0

Loading ...

Dropshipping on eBay 2024

Dropshipping on eBay

Dropshipping on eBay 2024. Apa itu dropshipping eBay

Dropshipping ialah kaedah order fulfilment di mana kedai tidak simpan stok produk yang dijual nya.

Prosesnya boleh berbeza beza, seperti di bawah :

1. Pertama, customer buat pesanan dari kedai eBay kita sendiri.

2. Seterusnya, kita hantar pesanan kepada pembekal

3. Kemudian, supplier hantar item terus kepada customer, tanpa kita kendali produk atau inventori stok itu.

Dalam bahasa mudah, peniaga eBay jual produk kepada customer tanpa perlu simpan, kendali, bungkus atau hantar produk.

Atas sebab itu, dropshipping adalah kaedah popular untuk penjual baru masuki dunia e dagang.

Dropshipping on eBay : Siapa pembekal terbaik 2023 ?

Setiap pembekal datang dengan kebaikan dan keburukan mereka sendiri

AMBIL PERHATIAN !

Tidak semua pembekal ini patuhi dasar dropshipping eBay, namun  SENTIASA ada cara untuk buat mana mana pembekal ini berfungsi

Kita hanya perlu faham cara komunikasi dengan customer dan pembekal eBay

Ini untuk elak peningkatan red flags dengan eBay.

Ramai seller eBay terkena penggantungan akaun apabila guna Amazon dengan cara yang salah

Sebab itu, untuk penjual baru, elak guna platfom ini

Namun, ada seller yang bernasib baik dan jumpa lubuk peluang hingga mampu jadi dropshiper yang berjaya. 

Walmart

Dropshipping on eBay

Pasaraya ini adalah pembekal dropship lokal untuk buat dropship di Amerika Syarikat (AS).

Walmart offer produk dropship yang berkualiti dan mampu milik

Pasaraya ini boleh hantar item kepada customer eBay dengan cepat.

Penjual eBay boleh tingkat kan margin untung dengan manfaatkan pilihan shipping percuma apabila sertai Walmart Plus.

Amat penting untuk punya pembekal yang offer penghantaran yang trusted

Home Depot

Dropshipping on eBay

Masa dan kualiti penghantaran Home Depot trusted

Serupa dengan Walmart, margin untung tak tinggi macam pembekal lain seperti AliExpress 

Cuma kelemahan AliExpress adalah masa penghantaran barang nya lebih lama.

 AliExpress

Dropshipping on eBay

AliExpress boleh jadi pembekal dropshipping di seluruh dunia.

Mereka benar kan kita dropship ke negara seperti United Kingdom dan Australia

Margin untung pun lebih tinggi.

Cuma, masa penghantaran barang kepada customer mungkin agak lama

Jadi kita kena kira siap siap anggaran masa barang boleh tiba ke rumah customer 

Cuma kena ingat, dropship dengan AliExpress boleh buat duit selagi kita patuh polis eBay

Selalu komunikasi dengan customer supaya mereka tahu di mana barang mereka berada

Harbour Freight

Dropshipping on eBay

Mereka based di AS, dan tidak selalu jadi pembekal.

Ini bermakna persaingan nya jauh lebih rendah dari pembekal lain yang lebih famous

Zooplus

Dropshipping on eBay

Dropshipper eBay di UK selalu guna supplier ini.

Zooplus ialah pembekal produk haiwan peliharaan online ke seluruh UK.

Jika anda seorang dropshipper UK, pembekal ini best sebab boleh dapat margin yang berbaloi dan masa penghantaran barang pun munasabah.

Wholesale Supplier

Selain dari semua di atas, anda boleh mencari pembekal borong dan mereka beri anda sedikit kelebihan

Namun, mereka ini susah dijumpai dan perlu buat research lebih sikit

Tetapi jika berjaya jumpa dengan pembekal yang okay

dan kita selesa bekerja dengannya – kita memang untung

Dasar Dropshipping on eBay

eBay ada pendirian yang agak tegas dengan dropshipping.

