorang usahawan kafe berkata,

bersyukur dan terharu kerana mendapat bimbingan Yayasan PETRONAS menerusi kursus E’Preneur -Usahawan Digital/ Dropship itu yang disertainya sejak setahun setengah yang lalu.

Hasilnya, penjualan produk kraftangan seperti gelang dan rantai melalui laman Tik Tok nya berjaya

memperoleh RM7,754 pada bulan lalu dengan peningkatan pendapatan sebanyak 3.8 kali ganda.

Raihana Ramlan yang juga anak jati Kampung Seri Pantai di sini berkata, beliau teruja kerana dapat menimba ilmu pengurusan

dan pemasaran perniagaan di media sosial menerusi kursus yang dijalani pada setiap Jumaat dan Sabtu dari 8 pagi hingga 5 petang.

“Saya sudah pandai membuat urusan fail yang betul termasuk soal percukaian selain pengiraan kos untung rugi bisnes.

“Dalam kursus itu juga saya mempelajari lebih mendalam mengenai cara pemasaran di platform Shopee dan Tik Tok termasuk konsep affiliate.

“Alhamdulillah, bermula sejak awal tahun ini pengikut saya sudah meningkat sedikit demi sedikit.

“Jika sebelum menyertai kursus ini ini saya ada hampir 40,000 pengikut

"Kini sejak awal tahun angka nya cecah 70,000 dan terkini cecah 80,000 pengikut di Tik Tok,” katanya.

habis//

eBay suspended account : ini PUNCA nya

Trend DIY dan pembaikan rumah jadi budaya di AS

Bateri DeWalt terjual RM1 juta di eBay USA sejak 30 hari lalu

Cara nabi berniaga : 7 prinsip gaya rasulullah 

10 cara buat duit online 

eBay suspended my account : jangan risau, ini cara atasinya



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Recent Posts

undertale raih RM 111,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

mapcamera raih RM 60,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Harga Tupperware bakal melambung seperti RXZ ?

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Suggested Keywords