Super admin . 20th May, 2024 01:39 PM
Cara penulisan deskripsi produk yang efektif di eBay : Pengenalan
Dalam dunia perniagaan dalam talian, penulisan deskripsi produk yang efektif adalah kunci untuk menarik perhatian pembeli dan meningkatkan jualan.
eBay, sebagai salah satu platform e-dagang terbesar di dunia, menawarkan peluang besar kepada peniaga untuk memasarkan produk mereka kepada jutaan pengguna.
Namun, dengan persaingan yang sengit, penulisan deskripsi produk yang menarik dan informatif adalah penting untuk membezakan produk anda daripada yang lain.
Artikel ini akan mengupas cara-cara untuk menulis deskripsi produk yang efektif di eBay, dengan memberikan tips dan panduan yang praktikal untuk membantu anda mencapai kejayaan dalam perniagaan dalam talian.
Tajuk yang Menarik
Pastikan tajuk produk anda ringkas tetapi padat, mengandungi kata kunci utama yang membantu pembeli mencari produk anda dengan mudah.
Sebagai contoh nya seperti lampu solar di bawah :
Ada 3 kata kunci utama ditulis dalam tajuk ini yang mampu tarik perhatian pembeli iaitu jenis, fungsi dan lokasi untuk kegunaan item
Jenis = LED Solar Light
Fungsi = Motion Sensor (kesan pergerakan), 3 Modes Flood Lamp (3 mode lampu banjir @ lampu sorot)
Lokasi item untuk kegunaan item = Outdoor, dinding jalan, halaman taman
Maklumat Terperinci
Sertakan maklumat terperinci mengenai produk seperti saiz, warna, bahan, jenama, dan model.
Ini membantu pembeli membuat keputusan yang lebih baik.
Seperti yang dilakukan oleh seller di atas
Dengan guna contoh item dari seller yang sama, lihat apa yang ditulis oleh nya
Jelas, terpercinci dan tersusun bukan ?
Anda tak perlu menulis ayat yang meleret leret, berbunga bunga atau panjang berjela jela
TIPS nya, gunakan bahasa dan terma paling mudah faham.
Pendek kata guna kan kata yang biasa diucap orang biasa pada setiap hari
Gambar Berkualiti Tinggi
Gambar adalah elemen penting dalam penjualan dalam talian. Pastikan gambar produk jelas, berkualiti tinggi, dan menunjukkan produk dari pelbagai sudut.
Jika anda lihat dengan teliti, 3 kata kunci utama produk ini sebenarnya ‘bercerita’ di dalam gambar dan grafik
Semua 3 kata kunci utama tadi, iaitu jenis, fungsi dan lokasi kegunaan item diterangkan sebaik mungkin
Ciri-ciri dan Spesifikasi
Nyatakan ciri-ciri unik dan spesifikasi produk dengan jelas. Ini termasuk butiran teknikal yang mungkin penting bagi pembeli.
Kelebihan Produk
Jelaskan kelebihan dan manfaat produk kepada pengguna.
Bagaimana produk ini boleh menyelesaikan masalah atau memenuhi keperluan mereka?
Seperti diterangkan sebelum ini, 3 kata kunci utama yang digarap baik dalam rekaan grafik bergambar tadi, sudah menceritakan segala nya !
Keadaan produk
Nyatakan dengan jelas sama ada produk adalah baru, terpakai, atau diperbaharui.
Jika terpakai, terangkan tahap pemakaian dan sebarang kecacatan yang ada.
Ini penting kerana jika anda bertemu dengan buyer yang cerewet, calar balar yang sedikit pun akan dipertikaikan
Lebih baik anda tulis siap siap bagaimana rupa item dan keadaan nya terutama jika menjual barang terpakai untuk elak pertikaian
Arahan Penggunaan
Jika produk memerlukan cara penggunaan tertentu, sertakan arahan penggunaan yang jelas dan mudah difahami.
Testimoni dan Ulasan
Jika ada, sertakan testimoni atau ulasan daripada pelanggan yang telah membeli produk anda.
Ini membantu meningkatkan kepercayaan pembeli baru.
