Super admin . 7th May, 2024 02:13 PM
Asid sulfurik buat Faisal mengadu sakit terbakar dalam kulit, mengerang kesakitan Allahuakbar
Menurut laporan Sinar Harian, KEADAAN pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim dilaporkan berada dalam keadaan kritikal
Ia susulan kesan asid yang disimbah kepadanya dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, Faisal ketika ini
sedang dipantau rapi dan akan menjalani beberapa pembedahan lagi.
"Sedih saya melihat keadaannya ketika ini, kerana dia ada beritahu bahawa terasa sakit seperti terbakar di
dalam kulit dan mengerang kesakitan," katanya.
Sebelum ini, Faisal telah disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali dan dikejarkan ke sebuah hospital
swasta di Petaling Jaya pada Ahad sebelum dipindahkan ke hospital di Shah Alam.
Pada awalnya tahap kelecurannya berada pada tahap dua, namun tindak balas asid yang kuat menyebabkan
tahap kelecuran pada badan pemain itu meningkat berada pada tahap empat selepas pembedahan pertama. - Sinar Harian
Penulis tumpang sedih dengan keadaan Faisal ketika ini, dari satu sisi ia tunjuk betapa bahaya nya asid sulfurik terhadap tubuh badan kita
Boleh undang maut, Faisal yang mula alami nya kelecuran di tahap 2, kini sudah menjadi tahap 4 dan kritikal
Faisal mengadu sakit terbakar dalam kulit dan mengerang kesakitan Allahuakbar
Apa yang merasuk fikiran pelaku ini, adakah mental nya sihat?
Siap ucap good luck kepada mangsa sebelum menyimbah asid berkenaan
Kita sama sama doakan Faisal sembuh secepat mungkin dan pelaku nya ditangkap dan didakwa di mahkamah hendak nya
Ini adalah sekian kali nya kes simbah asid terjadi di negara ini
Pada Disember 29, 2023 Harian Metro melaporkan
Kuala Lumpur: "Sudah hampir dua bulan anak menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh dan sudah menjalani lapan kali pembedahan bagi memulihkan tisu kulit serta menyelamat matanya.
Itu kata Azman Shah Mohammad, 43, bapa kepada remaja, Nadia Fasha Qistina, 19, yang mengalami kecederaan parah selepas disimbah asid ketika pulang dari kerja di Denai Alam pada 8 November lalu.
Menurut Azman, ketika kejadian itu anaknya baru enam hari bekerja di sebuah klinik di situ dan dia disimbah asid oleh seorang lelaki menyamar sebagai pekerja e-hailing yang kemudiannya melarikan diri.
"Kejadian menyebabkan anak mengalami kecederaan teruk di muka dan badan serta kakinya sehingga terpaksa menjalani lapan kali pembedahan.
"Harga sekeping tisu kulit mencecah RM4,000 dan saya sudah membayar RM32,000 untuk membeli lapan keping tisu kulit," katanya ketika dihubungi malam ini.
Azman yang hanya bekerja peniaga burger berkata, selain itu setiap minggu dia juga perlu membayar RM1,600 untuk membeli bactrigas yang berfungsi seperti pembalut yang mana semua ini perlu dibeli sendiri.
Dalam pada itu, menurut laporan KOSMO! Pada 6 Julai 2023
GOMBAK – Sepasang suami isteri cedera akibat disimbah sejenis cecair didakwa asid ketika berada di dalam lif Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves, di sini, semalam.
Kejadian itu dikongsikan menerusi satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik menerusi hantaran di Facebook Khairy Adli, hari ini.
Menurut Khairy, mangsa yang juga pemilik restoran terkenal di Selayang melecur teruk di bahagian mata dan badan akibat perbuatan tersebut.
Difahamkan, seminggu sebelum kejadian, kedai makan mereka hangus terbakar dipercayai angkara perbuatan khianat akibat tidak puas hati pihak lain.
“Keluarga sahabat saya. Tragedi simbah asid di Pangsapuri Laksamana Jaya, peniaga suami isteri kena serang didakwa kerana dengki.
“Seminggu sebelum kejadian, kedai mangsa dibakar habis (hangus) 100 peratus. Kemudian semalam (Rabu) mangsa disimbah asid. Mata dan badan melecur,” katanya dalam hantaran tersebut.
