Loading

Bila nak pos barang ke luar negara mesti anda terfikir kurier mana yang lebih mudah dan jimat kan?

Sebenarnya, banyak je pilihan khidmat kurier antarabangsa sejak permintaan e-commerce meningkat.

Macam cendawan lepas hujan pun ada!

Kalau anda nak tahu terdapat 2 jenis kurier untuk pos barang ke luar negara. Kurier ekonomi mengambil masa 2 hingga 4 minggu manakala kurier ekspres mengambil masa hanya sehari hingga 7 hari bekerja sahaja.

Tapi ia bergantung kepada kurier yang anda pilih juga!

cara pos barang ke luar negara

Jom saya kongsikan cara nak pos barang ke luar negara dan kurier mana yang lebih sesuai untuk anda.

Barang Dah Siap Untuk Di Pos

Pertama sekali anda kena pastikan barang yang anda pos tu dah siap dibungkus dengan kemas dan mematuhi peraturan eksport dan import negara destinasi.

Kenal pasti kategori dan nilai barang yang anda nak pos.

Contohnya tak boleh pos item yang berbentuk cecair. Ini kerana bahan cecair sangat sensitif untuk melalui proses penghantaran yang panjang. Boleh lihat seperti gambar di bawah barang yang di larang untuk dipos.

Kalau anda nak tahu barang apa yang boleh dijual ke luar negara, mudah untuk anda kelaskan kategori barang yang anda nak pos nanti.

Macam Puan Hasanah Syarif ni, beliau memilih untuk menjual barang berasaskan sejuk beku ke luar negara. Menarik bukan?

cara pos barang ke luar negara

Dokumen Penting

Seterusnya, anda perlu menyediakan dokumen penting. Dah nama pun penting kan!

Apa yang anda perliu sediakan ialah;

invois komersial beserta resit pembelian, permit eksport dan dokumen di bawah kelolaan jabatan tertentu.

Contohnya jabatan farmasi, MAQIS dan sebagainya.

Selain daripada tu dokumen Kastam, penyata bateri, dokumen cukai, dan label penghantaran mengikut peraturan negara destinasi bagi melancarkan proses pengeposan.

Jangan lupa sertakan sekali resit pembelian barang yang anda nak pos beserta invois.

Lebih baik anda search awal-awal tentang maklumat dokumen ni.

Kalau tak menyesal di kemudian hari!

Kalau anda nak pos barang ke luar negara guna Easy Parcel pun mudah.

Pilih Perkhidmatan Penghantaran

Pilih syarikat perkapalan atau kurier yang boleh pos barang yang anda jual ke negara destinasi. Bandingkan dengan pilihan kurier lain dan semak kos pos luar negara, masa penghantaran dan jaminan penghantaran.

Pembungkusan

Bungkus barang yang nak dipos dengan selamat dan mengikut garis panduan pembungkusan antarabangsa. Jangan lupa labelkan dengan jelas alamat pengirim dan penerima.

Pengisytiharan Kastam

Lengkapkan borang pengisytiharan kastam dengan tepat termasuk maklumat jenis, nilai dan kuantiti barang yang anda nak pos.

Pastikan anda membayar cukai yang berkaitan dan duti import jika diperlukan.

Penghantaran dan Penjejakan

Pos barang menggunakan syarikat perkapalan yang dipilih. Pantau penghantaran dengan tracking number yang disediakan.

Follow-Up Status Penghantaran

Akhir sekali, pantau status penghantaran dan hubungi syarikat perkapalan jika terdapat sebarang masalah atau kelewatan.

Jika anda tak pasti atau mempunyai soalan, berunding dengan pihak berkuasa yang berkaitan atau pakar eksport/import untuk mendapatkan panduan yang lebih terperinci dan tepat.

Saya kongsikan di sini kurier yang menjadi pilihan untuk anda pos barang ke luar negara. Antaranya adalah : 

Pos Laju Malaysia

Jika anda pertama kali pos barang ke luar negara, kurier ini sesuai untuk anda. Anda tak perlu membuka akaun pun!

Flexipack International terbahagi kepada dua . Ada yang berwarna biru dan ada yang berwarna magenta.

Magenta untuk dihantar ke negara Asean seperti Hong Kong, Vietnam, Indonesia, Kemboja, Laos, Myanmar, Filipina, Singapore dan Thailand.

Manakala warna biru pula untuk dihantar ke negara selain Asean contohnya seperti USA, Kanada, Australia dan UK. 

cara pos barang ke luar negara

Kos Penghantaran Laju Malaysia

Kurier ini baru sahaja beroperasi semula. Kos penghantaran bergantung kepada saiz (berat) barang yang anda pos.

Anda perlu tahu, tak semua cawangan pejabat Pos Malaysia mempunyai Flexipack International ini terutama sekali yang berwarna biru.

Nak lagi mudah anda boleh dapatkannya di cawangan pejabat pos yang berdekatan yang menyediakan khidmat ini atau boleh order secara online di laman web Pos Malaysia

Sejak pandemik Covid 19, kadar tambahan untuk Flexipack International ini telah diperkenalkan iaitu sebanyak 10%. Walau bagaimanapun ia tertakluk kepada berat barang yang anda pos tu.

Singapore Post

Selain daripada Pos Malaysia, Singapore Post juga menjadi pilihan untuk pos barang ke luar negara kerana kelebihannya anda hanya boleh tunggu sahaja di rumah atau pejabat anda tim mereka akan ambil.

DHL Ekspress

Seperti kurier antarabangsa lain yang menyediakan khidmat pos barang ke luar negara, dengan DHL Express juga anda boleh check kadar tarif ekspedisi ke negara yang anda pilih.

Anda hanya perlu mendaftar dengan membuka akaun untuk proses yang lebih mudah dan menjimatkan!

pos barang ke luar negara

Anda Nak Tahu Bagaimana Pos Barang Ke Luar Negara Boleh Jadi Side Income?

Leave a Reply

Your email address will not be published.