Super admin . 19th Apr, 2024 01:16 PM
Gunung berapi meletus di Indonesia baru baru ini menyebabkan pihak berkuasa republik itu menutup lapangan
terbang wilayah dan memindahkan ratusan penduduk di sekitar Gunung Berapi Ruang
Ia berikutan gunung itu mengeluarkan letupan lava, batu dan abu selama beberapa hari, kata pegawai pada
Khamis, mengisytiharkan amaran tertinggi mengenai keadaan itu.
Letusan dramatik gunung berapi pada Rabu di pulau terpencil di wilayah Sulawesi Utara itu melemparkan lava
merah, batu dan abu sejauh tiga kilometer ke langit.
Petir ungu turut kelihatan di atas gunung berapi yang meletus, hasil rakaman video di media sosial, lapor Reuters
Dalam pada itu, menurut laporan Berita Harian, syarikat penerbangan tempatan, Malaysia Airlines dan AirAsia
membatalkan beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah serta Sarawak hari ini susulan letusan Gunung Ruang, Indonesia.
Sebanyak 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur yang dibatalkan oleh Malaysia Airlines manakala AirAsia pula membatalkan 16 penerbangan
Dalam pada itu, keselamatan penumpang menjadi keutamaan berikutan langkah syarikat penerbangan membatalkan puluhan jadual penerbangan ke Sabah
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata kira-kira 20,000 penumpang yang masuk dan keluar ke
negeri ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Labuan, Tawau dan Sandakan terjejas akibat pembatalan itu.
Beliau berkata, kerajaan negeri turut memantau kesan letusan Gunung Ruang di Indonesia yang menyebabkan
pelepasan debu gunung berapi di udara hingga menjejaskan operasi penerbangan.
Sementara itu, Harian Metro melaporkan pembatalan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak
menyebabkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 serta Terminal 2 sesak dengan
kehadiran penumpang yang mahu mendapatkan maklumat lanjut berhubung penerbangan mereka.
Apabila bencana alam seperti letusan gunung berapi Indonesia ini berlaku ia ibarat kesan domino terhadap semua pihak berkaitan
Kita sedia maklum, Indonesia mempunyai lebih dari 130 gunung berapi aktif yang tersebar di seluruh
kepulauannya, menjadikannya salah satu negara dengan jumlah gunung berapi terbanyak di dunia.
Republik ini terletak di Zon Pasifik yang dikenali sebagai "Ring of Fire" atau "Lingkaran Api", yang merupakan
daerah dengan aktiviti seismik dan gunung berapi yang tinggi akibat pergerakan lempeng tektonik.
Salah satu gunung berapi paling aktif di Indonesia adalah Gunung Merapi yang terletak di Pulau Jawa. Ia telah meletus berkali-kali dan sering dipantau untuk aktiviti vulkaniknya.
Letusan Gunung Krakatau pada tahun 1883 merupakan salah satu letusan paling dahsyat dalam sejarah yang
telah menyebabkan tsunami dan mengubah corak cuaca global.
Gunung Tambora di negara itu mengalami letusan besar pada tahun 1815, yang dikenali sebagai letusan
gunung berapi paling kuat dalam sejarah
Letusan ini mengakibatkan "Tahun Tanpa Musim Panas" pada tahun 1816 akibat debu volkanik yang menutupi atmosfera
Bencana alam seperti letusan gunung berapi Indonesia ini adalah satu info penting untuk merancang strategi
bisnes jika kita adalah seorang peniaga di negara negara terjejas ini
Kejadian gunung berapi meletus ini juga terjadi di Amerika Syarikat malah banyak lagi bencana alam lain yang
kerap berlaku di sana yang menyebabkan impak serupa
Penutupan lapangan terbang dan kemudahan pengangkutan awam yang lain sering dilakukan pihak berkuasa apabila berlaku nya bencana alam berikut :
Taufan (Hurricanes) - Amerika Syarikat sering dilanda taufan, terutama di sepanjang Pantai Timur dan Teluk
Mexico, dengan musim taufan biasanya bermula dari bulan Jun hingga November.
Gempa Bumi - Negara ini mengalami gempa bumi dengan kekerapan yang berbeza-beza, dengan California
dan Alaska antara kawasan yang paling berisiko disebabkan oleh kedudukan mereka di atas garis sesar utama.
Tornado - AS mempunyai bilangan tornado tertinggi di dunia, terutama di kawasan yang dikenali sebagai
"Tornado Alley" yang meliputi beberapa negeri di tengah-tengah negara.
