0

Loading ...

Hadiah Krismas Paling Hot Demand di USA 2024

Hadiah Krismas Paling Hot Demand di USA 2024

Hadiah Krismas Paling Hot Demand 2024 ini bukan sahaja menjadi buruan rakyat USA, malah sudah tentu nya seller eBay dari seluruh dunia

Walau pun Hari Krismas akan dirai dalam tempoh kira kira 7 bulan lagi, namun sebagai eBay seller, persiapan awal harus dilakukan bagi memastikan goal kita untuk raih untung semasa pesta ini menjadi kenyataan

dan melalui artikel ini, sebagai seller eBay, anda akan dapat flow untuk memahami kepentingan membuat research sebelum menjual apa apa barang di eBay

Hasil dapatan data yang dikumpul dalam research ini nanti akan diproses untuk mencari item paling hot demand di USA sempena Krismas nanti

Akhir nya ia membuka peluang untuk anda raih income dalam USD melalui method yang PROVEN dari pengalaman Dr Zul sendiri

Yang penting, Duduk Malaysia takpe, janji gaji USD

Semoga membantu ya,  happy reading guys !

—-------------------------------------------------------------------------

Walaupun ia mungkin tidak kelihatan seperti pilihan yang paling romantis, hadiah wang yang berguna adalah hadiah Krismas yang paling diinginkan di Amerika Syarikat tahun lalu.

Menurut Statista's Consumer Insights (Christmas and Holiday Season: US) , apabila ditanya hadiah yang paling disukai oleh orang dewasa AS tahun lalu, 50 peratus wanita dan 36 peratus lelaki berkata wang tunai atau pindahan wang melalui bank. 

Bagi kedua-dua kumpulan, baucar berada di kedudukan kedua, diikuti oleh pakaian, tekstil atau kasut di tempat ketiga.

Responden boleh memilih berbilang pilihan dalam tinjauan pendapat.

Apabila melihat pecahan data untuk lelaki dan wanita, walau bagaimanapun, walaupun terdapat sedikit pertindihan, beberapa perbezaan kecil muncul.

Seperti yang ditunjukkan oleh carta kami, telefon pintar, tablet dan aksesori adalah pilihan yang agak popular untuk lelaki dan wanita, masing-masing dipilih sebanyak 24 peratus dan 22 peratus daripada kumpulan tersebut. 

Wanita menunjukkan lebih sedikit minat dalam hadiah berkaitan perjalanan (20 peratus berbanding lelaki pada 13 peratus) serta tiket acara (19 peratus berbanding lelaki pada 11 peratus), dengan dua pilihan diletakkan di kedudukan sembilan dan sepuluh untuk wanita.

(Artikel di atas diterjemahkan dari statista.com dan sumber gambar utama kredit kepada Parrot Print)

Hadiah Krismas : dilema seller baharu di eBay, nak jual apa?

Dari data di atas, kita tahu bahawa selepas ‘duit raya’ majoriti penduduk US mahu baucar atau kad hadiah untuk hadiah krismas mereka

Sekarang mari kita lihat data dari Terapeak mengenai jualan gift card dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2023 

Hadiah Krismas Paling Hot Demand di USA 2024

Berdasarkan data di atas, kata kunci gift card di eBay US cata angka USD 2.82 juta @ RM13.3 juta pada tempoh itu

Data Terapeak juga senaraikan item terlaris seperti gambar di bawah 

Hadiah Krismas Paling Hot Demand di USA 2024

Namun sebagai seller baharu, pasti kita tertanya tanya adakah kita mampu bersaing dengan seller lama yang sudah dapat banyak jualan dan maklum balas positif dari pelanggan

Jika kita berada di tempat mereka iaitu pembeli di US, sudah pasti kita juga mahu membeli barang dari kedai yang trusted dan dapat respon positif serta harga yang patut

TEPAT sekali, memang itulah adalah antara dilema seller baharu di eBay

Isu ini sebenarnya boleh diatasi dengan cara kita bersaing dengan kedai dan seller yang setara dengan upaya kita

Kita tiruvasi dan improve kedai termasuk listing kita untuk raih feedback positif dari masa ke masa, seterusnya grow menjadi seller eBay yang lebih baik 

Hadiah Krismas : seller baharu eBay elak buat high risk activities

Untuk permulaan proses bina rating dan akaun eBay ini, matlamat kita adalah supaya akaun eBay kita tak buat high risk activities yang boleh jadi punca akaun kena suspend