Khairy mendakwa, meskipun ini bukan kali pertama keluarga terbabit ditimpa musibah, namun baginya perbuatan menyimbah asid itu dsifatkan agak keterlaluan.
“Bukan sekali dua benda macam ini terjadi kepada mangsa, tapi mereka bangun dan masih (teruskan) berniaga, tak sangka dah sampai main bakar kedai dan simbah asid.
“Harap polis cepat buat kerja. Selayang adalah kawasan panas untuk (melakukan) jenayah,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Apa yang boleh diperhatikan adalah mangsa akan alami kerosakan tisu kulit dan organ yang terkena simbahan asid sulfurik itu
Seperti kes adik Nadia Fasha Qistina, keluarga nya terpaksa mengeluarkan belanja besar cecah puluhan ribu ringgit hanya untuk membeli lapan keping tisu kulit
Penulis percaya, Faisal dan mangsa suami isteri di atas turut mengalami nasib sama, tisu kulit dan organ mereka yang terjejas dan rosak perlu segera diganti
Soal nya di sini, harga nya bukan nya murah, sekeping tisu kulit pada tahun lalu sudah cecah harga RM4,000 sekeping
Itu tak termasuk kos gantian organ terjejas dan kesan emosi serta tekanan kewangan keluarga mereka
Sebab itu, isu simbahan asid ini bukan boleh dianggap ringan kerana bahana jika disalah guna
Jom kita ambil tahu serba ringkas fakta mengenai tisu kulit
1. **Struktur Kompleks**: Tisu kulit adalah lapisan terluar tubuh manusia dan haiwan yang terdiri daripada sel-sel kompleks yang berfungsi sebagai pelindung terhadap kerosakan fizikal, bakteria, dan virus.
2. **Pelbagai Jenis Sel**: Terdapat pelbagai jenis sel dalam tisu kulit, termasuk sel epidermal yang membentuk epidermis, melanosit yang bertanggungjawab untuk pigmen kulit, dan sel Langerhans yang berperanan dalam sistem imun.
3. **Regenerasi**: Tisu kulit mempunyai kemampuan regenerasi yang tinggi, di mana sel-sel yang mati di permukaan kulit akan digantikan dengan sel-sel baru yang dihasilkan dari lapisan bawah.
4. **Penghalang**: Tisu kulit berfungsi sebagai penghalang yang menghalang kehilangan air dan elektrolit dari dalam tubuh, serta menghalang masuknya bahan kimia dan mikroorganisme berbahaya.
5. **Penghasilan Vitamin D**: Di bawah pengaruh sinar UV dari matahari, tisu kulit berperanan dalam sintesis Vitamin D, yang penting untuk kesihatan tulang dan sistem imun.
6. **Peranan Sensori**: Tisu kulit mengandungi reseptor sensori yang sensitif terhadap sentuhan, tekanan, suhu, dan kesakitan, memungkinkan badan untuk berinteraksi dengan persekitaran.
7. **Termoregulasi**: Tisu kulit membantu dalam pengaturan suhu badan melalui proses seperti berkeringat dan vasodilatasi, di mana pembuluh darah dekat permukaan kulit melebar untuk melepaskan haba.
8. **Penyimpanan Lemak**: Lapisan bawah kulit, dikenali sebagai subkutan, mengandungi sel-sel lemak yang berfungsi sebagai lapisan insulator dan simpanan tenaga.
9. **Penghasilan Sebum**: Glandula sebasea yang terletak di dalam tisu kulit menghasilkan sebum, sejenis minyak yang melindungi dan melembapkan kulit serta rambut.
10. **Penampilan dan Identiti**: Tisu kulit mempengaruhi penampilan individu melalui ciri-ciri seperti warna, tekstur, dan keanjalan. Sidik jari yang unik, yang juga terbentuk oleh tisu kulit, adalah penting untuk identifikasi peribadi.
Bagi eBay seller, produk produk ini sebenar nya tidak akan dijual secara terbuka kepada umum di eBay kerana terikat dengan undang undang dan peraturan eBay
Menurut laman rasmi eBay
Hazardous materials policy
Bahan berbahaya seperti karsinogen, bahan mudah terbakar, prekursor letupan, bahan kimia penipisan ozon, racun, bahan radioaktif dan barang yang mengandungi atau membebaskan bahan tersebut secara amnya dilarang di eBay.
