Super admin . 27th Feb, 2024 04:03 PM
Mohd Syahrul Ikmal Abu Othman, 29, pernah bercita cita menjadi ahli politik ternama di ibu kota
Namun, kini dia nekad melupakan kerjaya itu dan sekadar menjadi ahli parti biasa di desa
Padanya, biarlah dia berbakti dan mencari rezeki di tempat asal dirinya. Lebih aman, lebih selesa, kena dengan jiwa
Dalam masa sama, dia mahu pikul tanggungjawab sebagai anak berbakti kepada kedua orang tua yang semakin meniti usia
Berhijrah dari dunia politik yang penuh kelicikan dan muslihat, jiwanya kini tenang dengan menjadi nelayan sungai
Jom ikuti kisah pemuda yang juga pemilik Kedai Ikan Sungai Segar Jeti Kahang Batu 26 di Kluang Johor ini
Mohd Syahrul Ikmal berkata, bila dia pulang ke kampung ini, beliau bukan sahaja dapat berniaga
tetapi dalam masa sama dapat luangkan masa dan berbakti kepada emak dan ayahnya yang kini berusia lebih 60 tahun
“Nikmat paling besar adalah boleh cium mak ayah kita. Ayah saya kerja sebagai buruh manakala emak suri rumah sepenuh masa
“Saya mempunyai sembilan beradik dan saya adalah enak keenam. Anak anak yang lain sudah merantau
“Berbakti kepada emak dan ayah ini adalah tuntutan agama untuk anak lelaki
“Bukan sahaja dapat keberkatan hidup dunia dan akhirat. Orang tahu saya macam mana di luar (kerjaya politik)
“Mereka mungkin tertanya kenapa tak pilih hidup di luar
“Apa yang saya boleh beritahu nikmat paling besar bagi seorang anak adalah dapat peluk dan cium orang tua
“Setiap hari rutin saya sebelum keluar cari rezeki saya akan peluk mereka dan mohon keredhaaan dan doa supaya Allah mudahkan urusan saya,” katanya.
Mohd Syahrul Ikmal berkata, dia mengusahakan Kedai Ikan Sungai Segar Jeti Kahang Batu 26 dengan dibantu oleh 15 orang nelayan Orang Asli Suku Jakun
Katanya, antara ikan yang ditangkap untuk jualan termasuk baung kuning 916, jelawat, patin, tapah, lampam, pari sungai, temoleh selain udang galah
Katanya, selain membuka kedai di tepi sungai Kahang, beliau juga membekalkan hasil sungai itu ke Seri Kembangan Selangor dan Temerloh Pahang
Dalam masa sama, dia juga membekalkan ikan sungai ke sekitar bandar Kluang dan Johor Bahru
“Sebelum ini saya bekerja di bandaraya Kuala Lumpur dan aktif sebagai ahli politik
“Namun, kini selepas balik ke kampung saya mahu bisnes sebab memang minat
“Saya nampak Sungai Kahang ini ada potensi sebagai sumber pendapatan penduduk setempat
“Sebagai anak jati Kampung Sri Lukut, saya nampak kampung saya unik dari kampung lain sebab ada Sungai Kahang
“Ia jadi tumpuan pemancing dan saya nampak ia boleh dimajukan, jadi atas sebab itu saya jual hasil laut dan produk berasaskan sungai seperti pekasam ikan putih
“Ikan baung adalah ikan yang paling dapat banyak permintaan sebab ikan ini tak bertulang dan harga pasaran boleh cecah hingga RM35 sekilogram
“Biasa nya ikan ini sesuai untuk masakan asam pedas dan lemak cili api, stim seperti halia atau limau
“Ikan lain yang banyak permintaan adalah ikan lais dan ikan sengarat, yang boleh cecah RM30-40 sekilogram di pasaran,” katanya
Katanya, nelayan sungai biasa nya menggunakan kaedah gombang, jaring dan tajo untuk menangkap ikan
“Sebagai nelayan dan peraih hasil Sungai Kahang, kami meranjau sungai sejauh 30 hingga 40 kilometer
“Setiap minggu kami boleh dapat hingga 200 kilogram ikan baung dan 100 kilogram ikan ikan lain,” katanya
Mohd Syahrul Ikmal berkata, antara cabaran dihadapi oleh nelayan sungai adalahh terdedah dengan binatang buas dan haiwan berbisa
“Buaya, ular sawa dan tedung, malah gajah pun kami selalu terjumpa
“Bot saya naiki pernah terlanggar badan buaya, mujur tak kena libas
“Tetapi, akibat peristiwa itu, saya demam seminggu juga,” katanya kejadian itu berlaku kira kira enam bulan lepas
Beliau berkata, cuaca kemarau juga antara cabaran dihadapi oleh nelayan sungai kerana air sungai akan menjadi cetek
“Situasi itu menyebabkan bot tak boleh masuk ke kawasan cetek dan menyebabkan hasil tangkapan berkurangan,” katanya
Beliau berkata, berharap kerajaan negeri dan pihak berkuasa berkaitan dapat memajukan Sungai Kahang sebagai produk pelancongan negeri
“Sungai Kahang ini sewajarnya dijadikan sebagai pusat pelacongan termasuk destinasi tarikan pemancing
“Saya berharap kerajaan dapat beri dana atau geran kepada belia di Kahang yang aktif sebagai nelayan
“Dalam masa sama, jika kami diberi bantuan mesin dan peralatan untuk menghasilkan produk berasakan sungai, itu lebih baik
“Antara produk yang boleh dibuat adalah keropok lekor ikan baung, dan saya sendiri pernah makan, rasanya manis dan isinya lembut kerana ikan baung tidak bertulang
“Begitu juga dengan produk keropok kering,selain ikan pekasam dan ikan kering,” katanya
Beliau berkata, berharap kerajaan dapat membina jeti khas untuk nelayan Sungai Kahang
“Macam saya sendiri, perlu bayar RM30 sebulan bagi tambat bot di sebuah jeti persendirian di Sungai Kahang
“Terdapat 20 belia Kahang yang aktif dan berdaftar sebagai nelayan darat
“Mereka ini termasuk orang Melayu dan Orang Asli Jakun dari Perkampungan Orang Puncur, Tewowoh dan Batu 26,” katanya.
Katanya, antara servis yang boleh diperkenalkan untuk tarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara adalah mewujudkan kelong penternakan ikan sangkar di Sungai Kahang
habis//
BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI
Lagi artikel menarik di bawah
Black Friday Cyber : Ini maksudnya…
10 hot selling product on Amazon 2024
Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay
>>> Nak kerja part time tapi gaji USD ? klik sini<<<