Mengikut ajaran Dr Zul, seorang seller baharu perlu melalui proses daftar akaun eBay dahulu dan biarkan ‘peram’ selama sebulan, sebelum boleh buat listing produk

Produk yang dibuat listing pada peringkat ini tidak boleh ada sebarang aktiviti yang heavy seperti add to cart atau purchase item

Selepas tempoh itu, baharu lah kita boleh pulun buat hot listing ikut ajaran Dr Zul 

Proses Ini dilakukan kerana mahu melepasi sekatan dan tapisan pihak eBay sendiri yang hanya mahu seller yang genuine berada dalam komuniti eBay

Mereka mahu menjaga kepentingan pelanggan dari berurusan dengan eBay seller yang hangat hangat tahi ayam selain scammers

TIPS bagi bersaing dengan seller seller lama ini adalah kita jangan lawan big brother di sana yang sudah catat banyak jualan dan feedback yang banyak dari pembeli, 

Kita belum level mereka

Seller baharu perlu bersaing dengan kedai yang dapat kurang dari 500 feedback atau tiada feedback langsung pun tak mengapa

yang penting ada lebih 10 unit terjual dalam tempoh sebulan, itu lebih baik

TIPS seterusnya, kita lihat item yang dijual oleh seller berkenaan, pilih item yang boleh dijual di eBay dengan harga USD 10 dollar ke atas dan berat kurang dari 500 gram setiap item

Dari sini kita sudah buat tapisan produk yang mampu kita jual termasuk kos shipping yang lebih patut jika kita jadi reseller dari Malaysia

Kita boleh beli barang tersebut di Malaysia seperti di Shopee atau Lazada, atau kedai fizikal seperti di kedai ECO dan MR DIY

Dan jual semula di laman eBay US

Guna warehouse untuk 'lawan' seller otai eBay

Nak main game warehouse untuk hantar barang ke luar negara tak perlu modal besar pun sebenarnya

Kita kena tengok benda utama nak kena settlekan adalah barang apa yang demand, nak kena hantar

Seperti dari artikel di atas, antara hasil kata kunci ‘gift card’ di eBay US ikut data dicerap Terapeak adalah item di bawah

Hadiah Krismas Paling Hot Demand di USA 2024

Hasil cerapan data dari Zik Analytics mendapati sebanyak 27 item ini berjaya terjual di eBay US sejak 30 hari lalu

Sejak muat naik listing ini pada 20 Febuari 2024 yang lalu, seller dari China ini berjaya menjual sebanyak 86 unit dengan harga USD 18.81 @ RM88.69 seunit

Dan hasil carian item yang lebih kurang fungsi dan rupa di Shopee menjumpai item seperti di bawah

Hadiah Krismas Paling Hot Demand di USA 2024

Harga seunit item ini di Shopee adalah RM4.90 dan jika dibeli sebanyak 100 unit, harga termasuk pos ke rumah di Semenanjung Malaysia berjumlah RM 539.50 seperti di bawah : 

Hadiah Krismas Paling Hot Demand di USA 2024

BACA INI >>> Teknik High Demand Low Risk (HDLR) ajaran Dr Zul <<<

Kita validate dahulu, sebelum hantar barang ke sana, jika tidak nanti makan modal dan rugi kerana tak boleh dijual

So kita test dan masuk dalam rekod eBay, dan try tengok dalam masa seminggu ke dua minggu, apa result nya

Apa impression dan trafik nya, word search, buyer make offer dan kita lihat apa yang kita dapat

Dan kita semak, eBay remove tak kita punya listing, dan kalau dalam seminggu dua minggu nampak okay, cun, trafik item itu cantik dalam 2 tahun (rekod jualan 2 tahun sebelum itu)

Jangan joli untung dari jualan pertama, simpan untuk rolling modal

Jika dicerap item di atas di laman Terapeak eBay, mendapati rekod jualan kata kunci ‘RFID men wallet’ cecah USD 4.9 juta @ RM 23 juta sejak dua tahun lalu seperti gambar di bawah :

Jika semua okay, kalau kata kan barang tadi RM5.40 seunit dan kita test hantar dalam 100 unit dahulu ke gudang di USA