Racun perosak dihadkan seperti yang digariskan dalam dasar Racun Perosak kami .
Dasar ini mencerminkan komitmen kami terhadap keselamatan pengguna kami dengan mematuhi peraturan kerajaan untuk penjualan dan pengangkutan barangan berbahaya dengan tegas.
Karsinogen
karbon tetraklorida (dan sebarang produk yang mengandunginya), klorobromometana, klorofluorokarbon (CFC), halon, hidrobromofluorokarbon (HBFC), metil bromida dan metil kloroform
hidroklorofluorokarbon (HCFC)
Bahan mudah terbakar seperti serbuk hitam, penutup untuk pistol mainan, fius letupan, bunga api, sasaran meletup, suar, kertas kilat, fosforus merah, petrol, Thermite
Dinitrophenol (DNP) dan sebarang produk yang mengandunginya (seperti suplemen penurunan berat badan)
Prekursor bahan letupan termasuk serbuk aluminium, ammonium nitrat, kalsium ammonium nitrat, kalsium nitrat, hidrogen peroksida melebihi 12% berat mengikut berat (carbamide peroksida melebihi 34% mengikut berat),
magnesium nitrat hexahydrate, serbuk magnesium, asid nitrik, nitromethane, nitro-fuel, kalium klorat, kalium nitrat, kalium perklorat, natrium azida, natrium klorat, natrium nitrat, natrium perklorat, asid sulfurik dan urea nitrat
Metilena klorida (diklorometana) dan cat atau produk penyingkiran salutan yang mengandunginya, seperti Formby's Furniture Refinisher
Bahan penyejuk pengganti yang tidak diluluskan oleh EPA
Bahan bukan penipisan ozon dengan potensi pemanasan global yang tinggi: hidrofluorokarbon (HFC)
Racun
Bahan radioaktif
Sesetengah produk dilarang oleh pembawa penghantaran atau mempunyai sekatan pada jenis kaedah penghantaran yang boleh digunakan. Contohnya, sesetengah jenis bateri tidak boleh dihantar melalui mel udara. Ketahui lebih lanjut tentang perkara yang layak sebagai bahan berbahaya di sini
.Untuk menjual item terhad, penjual mesti mengikut semua garis panduan pembawa penghantaran dan menyatakan sekatan penghantaran yang berkenaan dalam perihalan item
Sekatan Penghantaran Global FedEx dan Barang Larangan
Senarai UPS Barang Larangan dan Terhad untuk Penghantaran
Larangan dan Sekatan Penghantaran Domestik USPS
Aktiviti di eBay dikehendaki mematuhi dasar ini, Perjanjian Pengguna eBay dan semua undang-undang yang berkenaan, serta menghormati hak pihak ketiga.
Jika tidak, eBay mungkin mengambil tindakan yang konsisten dengan undang-undang yang terpakai dan Perjanjian Pengguna eBay , malah mungkin dikehendaki dari segi undang-undang untuk berbuat demikian.
Tindakan sedemikian mungkin termasuk, sebagai contoh sahaja: Mengalih keluar penyenaraian atau kandungan lain, mengeluarkan amaran, menyekat aktiviti atau penggantungan akaun.
Jadi moral nya di sini, kepada mereka di luar sana, negara ini punya undang undang
Jangan kerana marah kan nyamuk kelambu dibakar
Jika ada isu yang berbangkit, meja rundingan selalu nya adalah jalan keluar terbaik
Jangan lah menyesal di kemudian hari jika tertangkap perkara yang melampaui batas
Orang kata sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna
Buat Faisal, penulis doakan anda sembuh hendak nya dan pelaku nya dapat balasan setimpal
Kepada seller eBay pula, jika mahu selamat, WAJIB ikut garis peraturan dan undang undang ditetapkan eBay
Masih banyak produk produk lain yang sebenarnya boleh beri manfaat dan kebaikan kepada pengguna
Apa kata anda baca artikel di bawah ini
TEKAN SINI NOW!!>>>Saya nak belajar menjual di eBay<<<
habis//
(sumber gambar Google)
BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI
Lagi artikel menarik di bawah
Black Friday Cyber : Ini maksudnya…
10 hot selling product on Amazon 2024
Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay
>>> Nak kerja part time tapi gaji USD ? klik sini<<<