Banjir - Banjir adalah bencana alam yang sangat biasa di AS, yang boleh berlaku di mana-mana dan sering
berlaku akibat hujan lebat, air pasang, atau pelepasan bendungan.
Kebakaran Hutan - Kebakaran hutan sering berlaku di barat AS, terutama di California, yang dikaitkan dengan
keadaan cuaca kering, panas, dan angin kencang.
Ribut Salji - Ribut salji besar boleh menyebabkan henti kerja, kemalangan jalan raya, dan masalah infrastruktur,
terutama di kawasan utara dan timur laut AS.
Kekeringan - Kekeringan sering berlaku di barat daya AS, menyebabkan masalah bekalan air dan menjejaskan pertanian.
Tanah Runtuh - Tanah runtuh boleh berlaku di kawasan yang mempunyai topografi berbukit atau selepas hujan lebat, merosakkan rumah dan infrastruktur.
Letusan Gunung Berapi - Walaupun jarang berlaku, AS mempunyai beberapa gunung berapi aktif, seperti Mount St. Helens di Washington, yang berpotensi meletus dan menyebabkan kerosakan.
Badai Petir dan Kilat - Badai petir boleh menyebabkan kerosakan besar melalui angin kencang, hujan lebat, banjir dan kilat yang boleh menyebabkan kebakaran atau kerosakan elektrik.
Bencana-bencana ini menuntut perancangan dan tindak balas darurat yang cekap untuk mengurangkan kehilangan nyawa dan harta benda.
Yang pasti, apabila tersadai di lapangan terbang akibat cuaca buruk, terdapat beberapa barang penting yang BERGUNA untuk memastikan keselesaan dan keperluan asas penggembara terjaga.
Berikut adalah 10 perkara yang patut ada dalam senarai barang keperluan:
Dokumen penting - Pastikan membawa dokumen penting seperti pasport, tiket penerbangan, visa, dan identifikasi diri untuk memudahkan segala urusan yang berkaitan dengan pembatalan atau penjadualan semula penerbangan.
Pakaian tambahan - Bawa pakaian tambahan termasuk stoking dan seluar panjang untuk menghadapi keadaan sejuk di dalam terminal lapangan terbang.
Kit kebersihan peribadi - Bawa kit kebersihan seperti berus gigi, ubat gigi, tisu basah, dan pembersih tangan untuk menjaga kebersihan diri semasa menunggu.
Ubat-ubatan - Jika anda memerlukan ubat-ubatan khusus, pastikan ia sentiasa ada bersama anda. Termasuklah ubat penahan sakit, ubat alahan, dan sebagainya.
Pengecas peranti elektronik - Pengecas telefon bimbit, laptop, atau tablet adalah penting untuk memastikan peranti anda sentiasa bertenaga dan dapat digunakan untuk komunikasi dan hiburan.
Makanan ringan dan air minuman - Bawa makanan ringan dan botol air minuman untuk mengelakkan kelaparan dan dehidrasi semasa menunggu.
Selimut atau jaket - Selimut atau jaket akan membantu menghangatkan badan jika cuaca di dalam terminal terlalu sejuk.
Bantal leher - Bantal leher akan memberikan keselesaan ketika tidur atau berehat dalam keadaan duduk yang panjang.
Hiburan - Buku, majalah, atau permainan boleh menjadi sumber hiburan untuk mengisi masa.
Power bank - Power bank adalah penting untuk memastikan peranti elektronik anda tidak kehabisan bateri, terutama jika kesukaran mencari soket kuasa di lapangan terbang.
Memiliki barang-barang ini dapat membantu anda menangani situasi tidak menyenangkan akibat kelewatan penerbangan dan membuat pengalaman menunggu menjadi lebih tertanggung.
