0

Loading ...

Chez Hamdan - 'Kalau penat rehat kejap'

Chez Hamdan

Chez Hamdan, banyak kisah suka dan duka dilalui anak jati Jerantut Pahang ini sepanjang 19 tahun terbabit dalam bisnes kecantikan yang sinonim dengan kaum wanita.

Berhenti belajar jurusan perakaunan ketika di universiti dan pilih teruskan minat sebagai pendandan rambut profesional nyata bukan perkara sia sia buat dirinya.

Walaupun pada mulanya tindakan itu tidak direstui keluarga, lelaki yang mesra disapa Chez ini kini mampu berbangga

kerana kini antara nama besar dalam industri gaya rambut di negara ini.

Jom kita baca kisah jatuh bangun bapa kepada dua anak ini. Semoga terinspirasi okay!

Chez Hamdan warisi bakat datuk

Chez Hamdan atau nama sebenarnya, Halimi Hamdan, 38, berkata, dia ambil keputusan berhenti dari ambil jurusan akaun

di sebuah universiti tempatan kerana tidak mahu buang masa buat perkara yang tidak diminati.

“Ketika di universiti itu saya masih ambil upah gunting rambut kawan kawan dan hari demi hari ia buat saya rasa untuk buat

kerja ini secara serius.

“Kemudian saya berhenti universiti dan teruskan belajar hair dressing secara profesional di sebuah akademi di Kuala Lumpur ,” katanya.

Pemilik salun ChezKamya Professional itu berkata, minatnya dalam bidang itu mula berputik selepas menonton program

make over dalam saluran televisyen ketika remaja.

Katanya, bermula dari situ, dia ambil keputusan untuk meneruskan cita citanya sebagai tukang gunting rambut dengan

sedikit kemahiran yang ada.

“Waktu sekolah saya memang boleh potong rambut, tapi bukanlah secara profesional dan saya memang ada bakat sebab

datuk saya kerja gunting rambut di kampung.

“Akademik saya tak berapa bagus dan apa yang saya minat pada masa itu saya boleh gunting rambut dan main motor

“Saya fikir nak ambil apa dalam kemahiran, sama ada nak teruskan minat dalam motorsport atau hairdressing.

“Saya rasa macam seronok pula nak buat hair dressing sebgai kerjaya sebab saya rasa salah satu kelebihan nya adalah kita

tak perlu bawa balik kerja pulang ke rumah.

“Habis di salun sahaja dan malam boleh rehat. Jika kerja pejabat, balik kerja malam pun ada kerja lagi.

Ayah mahu Chez Hamdan jadi kontraktor

Namun begitu, ayahnya pada waktu itu agak skeptikal dengan pilihan kerjaya dan masa depan beliau, apabila dia mahu

berhenti belajar di universiti.

“Dahulu, bapa saya pun tak galakkan sangat dan kerana itu juga jadi salah satu faktor saya nak buktikan pada keluarga

bahawa saya boleh berjaya

“Biasalah kalau boleh ibu bapa mahu anak anak mereka masuk universiti tetapi saya tahu saya tak boleh belajar.

“Saya memang minta emak saya bantu dan dia yang carikan peluang belajar untuk saya.

“Bapa saya memang nak saya jadi macam dia, kerja sebagai kontaktor tapi saya rasa tak boleh sebab nak kena belajar hukum fizik,” katanya.

Salun Chez Hamdan tutup akibat Covid 19

Chez Hamdan

Chez Hamdan berkata, selepas tamat belajar pada 2005 beliau meniti kerjaya sebagai pendandan rambut junior hingga ke

profesional hingga ambil keputusan untuk mula kan bisnes sendiri pada 2010

Namun katanya, panas yang disangka sampai ke petang, tidak terjadi apabila negara dunia dilanda Covid 19 dan

menyebabkan terpaksa tutup bisnes salun rambut.

“Saya bermula dari junior hair stylist, syampoo boy, jadi junior dan senior, dan apabila sudah jadi profesional hair dresser.

“Pada waktu itu perniagaan saya berada di Setapak dan sehingga 2020, malang sekali malang sekali perniagaan saya

terpaksa ditutup disebabkan pandemik Covid 19.

“Kita kena lockdown di rumah dan saya terpaksa mencari pilihan buat bisnes lain, iaitu buat produk rambut dengan

pengalaman saya yang ada.

“Alhamdulilllah dapat sambutan dan saya melalui online semata mata saya boleh selamat pada waktu itu,” katanya.

