0

Loading ...

6 Cara Mudah Jual Barang di TikTok Shop Vs eBay

Mana yang lebih untung berganda-ganda?

Jual barang di TikTok Shop dan eBay kedua-dua platform ini mempunyai beza tersendiri. Yang pasti kedua-duanya merupakan platform e-dagang yang menjadi trend peniaga masa kini.

Masing-masing mempunyai sebab mengapa memilih platform tersebut. Apa beza kedua-dua platform ini? Jom saya kongsikan.

TikTok ialah platform media sosial berasaskan video pendek sahaja pada mulanya. Tetapi sejak tahun lepas ia menjadi semakin digemari kerana potensi untuk menjadi viral semakin tinggi.

Pengikut pun akan bertambah secara tak langsung apabila video anda masuk FYP.

Algoritma FYP (For Your Page) yang menjadi signature TikTok ini lah yang menjadi tarikan sehingga memberi lonjakan terbesar pada April tahun ini.

TikTok Shop terus mengekalkan trafik yang tinggi mengatasi rangkaian sosial yang lain.

eBay pula merupakan platform e-commerce yang telah wujud sejak sekian lama.

Sama seperti platform e-commerce yang lain, eBay menyediakan medan kepada peniaga menetapkan harga, memaparkan gambar dan menawarkan pelbagai pilihan pembayaran.

Tak hairanlah TikTok Shop hanya mengambil masa selama 4 tahun sahaja sudah mencapai 1 billion pengguna. Berbanding Facebook yang mengambil masa selama 8 tahun. 

Apa yang menarik eBay menyediakan mekanisme lelongan dan tawaran terbaik yang membolehkan barang dapat dijual dengan cepat lebih-lebih lagi jika barang anda tu rare dan unik.

Beza jual barang di eBay , barang akan dijual ke seluruh dunia dan keuntungan daripada barang yang dijual akan diterima menggunakan matawang yang diiktiraf dunia iaitu US Dollar.

Anda percaya tak kalau saya katakan, jadi student pun boleh dapat jualan sehingga 6 angka. Seriouslah!

Ya, betul. Kalau nak tau buat macam mana boleh skrol sampai bawah okey!

Jom saya kongsikan cara jual barang di TikTok vs eBay.

Daftar sebagai seller

Pertama sekali buka aplikasi TikTok dan daftarkan nombor telefon dan emel atau boleh terus daftar menggunakan akaun TikTok anda.

Jika anda ingin daftar sebagai peniaga di eBay pula, boleh terus daftar di sini dengan ikuti langkah-langkah di bawah.

Anda juga perlu daftar akaun payoneer sebagai yuran eBay setelah barang anda terjual. Jangan lupa untuk hubungi bank anda bagi mengaktifkan International Purchase.

Isi Permohonan

Untuk TikTok Shop perlu untuk anda lengkapkan butiran lesen perniagaan SSM yang sah, MyKad atau Passport.

Bagi eBay pula jika anda bercadang untuk menjual dalam kuantiti yang banyak dan kerap, boleh buka akaun perniagaan seperti gambar di bawah ini.

Seterusnya anda perlu memilih ID Pengguna (username) yang akan mewakili anda dalam senarai barang yang dipaparkan kepada setiap pengguna.

Seeloknya gunakan nama ID yang profesional yang menggambarkan bisnes anda.

Contohnya jika anda menjual barang plastik dan hardware anda boleh memilih Plastic & Hardware sebagai nama ID.

Pilih Kaedah Pembayaran

Kemudian anda perlu memilih kaedah pembayaran untuk TikTok Shop anda samada Online Bank, Credit/Debit Card atau COD.

Bagi eBay pula kaedah pembayaran yang disediakan adalah PayPal, Checking Account atau Credit/Debit Card.

Tunggu Keputusan Permohonan

TikTok Shop mengambil masa 1-2 hari untuk mengesahkan permohonan anda. Anda klik pada Profil Penjual untuk pautkan dan aktifkan seller akaun anda dengan log masuk ke akaun TikTok Shop.

Cara Daftar seller TikTok Shop

Listing Barang

Di eBay, selepas anda telah mendaftar boleh terus senaraikan barang yang anda ingin jual termasuk harga dan spesifikasi setiap barang seperti gambar kat bawah ni.

Log masuk ke akaun anda dan klik Sell pada penjuru sebelah kanan sebelah atas untuk mula.

Anda hanya perlu masukkan nama barang yang anda nak jual dalam kotak carian. EBay akan menyenaraikan barang yang serupa yang telah dijual.

Jika anda melihat senarai yang sepadan dengan barang yang anda jual klik Select seperti dalam gambar di bawah.

Seterusnya, anda pilih samada Auction Style atau Fixed Price. Dalam senarai Auction Style pembeli akan membida barang yang dijual sehingga tamat tempoh.

Ebay menawarkan Accept Best Offer kepada pembeli untuk membuat tawaran samada peniaga terima atau tidak.

Walaupun anda boleh tetapkan harga untuk mod Auction Style namun harga tersebut mestilah 30 peratus lebih tinggi dari permulaan.

Fixed Price yang juga dikenali sebagi Buy It Now merupakan kaedah paling sesuai digunakan kerana anda mengetahui harga jualan sesuatu barang yang dijual.

Auction Style boleh bertahan sehingga sepuluh hari manakala Fixed Price akan bertahan sehingga barang dijual dan akan di senarai semula setiap bulan.

Sedia Untuk Pos Barang

Bila dah selesai step dia atas, anda boleh sedia untuk proses pengeposan. Anda boleh rujuk ni kalau nak tau cara pos barang ke luar negara.

Sama juga seperti di TikTok Shop anda perlu respon dengan mesra, pantas dan cekap bagi meningkatkan kepuasan pelanggan dan membantu untuk mendapat feedback yang positif.

Sebagai seorang peniaga anda mestilah konsisten dan sentiasa up to date dengan trend atau perkembangan dalam niche bisnes yang anda pilih.

Sebagai contoh bagi menaikkan jualan di TikTok Shop anda hendaklah sentiasa menghasilkan video dengan konten yang kreatif untuk menarik follower ke TikTok anda.

Berbeza dengan eBay, ada teknik dan trick yang boleh anda lakukan sebagai cara naikkan jualan di eBay

"USAHA SAMA KEUNTUNGAN BERGANDA DENGAN EBAY"

Anda Nak Tahu Macam Mana Nak Start Jual Barang Di eBay?

Latest Post



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Recent Posts

undertale raih RM 111,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

mapcamera raih RM 60,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Harga Tupperware bakal melambung seperti RXZ ?

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Suggested Keywords

Am