Menurut eBay, penghantaran secara dropship dibenarkan jika seller "penuhi pesanan terus dari pembekal borong".

Sebagai penjual, kita kena tanggungjawab secara langsung untuk penghantaran item tepat pada masanya dari pembekal

Seller juga kena bertanggungjawab untuk urus proses pemulangan barang

Memang ada dropshipping eBay yang main muslihat dan termasuk beli barang dari retailers lain, bukan nya pemborong

Jika pandai navigate dasar ini kaedah dropshipping boleh jadi sangat untung

Bagaimana nak mula Dropshipping on eBay ?

Perkara asas adalah computer dengan akses internet.

Kos kos lain untuk bermula adalah sangat rendah

Pada asasnya hanya perlu :

0$ untuk stok (kerana jadi dropship)

$0 untuk pengiklanan (eBay ada pembeli sendiri)

30$ sebulan untuk perisian seperti Zik Analytics

$100 aliran tunai untuk kos sampingan

Langkah 1: Buka Akaun Dropshipping

Langkah pertama : buka akaun eBay

Klik daftar di sudut kanan atas eBay.

Isi semua butiran seperti nama pertama, nama famili dan butiran kata laluan

Pastikan semua details tepat, supaya tidak ada sebarang masalah untuk tnerima bayaran.

Apabila buka kedai di eBay, penjual baru ada had jualan hanya 10 item sahaja.

Sebab itu anda kena pilih betul betul barang apa nak dijual

Matlamat awal sebagai seller di eBay adalah buat segala yang boleh untuk tingkat kan had jualan

Jika berjaya buat dengan betul, anda dapat buat duit lebih cepat dengan Dropshipping on eBay

Langkah 2: Daftar eBay Managed Payments

Seterusnya, pilih Payoneer.

[ NOTA: Sejak 2021,  eBay tidak lagi jadi kan Paypal sebagai pilihan untuk terima bayaran.

Sebaliknya, bayaran melalui eBay Managed Payments yang merupakan perkongsian antara eBay dan Payoneer]

Sambung ke eBay Managed Payments

Klik ‘get started’ dan ikuti langkah berikut :

i. Sambung ke Akaun Payoneer

 Di sini, Daftar untuk Payoneer, atau pautkan akaun Payoneer sedia ada.

Sama ada akaun individu atau syarikat.

ii. Sync Profil eBay dan Payoneer

eBay akan minta kita log masuk ke Payoneer supaya boleh pautkan akaun.

Teruskan dan log masuk, dan proses itu akan sync kedua dua akaun secara automatic.

Di sini, kita perlu paut kan kedua dua profil bersama sama.

iii. Tambah kad kredit atau kad debit untuk caj dan kos penjual

Ini berfungsi bila seller tidak ada wang mencukupi dalam akaun untuk selesai kan bil dengan eBay seperti yuran atau bayaran balik customer.

iv. Submit your request 

Supaya Payoneer boleh sah kan permintaan kita.

eBay akan hubungi seller setelah akaun diluluskan.

NOTA: Proses ini mungkin ambil sedikit masa untuk diluluskan, jadi mula kan proses ini lebih awal dan lepas itu kita boleh buat benda lain

Faedah eBay Managed Payments untuk Dropshipper

Kaedah pembayaran ini best sebab beri banyak pilihan kepada bakal pembeli antara nya :

Apple Pay, Google Pay dan juga Mata Wang Kripto!

Daftar pilihan ini beri peluang jaringan customer yang lebih luas kepada seller eBay

Pembayaran dalam masa 2 hari operasi bisnes dan struktur yuran nya lebih mudah dari PayPal.

Malah yuran berkurangan sekitar 12.7% dari sebelum ini bila guna Paypal

(Artikel dan foto di atas dipetik dan disesuaikan dari Zik Analytics)

Dropshipper eBay Kena Baca Ini....

