Loading

duit online

Cara cari duit online ni senang sahaja untuk yang tahu

Yang tak tahu confirm kata susah, betul tak?

Sebab apa kita nak cari duit online?

Mesti sebab utamanya sebab duit gaji bulan bulan tak cukup kan

Mana nak bayar itu mana nak bayar ini

kusut jadinya, jadi macam gali lubang tutup lubang

Tak kan lah nak jadi macam tu sampai kita padam nanti

Kita ni tak ubah macam tikus makmal

Yang atas kaya raya, yang bawah papa kedana

Itu untuk orang makan gaji, untuk student pun zaman now

macam macam nak kena beli

Nak kata bazir tak ada juga, duit PTPTN habis duk beli barang belajar

Nak joli pun tak ada

So kena lah cari jalan macam mana nak dapat duit secara mudah kan

Salah satu cara paling mudah zaman now adalah kita guna internet

Ramai dah jadi kaya raya atau dapat hidup senang

sebab bijak ambil dan aplikasikan ilmu yang mereka dapat dari ineternet

kalau suri rumah, tak perlu la hempas pulas buat kuih muih sebab nak cari duit tambah

begitu juga kalau anak anak yang jaga orang tua sakit di rumah

masih boleh jaga dan buat kerja secara online untuk dapat income

so tak nak bebel panjang, jom saya kongsi tips cari duit secara online

yang paling mudah, senang dan bila bila masa boleh mula

Cari duit guna Affiliate Marketing

duit online

Affiliate marketing adalah kaedah paling popular untuk mendapatkan wang melalui internet

Anda hanya perlu rajin untuk promosi produk atau perkhidmatan di platfom media sosial masing masing

Dan tunggu dapat komisyen apabila ada yang beli dari link yang anda beri

Banyak syarikat buat affiliate marketing dan hanya ada tinggal pilih yang sesuai dengan niche atau minat anda.

Untuk bermula, anda kena buat akaun di media sosial, seperti Tik Tok, Facebook, Instagram, You Tube dan lain lain

Sebab itu ramai anak orang tak kira tua atau muda nak jadi content creator atau influencer, sebab boleh dik, hehe, sebab duit lah

Kalau boleh pilih produk dan servis yang tulen dan tak menipu, sebab kalau lah anda main sembarangan sauk je apa yang ada

Kalau terjadi isu isu berbangkit, sikit tak banyak, kepercayaan orang ramai pada anda boleh hilang

Tetapi andai kata tapisan sudah siap siap anda buat, lebih ramai akan percaya dan tunggu anda review sebab mereka tahu, anda jujur

So lama lama anda tak payah susah susah cari produk atau perkhidmatan, ada syarikat lain yang akn cari anda

sebab anda adalah influencer fenomena , gituh, tengok Khairul Aming sudah

Kedai online pun buat duit

Kalau dah anda sudah biasa niaga, apa kata terus je buka kedai online dalam

 Shoppe, Lazada, atau yang tengah viral sekarang, kedai eBay seperti Dr Zul,

 yang kisahnya tular sebab jadi jutawan pada usia 29 tahun

dengan jual daun ketapang kering je. Klik sini untuk tahu lebih lanjut.

Dengan buka kedai online ini anda boleh jual produk fizikal, muat turun digital atau buat dropship tanpa perlu pegang stok.

Untuk berjaya dalam laman e-Dagang seperti eBay, adalah penting untuk fokus pada niche dan pembeli khusus.

Anda boleh buat kajian sendiri guna google atau apa apa sahaja aplikasi yang boleh bantu anda kenal pasti apa produk high demand dan trend popular

Invest sikit duit untuk dapat kan gambar dan video yang bila pembeli tengok’

Eh rasa terpikat dan terus nak beli je.

Jangan lupa buat strategi pemasaran yang berkesan, seperti iklan dalam media sosial dan e-mel

untuk capai lebih banyak trafik pengguna dan jana jualan.

Influencer

Pernah tengok laman Facebook macam Rizal Hakim tak atau yang tengah famous sekarang ini blogger seperti Che Nom yang ajar masak masak tu

Depa ni, bukan saja saja share content sebab banyak masa terluang, sebab depa ni bijak dan ada ilmu

Depa tahu melalui blog depa boleh generate revenue dari trafik yang singgah ke channel depa

Kat situ lah, blog depa buat duit, ala senang nak bagi faham, anggap hampa semua tengah layan TV, tiba tiba macam macam iklan duk lalu

Tengah sedap sedap layan drama best ke konsert best ke, time tu lah iklan sibuk lalu

Hah lebih kurang macam itulah depa dapat income, ada iklan ada gaji, sebab tu content depa power power

Tu belum yang blog depa sponsored by company company nak tumpang sekaki buat promo, harga slot pun dah lain

Dalam depa dapat sponsored tu, depa pun buat affliate marketing jual barang dan servis company tu

Nak main dalam game ini pastikan anda ada knowledge dalam SEO, hah yang ini hampa boleh google na

Ada masa cek buat story pasal SEO ini insyaallah

Yang penting, betul la orang cakap Knowledge is Power, Content is King

Freelancer

Freelancer zaman sekarang ini sudah jadi perkara biasa jika nak banding situasi 10 tahun lepas

Antara kebaikan jadi freelancer ini adalah masa itu milik kita, kita yang kena pandai urus

Malah upah yang dapat juga boleh tahan setimpal dengan kerja dilakukan

Banyak syarikat zaman ini suka upah freelancer bagi buat apa apa kerja yang mereka tak boleh atau malas nak buat

Upah sahaj yang pakar, kualiti dapat jimat pun dapat

Penulis, pereka grafik, pembangun laman web atau marketer adalah antara yang paling ramai jadi freelancer

Untuk mula kan kerjaya ini yang penting kita sudah bina portfolio dari hasil pekerjaan sebelum ini

Lagi kisah menarik di bawah

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.