Jika dilihat senarai di atas, barang barang ini sewajarnya menjadi perhatian bagi seorang seller eBay
Sebagai contohnya adalah bantal leher seperti di bawah
Jom kita lihat bagaimana permintaan terhadap bantal leher ini di USA sejak 3 tahun lalu di eBay.com menerusi Terapeak
Data di atas menunjukkan dengan kata kunci travel neck pillow, sebanyak 64,060 item terjual dengan purata harga adalah USD 15.56 @ RM 74.22 seunit
Total jualan kasar item ini adalah USD 996,773.60 @ kira kira RM4.8 juta
Manakala berdasarkan trend jualan travel neck pillow di laman eBay.com 30 hari lalu mendapati 422 bantal leher terjual sebanyak USD 4,111 @ RM19,610.13 sen
Dengan harga purata item berkenaan sebanyak USD 10.07 @ RM48.03 seunit, hanya 41 peratus dari 100 listing dimuat naik berjaya terjual
Dalam pada itu, seorang seller USA raih jualan sebanyak 48 travel neck pillow pada 30 hari lalu di laman eBay
Dengan harga USD 11.99 @ RM57.15 setiap satu, seller ini berjaya raih income kasar cecah 11.99 x 48= USD 575.52 @ RM2,743.31 sen
Namun sejak muat naik listing ini pada 17 April 2023, seller ini berjaya menjual sebanyak 460 unit atau sama dengan 460x11.99= USD 5, 515.4 @ RM 26,290.11
Dalam pada itu, semakan produk sama di laman Alibaba mendapati bantal leher ini dijual serendah USD 3 @ RM14.30 seunit
Jom kita kira di eBay Fees Calculator, berapa agaknya keuntungan seller USA ini, kalau beliau ambil barang dari pembekal di Alibaba.com
Untuk setiap item ini untung kasar (tak termasuk shipping cost) yang seller ini raih adalah USD 7 @ RM RM 33.36 seunit
Mungkin ada yang tertanya, macam mana pula nak kira kos shipping?
Ya betul, untung berkenaan belum tolak kos shipping lagi
Jika tuan puan nak belajar cara optimumkan untung termasuk soal kos shipping dan strategi bersaing dengan seller USA ini secara sihat
Jom daftar kelas eBay Dr Zul anjuran Export Oversea Academy - UTHM
Dalam kelas ini, tuan puan akan belajar melalui 5 bab untuk menguasai bisnes eBay
Iaitu yang pertama cara nak setup akaun eBay (sebelum, semasa dan selepas) hingga akaun berkenaan bersedia untuk menjual
Kedua, adalah langkah mencari barang yang boleh dan tak boleh dijual berdasarkan data
Data ini akan menentukan kadar kejayaan yang tinggi
Caranya adalah kuasai teknik High Demand Low Risk (HDLR) dan RCA
Sekiranya kedua teknik ini dikuasai dengan baik, InsyaAllah 95 peratus barang di kedai eBay boleh terjual
Ketiga, adalah teknik bagi optimum kan potensi kedai eBay kita dilihat dan dilawati oleh buyer
Teknik optimum ini termasuk kenal pasti apa volume search dan kata kunci dicari oleh buyer di eBay
Keempat, adalah proses pemilihan syarikat kurier yang tepat untuk menghantar barang pelanggan ke luar negara
Kelima adalah cara memaksimumkan keuntungan dengan melebarkan bisnes melalui penggunaan gudang di USA
Ini adalah bekal utama bagi seorang seller di bawah bimbingan Dr Zul untuk pecah telur
Seterusnya dapat income dalam USD
Sama seperti apa yang anda lihat di bawah ini
Jika tuan puan sudah bersedia untuk belajar bisnes di eBay
Ini adalah masa yang tepat, bukan semalam atau esok
Takdir tuan puan membaca artikel ini bukan kebetulan
Ia adalah jawapan kepada persoalan yang belenggu tuan puan ketika ini
‘Nak bisnes apa?’
‘Nak jual bantal leher juga boleh ke?’
Sudah tentu boleh, yang penting saya nak pesan awal awal
Tuan puan kena rajin, sabar dan tak mudah berputus asa, InsyaAllah berkat berguru dengan Dr Zul yang juga Top Rated Seller eBay
Tuan puan boleh dapat income seperti seller USA ini
Lebih 40,000 anak anak murid Dr Zul sudah melalui proses seperti tuan puan
Rata rata nya mahu belajar eBay kerana ingin mencari pendapatan sampingan
Ialah, zaman sekarang harga barang keperluan sudah melambung, subsidi petrol pun bakal ditarik
Macam macam benda naik harga sekarang ini, jadi inilah salah satu ikhtiar yang boleh kita buat untuk dapat income dalam USD
Lihat lah apa kata mereka yang sudah pergi ke kelas anjuran Dr Zul
Jangan tunggu lagi tuan puan
Jika ditakdirkan gunung berapi meletus atau apa apa bencana alam berlaku di USA, kita sebagai seller sudah ready untuk supply keperluan orang ramai di sana
Win win orang kata, yang penting berniaga ini pun sunnah dan dituntut dalam agama
Bukan sahaja boleh majukan ekonomi diri dan keluarga malah membantu negara dengan cukai yang dibayar nanti
TEKAN SINI NOW!!>>>Saya nak belajar menjual di eBay<<<
habis//
BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI
Lagi artikel menarik di bawah
Black Friday Cyber : Ini maksudnya…
10 hot selling product on Amazon 2024
Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay
>>> Nak kerja part time tapi gaji USD ? klik sini<<<