Chop!!

Sebelum anda terjah buat akaun dropship sendiri, better baca kisah di bawah ini

supaya anda tak menyesal di kemudian hari okay

Dropshipper eBay Kena Saman 2 juta Dollar Amerika !!

Terbeliak mata mat dengar cerita ini

Tetapi ini lah kejadian benar benar terjadi kepada seorang dropshipper eBay ini

Gara gara bergurukan internet dan e book semata mata, buat dirinya makan tak kenyang, tidur tak lena.

Keghairahannya berniaga di eBay memakan diri selepas terima Letter of Demand (LOD) dari peguam di Amerika Syarikat,

Fuhhh seram mat

Jom baca kisah di bawah dan ambil pengajaran sama sama okay

6 Bulan Lepas Remove Listing, Tiba Tiba Dapat Surat Saman

Menurut Shah, 20 an, kejadian itu berlaku pada dua tahun lalu

Ketika itu, beliau sedang seronok dapat sales dalam USD, hingga buat tak endah untuk tapis produk Vero

Padahal, pada awal jadi dropshipper eBay, beliau buat tapisan siap siap

Oh ya, produk Vero ini adalah produk copy ori/ciplak/tiruan ya tuan puan

“Masa itu saya ambil barang dari platofm A dan buat listing di eBay. Saya cuma klik klik sahaja, listing itu masuk ke eBay.

“Gambar pun sama terus forward ke eBay. Banyak barang copy dan barang vero iaitu barang yang tiru jenama lain di A.

"Bila dah banyak, saya tak tahu mana satu produk vero atau tidak, selamat dijual atau tidak

“Waktu itu saya dapat pesanan dari 5 hingga 10 jualan dan memang tak pasti sama ada barang itu selamat atau tak untuk dijual.

“Bila barang itu sudah habis stok saya pun buang dari listing produk namun tiba tiba selepas enam bulan, akaun eBay saya tiba tiba kena suspend,” katanya.

Katanya, di sinilah mimpi negeri nya bermula apabila tiba tiba satu hari beliau terima emel misteri dari USA

Peguam itu, minta beliau untuk menghubungi mahkamah di lllinois USA.

“Peguam itu emel pdf tuntutan kepada saya dan tunjukkan bukti screen shot akaun saya jual barang vero.

“Saya jual barang itu tak sampai US 10 dollar dan hanya berjaya jual 3 unit sahaja.

“Mula mula memang tak percaya dan ingatkan peguam ini scammer

“Tetapi tak lama selepas itu, duit jualan dari eBay tak boleh pindah ke Paypal.

“Selang dua minggu kemudian, akaun Paypal pula tak boleh keluarkan duit dan waktu ini saya rasa saman ini memang betul,” katanya.

Shah Terpaksa Bayar Pampasan RM23,000

Beliau berkata, dia mula tak keruan dan tertekan dengan situasi menimpa hingga jejas kan emosi dirinya.

“Waktu itu emosi memang tak stabil dan saya pendam seorang diri. Masuk kerja pun lambat, jadi pemarah, menangis sendiri.

“Akhirnya saya luah pada ayah dan beliau nasihatkan saya settle tepi dan bayar denda guna duit jualan eBay

“Saya pun cuba settle tepi masalah ini kerana fikir kalau masuk mahkamah dan jatuh hukum salah, saya boleh kena saman jutaan ringgit,” katanya.

Katanya, antara alasan saman itu adalah dia dituduh jual barang ciplak, jatuh kan jenama dan produk client peguam itu dipandang serong termasuk kualiti tak bagus.

“Selepas sebulan, peguam itu tuntut bayaran penyelesaian US 6,000 dollar jika tak mahu masuk mahkamah.

“Saya cuba rayu dalam emel jumlah dikurangkan ke 4,000 dolar tetapi tak dilayan hingga lah saya offer 5,000 dollar baru peguam itu bersetuju,” katanya.