Bangkit selepas jatuh

Chez Hamdan berkata, sebagai pendiri bisnes dia tidak boleh duduk diam sahaja dan ambil keputusan untuk jalan kan bisnes online walau pun tiada pengalaman.

Beliau berkata, sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika itu yang dikatakan selama 2 minggu berlanjutan dan memaksanya menjadi kreatif.

“Selepas dua mingguu saya dah mati akal, saya memang takut tapi alhamdulillah, kita satu keluarga fikir apa yang boleh buat untuk jana pendapatan pada waktu itu.

“First time saya buat video untuk jual online walau tak pandai dan dengan bantuan isteri , kami buat bisnes online.

“Masa itu untuk print order tiada lagi, dan kita cuma tulis secara manual sikit demi sikit.

“Nak keluar pos order pun susah dan mujur ada rakan rakan yang boleh bantu

“Saya rasa ada hikmah, sebab allah tutup jalan salun rambut, tetapi Dia sebenarnya nak buka saya buka fikir benda lain

untuk buat produk pula,” katanya.

Beliau berkata, isterinya banyak beri motivasi untuk tidak mengalah dan keputusan mereka untuk tutup bisnes salun tepat.

“Waktu itu saya dapat info sekatan PKP lebih dari 3 bulan dan saya fikir jika 3 bulan nak bertahan salun, saya tak boleh survive

“Saya dah kehabisan duit dan cuma ada sedikit tunai untuk mulakan bisnes produk dan Alhamdulillah produk saya mula dikenali.

“Selepas covid reda, barulah saya buka kembali salon ChezKamya,dan sekarang ini dengan penjenamaan baru,” katanya.

Servis pelanggan sama rata

Chez Hamdan berkata, prinsipnya dalam bisnes adalah semua pelanggan nya adalah sama tidak kira pangkat dan dia perlu merendah diri walau pun sudah capai tahap pro

“Tak kisah apa kerjaya sekalipun, cikgu polis ke apa, saya rasa kita kena buat sampai jadi, dan bagus hingga orang kenal kita.

“Saya selalu pesan dekat staf atau pelajar saya, jangan tengok satu satu benda itu kecil, kerana jika di luar negara seperti Amerika Syarikat pun orang lain main frisbie dan bmx boleh jadi jutawan,

“Ada pengalaman banyak macam mana pun, kita tak boleh kata kita bagus. Jika pelanggan mintak macam mana pun kita dengar

“Namun melalui pengalaman kita boleh beri tips dan nasihat bukan lawan. Sebab dalam bidang servis kita kena servis orang tak boleh rasa tinggi diri, kalau tak memang pasti tak berjaya,” katanya.

Chez Hamdan yang menjadikan pendandan rambut terkenal, Munir dari Lubnan sebagai idola dalam bidang nya itu berkata, dia punya hasrat untuk memajukan lagi bisnes nya pada masa depan.

“Ketika ini kita memang sudah ada perintis dan akan datang kita akan kerjasama dengan satu jenama dari London.

“Kita bawa tenaga pengajar dari sana untuk ajar perintis kita di sini. Selain saya juga akan buat pertandingan dandanan rambut selain dan banyak lagi program lain, kerana bidang ini banyak cabangnya,” katanya.

Lelaki perempuan sama sahaja

Chez Hamdan berkata, dia anggap tak kira lelaki atau perempuan, keduanya punya peluang yang sama dalam bidang kecantikan ini yang sinonim dengan wanita.

“Pekerjaan pendandan rambut sama sahaja dengan kerja chef di dapur. Cuma kenapa lelaki ramai mungkin kerana kerja chef berat dan penat, dan lelaki lebih bertenaga, dan dia boleh buat lebih sedikit,” katanya.

Beliau berkata, yang penting baginya adalah sebagai seorang pendandan rambut kena bersedia untuk upgrade ilmu dari masa ke masa supaya kekal relevan dengan pasaran.

“Kalau saya diminta pelanggan untuk buat perkara yang tak pernah saya buat, saya  anggap itu ilmu baru

“Walau dah kerja lebih 10 atau 20 tahun, tetap ada benda baru datang, contohnya kita mungkin mahir paten 15 tahun lepas, tapi yang terkini kita tak tahu.

“Anggaplah kita belajar dan cuba penuhi permintaan pelanggan itu,” katanya.

Kalau penat, rehat sekejap

Beliau berkata, beliau juga tak putus asa dan sudah tiba masanya untuk dia agihkan ilmu yang dimiliki kepada pelapis baru supaya mereka menjadi lebih bagus.