Dan modal untuk shipping dan hantar ke warehouse, kalau barang kecil ini tidak mahal, dalam RM300 ke RM400 kos shipping (paling mahal ekspres)

So, barang sudah sampai ke warehouse, harga kos barang per unit akan tambah jadi dalam RM3-4 seunit

Kita kira berapa untung bersih yang boleh kita perolehi dengan guna eBay Fees Calculator

Jadi, harga jualan - (kos modal + shipping) - eBay fee = total profit 

USD 18.81 - (1.15+0.85) - 2.89 = USD 13.92 @ RM 65.63 seunit 

So itu caranya, bila barang sudah sampai warehouse dan sudah jual dan dapat profit

So modal kita hasil jualan pertama, kita pump untuk barang ke, 2, 3, 4, 5 dan seterusnya sehingga lah kita ada modal besar dan rolling kepada barang hot demand yang lain pula

Belajar 5 bab cara menjual di eBay

Mahu belajar spy produk produk yang hot demand di USA, tak kisah lah produk hot demand hadiah krismas ke, halloween ke, apa apa perayaan pun boleh, jom masuk kelas Dr Zul

Di sini anda akan belajar cara menjual di eBay dengan betul dan berkesan

Founder kami, Dr Zul yang juga Top Rated Seller eBay sudah bertapak dalam dunia eBay sejak 2010 lagi

Beliau yang juga Pensyarah Kanan di UTHM kini sedang melatih sesiapa yang berminat untuk belajar bisnes eBay melalui Export Oversea Academy - UTHM

Syarikat spin-off milik UTHM ini sudah melatih lebih 40,000 student dari dalam dan luar negara hingga kini

Secara ringkas, anda akan belajar 5 chapter cara menguasai bisnes di eBay

Iaitu yang pertama cara nak setup akaun eBay (sebelum, semasa dan selepas) hingga akaun berkenaan bersedia untuk menjual

Kedua, adalah langkah mencari barang yang boleh dan tak boleh dijual berdasarkan data

Data ini akan menentukan kadar kejayaan yang tinggi

Caranya adalah kuasai teknik High Demand Low Risk (HDLR) dan RCA

Sekiranya kedua teknik ini dikuasai dengan baik, InsyaAllah 95 peratus barang di kedai eBay boleh terjual

Ketiga, adalah teknik bagi optimum kan potensi kedai eBay kita dilihat dan dilawati oleh buyer

Teknik optimum ini termasuk kenal pasti apa volume search dan kata kunci dicari oleh buyer di eBay

Keempat, adalah proses pemilihan syarikat kurier yang tepat untuk menghantar barang pelanggan ke luar negara 

Kelima adalah cara memaksimumkan keuntungan dengan melebarkan bisnes melalui penggunaan gudang di USA

Ini adalah bekal utama bagi seorang seller di bawah bimbingan Dr Zul untuk pecah telur 

Seterusnya dapat income dalam USD

Sama seperti apa yang anda lihat di bawah ini 

Lihat apa kata anak anak murid Dr Zul

Jika tuan puan sudah bersedia untuk belajar bisnes di eBay

Ini adalah masa yang tepat, bukan semalam atau esok

Takdir tuan puan membaca artikel ini bukan kebetulan

Ia adalah jawapan kepada persoalan yang belenggu tuan puan ketika ini

‘Nak bisnes apa?’ jual hadiah krismas juga boleh ke, boleh sahaja, yang penting anda kena ada kesabaran, kerajinan dan tekun

Tuan puan sedia maklum, 9/10 sumber rezeki datang dari 

asbab membuat bisnes

Sudah ramai mereka di luar sana yang pernah berada di posisi tuan puan ketika ini

Mereka tercari cari cara raih pendapatan sampingan

Lebih lebih lagi kos hidup kini menekan di kanan dan kiri

Lihat lah apa kata mereka yang sudah pergi ke kelas anjuran Dr Zul

Jangan tunggu lagi tuan puan

Siapa yang mahu tolong diri kita

Kalau bukan diri sendiri

Duit tak datang bergolek

Perlu usaha

Maka bertindak lah sekarang

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

ShipBob : 101

Terapeak : 101

Black Friday Cyber : Ini maksudnya…

10 hot selling product on Amazon 2024

Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Recent Posts

undertale raih RM 111,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

mapcamera raih RM 60,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Harga Tupperware bakal melambung seperti RXZ ?

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Suggested Keywords