TIPS. Bagi mendapatkan feedback yang baik, anda boleh buat follow up dengan buyer berkenaan
Dari awal pelanggan mula membeli, anda boleh guna skill customer service untuk update dari masa ke masa lokasi item barang hingga lah ia selamat tiba ke rumah buyer
Ini termasuk memberi mereka nombor penjejakan parcel dan meminta mereka meninggalkan komen positif jika berpuas hati dengan pembelian itu
Feedback yang bagus dari mereka akan terpapar di ruangan kedai eBay anda seperti di bawah :
Polisi Pemulangan dan Jaminan
Nyatakan dengan jelas polisi pemulangan dan sebarang jaminan yang ditawarkan. Ini memberikan keyakinan kepada pembeli untuk membuat pembelian.
Penggunaan Bahasa yang Mudah
Sekali lagi, gunakan bahasa yang mudah difahami dan elakkan jargon yang mungkin tidak difahami oleh semua orang. Pastikan penulisan anda jelas dan bebas daripada kesalahan tatabahasa.
Dengan mengikuti perkara-perkara ini, anda boleh menulis deskripsi produk yang lebih menarik dan efektif di eBay, yang berpotensi meningkatkan jualan anda.
Mahu belajar cara menjual di eBay USA, jom masuk kelas Dr Zul
Di sini anda akan belajar cara menjual di eBay dengan betul dan berkesan
Founder kami, Dr Zul yang juga Top Rated Seller eBay sudah bertapak dalam dunia eBay sejak 2010 lagi
Beliau yang juga Pensyarah Kanan di UTHM kini sedang melatih sesiapa yang berminat untuk belajar bisnes eBay melalui Export Oversea Academy - UTHM
Syarikat spin-off milik UTHM ini sudah melatih lebih 40,000 student dari dalam dan luar negara hingga kini
Secara ringkas, anda akan belajar 5 chapter cara menguasai bisnes di eBay
Iaitu yang pertama cara nak setup akaun eBay (sebelum, semasa dan selepas) hingga akaun berkenaan bersedia untuk menjual
Kedua, adalah langkah mencari barang yang boleh dan tak boleh dijual berdasarkan data
Data ini akan menentukan kadar kejayaan yang tinggi
Caranya adalah kuasai teknik High Demand Low Risk (HDLR) dan RCA
Sekiranya kedua teknik ini dikuasai dengan baik, InsyaAllah 95 peratus barang di kedai eBay boleh terjual
Ketiga, adalah teknik bagi optimum kan potensi kedai eBay kita dilihat dan dilawati oleh buyer
Teknik optimum ini termasuk kenal pasti apa volume search dan kata kunci dicari oleh buyer di eBay
Keempat, adalah proses pemilihan syarikat kurier yang tepat untuk menghantar barang pelanggan ke luar negara
Kelima adalah cara memaksimumkan keuntungan dengan melebarkan bisnes melalui penggunaan gudang di USA
Ini adalah bekal utama bagi seorang seller di bawah bimbingan Dr Zul untuk pecah telur
Seterusnya dapat income dalam USD
Sama seperti apa yang anda lihat di bawah ini
Jika tuan puan sudah bersedia untuk belajar bisnes di eBay
Ini adalah masa yang tepat, bukan semalam atau esok
Takdir tuan puan membaca artikel ini bukan kebetulan
Ia adalah jawapan kepada persoalan yang belenggu tuan puan ketika ini
‘Nak bisnes apa?’
Tuan puan sedia maklum, 9/10 sumber rezeki datang dari
asbab membuat bisnes
Sudah ramai mereka di luar sana yang pernah berada di posisi tuan puan ketika ini
Mereka tercari cari cara raih pendapatan sampingan
Lebih lebih lagi kos hidup kini menekan di kanan dan kiri
Lihat lah apa kata mereka yang sudah pergi ke kelas anjuran Dr Zul
Jangan tunggu lagi tuan puan
Siapa yang mahu tolong diri kita
Kalau bukan diri sendiri
Duit tak datang bergolek
Perlu usaha
Maka bertindak lah sekarang
TEKAN SINI NOW!!>>>Saya nak belajar menjual di eBay<<<
habis//
(foto utama kredit kepada Sellbrite)
BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI
Lagi artikel menarik di bawah
Black Friday Cyber : Ini maksudnya…
10 hot selling product on Amazon 2024
Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay
>>> Nak kerja part time tapi gaji USD ? klik sini<<<