“Saya kena agih ilmu kepada team yang boleh harap supaya mereka ada kualiti yang bagus dan dipercayai pelanggan,” katanya.

Chez Hamdan, pesan jika buat sesuatu jangan putus asa, kalau penat, rehat sekejap.

Katanya, beliau juga sama seperti manusia biasa lain yang kadang kadang perlu masa untuk healing.

“Kadang kadang seminggu itu saya hilang sekejap, selepas itu saya datang balik, sebab tiada siapa yang boleh naik kan kita.

“Orang lain boleh bagi kata kata semangat kepada kita tetapi kalau kita senditi tiada motivasi memang tidak akan jadi,” katanya.

habis//

(Artikel dipetik dan disesuaikan dari You Tube Nona dan foto kredit to Chez Hamdan)

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

Coach Bahar – ‘Jangan Pakai Otak Sangat’

Momento Cafe bangkit dari episod duka



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Suggested Keywords

All Keywords

Am Bisnes Teknologi eBay Tiktok Motivasi Life Usahawan Suri Tips Etsy Amazon mainj kluang zakat mahkamah tinggi muar setandan pisang jenayah hidup sederhana quotes hidup sederhana in english hidup sederhana dalam islam cara hidup sederhana Sumbangan Asas Rahmah SARA sumbangan tunai rahmah sumbangan asas rahmah Prof Muhd Kamil Ibrahim Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman belajar memandu ceasefire gaza gaza ceasefire ceasefire gaza israel gaza ceasefire Palestine israel trump Saif Ali Khan kampung oren ulu tiram tiga maut termasuk kanak kanak johor bahru Tanjung Embang tanjung embang sarawak tanjung embang asajaya Cara Menjual di Etsy cara menjual template canva di etsy cara menjual barang di etsy cara menjual produk di etsy cara menjual lukisan di etsy str str 20 str fasa 1 2025 bantuan str sumbangan tunai rahmah sumbangan tunai rahmah 2025 bayaran str fasa 1 2025 bayaran str 2025 str fasa 1 bayaran str bantuan str 2025 str 2025 fasa 1 bantuan tunai rahmah Cara untuk kurus dalam masa 3 hari CEO of Tiktok Mugunghwa kkoci pieot seumnida mr beast ceo of tiktok Jimmy Donaldson mr beast Taiwan earthquakes lhdn bnpl apps bnpl apps malaysia best pay later apps malaysia paylater malaysia best bnpl malaysia bnpl shopee bnpl meaning paylater merchant bnpl afterpay WhatsApp FB facebook ig instagram johan ghazali vs johan estupinan jojo vs estupinan jojo ghazali johan ghazali vs johan estupinan time malaysia nvidia share price nvidia nvidia stock deepseek ai stocks deepseek stock liang wenfeng nvda nvidia stock price what is deepseek nasdaq deepseek ai stock deepseek vs chatgpt deepseek share price china deepseek ai nasdaq index cnbc nvda share price nvda stock export mudah export mudah login export mudah v2 export mudah new export mudah ebook pdf export mudah v2 ebook Cara Dapat Duit Cepat dan Halal cara buat duit rm200 sehari cara buat duit 1000 sehari cara buat duit rm50 sehari cara buat duit online mudah usd cara dapat duit free cara cari duit lebih tanpa modal cara buat duit dengan whatsapp cara dapat duit dengan menonton youtube ibu tunggal permohonan bantuan ibu tunggal online ibu tunggal maksud bantuan ibu tunggal bantuan ibu tunggal rm kematian suami bolehkah istri kematian suami keluar rumah nafkah iddah kematian suami tempoh iddah kematian suami Sakit kencing manis kencing manis sakit kaki kencing manis jangka hayat pesakit kencing manis bolehkah penyakit kencing manis sembuh bacaan kencing manis punca kencing manis dibuang kerja pengiraan pampasan diberhentikan kerja kesalahan yang boleh dibuang kerja swasta surat memberhentikan pekerja bermasalah akta pampasan pekerja diberhentikan mengisi masa lapang contoh mengisi masa lapang manfaat mengisi masa lapang kesan mengisi masa lapang hutang penyatuan hutang penyatuan hutang pekerja swasta keburukan penyatuan hutang penyatuan hutang bagus atau tidak kerja kosong part time kerja kosong part time di rumah kerja kosong kerja tambahan menjana pendapatan cara cari duit lebih cara menjual di ebay Barang Malaysia Yang Laku di eBay keburukan berniaga di ebay produk malaysia yang laku di ebay amran abd hamid penyetpenyet.com dapur penyet borak orang kampung ayam penyet best