Jadi Salah Seorang Dari 1,000 yang Disaman

Shah yang kini sudah tinggalkan kerjaya juruteknik itu berkata, selepas itu dia perlu tanda tangan surat penyelesaian dalam bentuk format pdf dan tutup kes hingga hari ini.

“Akaun eBay dan Paypal saya mula pulih. Ini adalah pengalaman paling mahal pernah saya bayar sepanjang buat eBay ini.

“Jika ditukar jumlah nya lebih RM23,000 termasuk duit cukai saya kena bayar. Mujur saya bayar guna untung dari jualan eBay sahaja,” katanya.

Beliau berkata, ketika saman diterima, beliau mendapati namanya berada dalam senarai lebih 1,000 orang yang turut terima saman sama.

“Seller ini dari serata negara di dunia ini terima saman atas alasan yang sama, jual produk vero.

“Cuma saya seorang sahaja dari Malaysia tak bernasib baik. Dalam list itu ada seller termasuk dari eBay, Amazon, Shopify dan Ali Ekspress,” katanya.

Jom tonton sendiri pengakuan bekas juruteknik ini yang kini sudah back to the right track

Kini Tuan Shah mampu dapat income cecah enam angka sebulan :

https://vimeo.com/911999700?share=copy

Akaun eBay Kena Beku, Income Ribuan Ringgit Hilang

Dalam pada itu, seorang lagi dropshipper eBay dari Malaysia terima nasib berbeza

Tindakan nya buat dropshipping eBay tanpa guru, jadi punca akaun eBay nya kena permanently suspended.

Seller eBay faham lah kalau dapat benda ini, stresss!

Akibat nya, beliau hilang arah seketika kerana periuk nasi nya sudah ditutup

Walhal waktu itu beliau sudah dapat income sampingan dari RM3,000 hingga RM7,000 sebulan.

Muhammad Haziq Izzuddin Mohd Hussin, 25, pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), berkata, dia aktif berniaga di eBay sejak 2020.

“Saya berniaga eBay ini sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP)

“Buat eBay pun berguru kan internet dan e book tanpa guru, namun saya boleh dapat income yang maintain atas tiga ribu.

“Akaun eBay permanently suspend sejak dua tahun lepas” katanya.

Cari Jalan Selamatkan Akaun eBay 

Haziq berkata, atas sebab itu, dia tidak melepaskan peluang emas untuk mengikuti bengkel kendalian Dr Zul bagi selesai kan masalah yang terjadi.

“Saya buat dropship guna apps auto DS. Masa itu Halloween, so saya masukkan barang ini

“Barang ini boleh dapat profit 5 hingga 10 dollar untuk satu barang.

“Malam itu saya listing barang itu, dia generate order dan esok pagi bangun, saya terkejut dapat order 20 barang.

“Selepas dua tiga hari saya hairan, kenapa barang pelanggan masih tak pos

“Saya chat customer service tapi tak dilayan dan saya tak tahu akaun saya ada glitch ke apa.

“Bila mereka reply chat kata barang tiada dalam stok.

“Saya terpaksa reject satu persatu dan tiba tiba akaun saya kena permanently suspend, itulah puncanya,” katanya.

Ikuti temuramah beliau seperti dalam video di bawah :

https://vimeo.com/913241482?share=copy

habis//

Mahu tahu lebih lanjut cara selamat nak jadi dropship di eBay

Termasuk cara dapatkan semula akaun kena suspended permanently

Jom daftar kelas Dr Zul. Tekan box kuning di bawah ya :)

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

ShipBob : 101

Terapeak : 101

Black Friday Cyber : Ini maksudnya…

10 hot selling product on Amazon 2024

Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Recent Posts

undertale raih RM 111,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

mapcamera raih RM 60,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Harga Tupperware bakal melambung seperti RXZ ?

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Suggested Keywords