Super admin . 4th Dec, 2023 07:30 AM
Masalah kos sara hidup yang tinggi menyebabkan ramai yang cari kos transport lebih jimat dan mudah
Mereka tertekan dan mencari apa apa sahaja jalan yang boleh untuk berjimat cermat
Kenaikan kos sara hidup ini ada kaitan secara langsung dengan kenaikan harga barang keperluan
Apa yang kita perasan, kenaikan harga barang ini akan berjangkit ke barang barang yang lain
seperti alat ganti kereta hingga ke tisu pun naik harga
Penjual sudah tentu tak mahu tanggung dan akan pindah kan kos nya kepada kita sebagai pembeli
Kesan domino ini sudah tentu bagi kesan kepada mereka yang menjadi ketua keluarga
Sebagai solusi macam macam cara mereka buat supaya duit yang ada boleh bertahan
hingga ke hujung bulan
Nah di bawah ini kami kongsi kan beberapa langkah mesra dompet
termasuk cara nak jimat kos transport
Dari dahulu, public transport jadi pilihan lebih murah untuk ke mana mana
Namun ia hanya function untuk mereka yang tinggal di kawasan bandar
kerana liputan servis yang lebih banyak dan kerap jika nak banding kawasan luar bandar
Contohnya bandar bandar besar seperti KL, JB dan Penang
Dan untuk pengguna di kawasan KL dan Lembah Klang
sila beli pas travel bulanan unlimited berharga RM50 yang boleh diguna selama sebulan
Apakah My50 dan apakah faedahnya?
My50 ialah pas travel tanpa had yang menawarkan 30 hari perjalanan
tanpa had di Rapid KL LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan
perkhidmatan bas pengantara MRT di Lembah Klang. Pasting cara ini memang murah, mudah dan jimat kos transport.
Cuma yang tak best, My50 ini tidak boleh guna untuk naik KTM Komuter dan ERL sebab mereka ini bukan geng Rapid.
Bagi Pulau Pinang, My50 Mutiara Pass menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had untuk semua rakyat Malaysia
dengan perkhidmatan bas Rapid Penang. Baca lanjut macam mana nak beli pass My50 di sini
Rapid juga bagi solusi kepada mereka yang nak pergi kerja tapi kena bawa kereta sendiri dahulu keluar dari kawasan rumah
Dan baru boleh naik bas, Park & Ride ada disediakan di stesen stesen tertentu.
Selain dari My50, pengguna juga boleh gunakan kemudahan kad Touch n Go, kerana kadar tambang yang lebih murah
Lebih lagi sekarang kad TnG sudah dilengkapi teknologi NFC yang boleh
mudahkan pengguna topup kad guna TnG eWallet.
Kad ini bukan setakat diguna untuk bayar tambang bas dan train
Malah boleh guna untuk bayar macam macam seperti tol, parking selain
beli belah di mana sahaja kedai yang terima bayaran guna TnG.
Nak tahu lebih lanjut, boleh baca di sini
Bagi orang Johor, kerajaan negeri beri servis Bas Muafakat Johor secara PERCUMA
Nak tahu route mana dan pukul berapa bas itu beroperasi, sila klik di sini
Baik, kalau pengguna yang nak guna taxi, ia boleh diguna jika tak mahu atau tak boleh pandu sendiri ke lokasi dituju
Caj nya adalah lebih mahal jika guna waktu orang pergi balik kerja
Inilah waktu puncak dan buat jalan jem yang amat
Namun, jika bernasib baik, pengguna boleh dapat rate istimewa dan diskaun.
Kita ada macam macam provider di negara ini, Grab, MyCar Passenger, Mula, EzCab, Dacsee, Jom Rides.
Baca di sini untuk tahu kelebihan dan kekurangan provider disebutkan di atas.
Selain dari itu, servis teksi sapu pun ada, tapi hati hati teksi sapu ini tiada coverage insuran kalau apa apa jadi pada passenger
Ibarat mati katak.
atau dalam bahasa mudah, kongsi kereta tontong minyak untuk jimat kos transport selalu guna konsep ini kawan satu tempat kerja
Ini adalah pilihan paling jimat jika satu kumpulan (ikut kapasiti kenderaan)
punya tujuan yang sama dan balik pada waktu yang sama
Guna motosikal lah paling jimat duit, jimat masa lagi lagi kalau duduk bandar KL
Namun risiko mereka yang jadi penunggang motosikal ini semua sedia maklum adalah tinggi
Untuk terbabit dalam kemalangan di jalan raya berbanding mode transport yang lain
Tapi , nak buat macam mana kan, sebelum keluar rumah tu
bacalah doa siap siap, moga perjalanan selamat dan diberkati
Kalau jarak ke lokasi tujuan itu dekat, guna basikal lebih lah jimat
tak perlu keluar duit untuk isi petrol, cuma keluar peluh dan lebih sihat
Cuma jika nak guna mode transport roda dua di atas
Tolong lah lengkapi diri dengan topi keledar dan baju pantul cahaya
Ia bantu pengguna jalan raya lain alert kehadiran kita
terutama jika cuaca hujan, berkabus atau gelap.
Dan paling last, kalau larat, jalan kaki jela sis, bro, adik
Dah kira habis jimat dah ni
Sihat pun dapat
Selain dari pilihan bas, teksi, tren, carpool, motosikal dan basikal, anda boleh jimat duit dengan cara di bawah
Tiba tiba kawan ajak tengok wayang, kita follow, tiba tiba tengok orang healing healing tepi pantai, kita pun nak healing
Nak buat boleh, tapi rancang dahulu dengan bajet yang ada, sebab walau kos nya kecil tetapi jika kerap dibuat, makan modal dik.
Jangan ler sibuk nak keluar waktu jem, jangan ler sibuk keluar waktu jem, waktu orang pergi dan balik kerja
Kalau bukan kerana tugas, elak keluar waktu ini, sebab ia akan makan masa, kurangkan produktiviti sebab kita stuck dalam jem
Malah kalau naik Grab misalnya, kadar waktu puncak mahal nak mam%^&* ooo
Biasa student, warga emas, OKU dapat insentif ini jika guna mode transport awam, anda boleh rujuk kaunter sebelum naik bas, teksi atau tren.
habis//
Lagi kisah bantu jimat duit di bawah
Download eBook eBay PERCUMA di sini
>>> Klik sini untuk cara JIMAT DUIT dan dapat INCOME 4 X GANDA<<<