0

Loading ...

Misi Rakyat tak boleh pergi jauh…

Misi Rakyat tak boleh pergi jauh…

Misi Rakyat dibina dengan cara yang salah dan jadi punca tak boleh pergi jauh

Itu antara luahan pengasas Misi Rakyat di laman Facebook Founder Misi baru baru ini

Jom baca luahan beliau dan sama sama ambil iktibar dengan kejadian menimpa Misi Rakyat

Sepanjang tempoh 2 bulan yang lepas saya undur diri sekejap dari Media Sosial.. sebab saya ingin berhenti membina Misi dengan cara yang salah.

Sebagai Founder yang selalu menjadi muka di media sosial untuk Misi.. saya rasa banyak perkara bergantung terlalu kuat pada saya dan saya sedar Misi tidak boleh pergi jauh.

Selama ni.. Saya develop app sendiri, saya fikir kan growth sendiri, fikir kan apa next sendiri, buat content sendiri.. dan hampir semuanya saya perlu gerakkan sendiri..

Sehingga pasukan admin tergantung, rider dan vendor terjejas disebabkan perjalanan yang sangat perlahan..

Misi Rakyat : Bina 9 Chief Department

Hakikatnya Hijab Misi adalah Diri saya sendiri..

Akhirnya.. saya tinggal sementara dunia Misi sekitar seminggu lebih..

Langsung tak buka app, tak buka komputer, tak ambil tahu apa2 lagi.. dan mula spent masa dengan Alam..

Mula tanam Pokok.. kemas rumah, basuh pinggan, memasak.. sy pergi ke terengganu spent masa berkuda, pijak tanah berkaki ayam, pergi pantai sentuh laut..

Sy mula mencari semula diri kerana sy perlukan petunjuk seterusnya.. Tapi pada masa yg sama, team developer sudah semakin selesai bangunkan app baru ketika ini..

Tapi seminggu lebih tersebut sy spent masa dengan ABAH saya.. byk spent masa mendengar ABAH bercerita dan menyusun tentang *********.

Dan barulah saya jelas dan berani ambil satu langkah yang boleh letakkan Misi tegap di atas jalan yang asal which is namanya Misi Rakyat.

Pada malam tu yang tenang sebelum Subuh. Saya buat keputusan untuk membina 9 Chief Department serentak untuk Misi.

Terus saya maklum pada semua..

Setiap Chief akan memimpin department utama Misi seperti, Teknologi, R&D, Operation, Marketing, Logistics, Delivery Partners, Bussiness Partner, Secretary & HR, Finance..

Semua department ni adalah perkara yang selama ini ditanggung oleh fikiran saya sendiri. Dan akhirnya semua ni dapat dipimpin secara berasingan oleh pasukan profesional yang sedia ada dan Baru.

Dari masa depan untuk hari ini

Jadi, tugas saya kini hanya perlu tentukan haluan Misi untuk semua department menuju ke vision sebenar Misi Rakyat.

Kita juga ada baki beberapa tabung Misi Rakyat sebelum ini yang masih berbaki.. team akauntan dan auditor luar sedang buat kerja untuk Misi tahu setiap sen yang berbaki untuk kita sempurnakan dalam masa terdekat.

Selepas selesai setiap sen baki dari tabung2 yang lepas.. Misi tidak akan lagi membuka tabung baru.. dan bergantung pada keadaan sahaja jika Allah gerakkan kita.

Kerana Misi akan buat apa2 bantuan Masyarakat dengan hasil dari perniagaan app Misi sendiri sahaja selepas ini.

Sasaran Misi ialah bangunkan ekonomi baru rakyat, dan hasil ekonomi baru ini disalurkan pula untuk membuat perubahan di dalam masyarakat tak kira bangsa dan agama. InsyaAllah..

Perkongsian ni adalah untuk semua yang bersama dalam perjalanan Misi selama ini yang ingin melihat perubahan yang digambarkan pada suatu hari nanti.. InsyaAllah..

Dari masa depan untuk hari ini

habis//

eBay suspended account : ini PUNCA nya

Trend DIY dan pembaikan rumah jadi budaya di AS

Bateri DeWalt terjual RM1 juta di eBay USA sejak 30 hari lalu

Cara nabi berniaga : 7 prinsip gaya rasulullah 

10 cara buat duit online 



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Recent Posts

undertale raih RM 111,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

mapcamera raih RM 60,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Harga Tupperware bakal melambung seperti RXZ ?

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Suggested Keywords