0

Loading ...

9 produk hot demand pada musim luruh di eBay USA

Musim luruh bakal menjelma 119 hari lagi di Amerika Syarikat (USA) 

Dikenali dengan perubahan warna daun dari hijau kepada pelbagai warna seperti kuning, oren, merah, dan ungu.

Fenomena ini dikenali sebagai "foliage" dan merupakan tarikan utama bagi pelancong.

Suhu mula menurun dari panas musim panas menjadi sejuk, membuatkan cuaca lebih nyaman dan menyegarkan.

Durasi siang hari menjadi lebih pendek dan malam menjadi lebih panjang seiring dengan berjalannya musim luruh ke musim sejuk.

Penduduk dan pelancong mula memakai pakaian berlapis termasuk jaket, sweater, seluar panjang, dan

aksesori seperti syal dan sarung tangan untuk mengekalkan kehangatan.

Musim luruh dan sejuk di Amerika Syarikat merupakan masa untuk perayaan besar seperti Halloween,

Thanksgiving, Krismas, dan Tahun Baru, yang membawa keceriaan dan tradisi keluarga.

Terdapat pelbagai makanan musiman yang menjadi kegemaran seperti labu (pumpkin), epal, dan hidangan berintikan kekacang.

Pencuci mulut seperti pai labu dan pai epal adalah sangat popular.

Musim luruh adalah masa yang sesuai untuk aktiviti luar seperti berkelah, mendaki, dan berkhemah sebelum suhu menjadi terlalu sejuk.

Musim luruh juga dikenali sebagai musim menuai, di mana petani memetik hasil tanaman mereka dan banyak

festival menuai diadakan untuk meraikan nya.

Banyak spesies burung bermigrasi ke selatan mencari kehangatan, menyediakan peluang untuk pemerhatian burung yang unik.

Menuju akhir musim luruh, beberapa kawasan di Amerika Syarikat, terutama di utara, mungkin mengalami salji

pertama, menandakan permulaan musim sejuk dan aktiviti musim sejuk seperti ski dan snowboarding.

Bagi seorang seller eBay, perubahan musim ini juga tanda nya permintaan terhadap barang barang berkaitan meningkat

Boleh dikatakan ini adalah produk yang sentiasa dapat permintaan apabila musim luruh dan sejuk tiba di USA

Berikut kami senaraikan 9 kata kunci produk musim luruh yang trending di eBay USA dari 1 Julai

hingga 30 November 2023 untuk rujukan

Musim luruh Portable Heater dapat jualan tertinggi

Portable Heater laku pada musim luruh dan sejuk di USA

Pemanas mudah alih boleh alih dengan mudah dari satu bilik ke bilik yang lain, sesuai untuk

ruangan yang perlu kan pemanasan sementara atau tambahan.

Terdapat macam macam jenis pemanas mudah alih seperti pemanas elektrik, pemanas gas, pemanas minyak, dan pemanas infra merah, masing masing dengan kelebihan tersendiri.

Pemanas mudah alih sering dilengkapi dengan termostat yang boleh laras untuk kawal suhu bilik, menjadikan ia selesa dan jimat tenaga.

Model-model terbaru lengkap dengan ciri ciri safety seperti pemutus litar automatik jika pemanas

terlalu panas atau jika terjatuh, untuk elak risiko kebakaran.

Dibandingkan dengan pemasangan sistem pemanasan tetap, pemanas mudah alih biasa nya babit kos yang rendah, ia adalah pilihan yang ekonomik.

Pemanas mudah alih tidak perlu banyak penjagaan

Pembersihan filter dan pemeriksaan komponen sudah memadai untuk menjaga prestasi nya.

Data Terapeak di atas menunjukkan trend jualan produk portable heater pada tahun lalu di eBay US

Data Terapeak di atas adalah trend jualan produk portable heater pada tahun lalu di eBay US

54,166 unit terjual USD 3.1 juta @ RM 14.8 juta dengan harga purata seunit adalah USD 57.98 @ RM 275.90 sen

Musim luruh : Blanket throw jadi produk hot demand

Blanket throw laku pada musim luruh dan sejuk di USA

Blanket throw adalah selimut hiasan yang biasa nya lebih kecil dari selimut biasa dan sering kali

diguna untuk tambah elemen dekoratif di atas sofa, kerusi, atau hujung katil.

Selain sebagai hiasan, blanket throw juga beri kehangatan dan keselesaan ketika bersantai di ruang tamu atau bilik tidur.

Biasanya diperbuat dari bahan seperti kapas, bulu domba, akrilik, poliester, atau campuran

bahan lain yang beri tekstur dan kehangatan.

Sesetengah blanket throw direka untuk musim, seperti yang lebih tebal untuk musim sejuk

dan yang lebih nipis untuk musim panas.

Blanket throw sering dibuat sebagai hadiah yang praktikal dan bergaya, sesuai untuk pelbagai majlis seperti

pernikahan, housewarming, atau sebagai hadiah Krismas

Selain kehangatan, blanket throw dapat bangkit rasa aman dan kurang kan stres,

serupa dengan konsep 'comfort object' atau objek yang berikan keselesaan emosional.

Data Terapeak di atas menunjukkan trend jualan produk Blanket throw pada tahun lalu di eBay US

Data Terapeak di atas adalah trend jualan produk blanket throw pada tahun lalu di eBay US

32,031 unit terjual USD 4.2 juta @ RM 20 juta dengan harga purata seunit adalah USD 23.70 @ RM 112.78 sen

Musim luruh ramai perlu kan Scarves

Scarves laku pada musim luruh dan sejuk di USA

Selendang adalah aksesori fesyen yang popular yang boleh dipakai oleh lelaki dan wanita untuk elemen gaya pada pakaian mereka.

Diperbuat dari jenis bahan seperti sutera, kapas, wol, dan sintetik, yang menawarkan keselesaan dan tekstur yang berbeza.

Selendang boleh dipakai dalam semua musim. Pada musim sejuk, selendang yang tebal seperti yang diperbuat dari wol dapat beri kehangatan

Manakala pada musim panas, selendang nipis beri perlindungan dari sinar matahari tanpa menambah panas.

Selain dari menjadi aksesori fesyen, selendang juga boleh lindungi pemakai nya dari sejuk, angin, dan debu.

Selendang sering dijadikan sebagai hadiah yang elegan dan praktikal untuk pelbagai majlis kerana mudah dipadankan dan sesuai untuk semua usia.

Dengan meningkatnya kesedaran tentang fesyen lestari, selendang yang diperbuat dari bahan bahan organik dan mesra alam semakin popular

Mempromosikan produk ini dan tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar.

Data Terapeak di atas menunjukkan trend jualan produk scarves pada 2023 di eBay US

Data Terapeak di atas adalah trend jualan produk scarves pada tahun lalu di eBay US

82,092 unit terjual USD 1 juta @ RM4.8 juta dengan harga purata seunit adalah USD 12.48 @ RM 59.38 sen

Musim luruh, manusia perlu Winter jacket, anjing juga perlu baju sejuk

Baju sejuk untuk anjing paling laku pada musim luruh dan sejuk di USA berbanding winter jacket manusia

Jaket musim sejuk dirancang dengan bahan penebat seperti bulu angsa atau bahan sintetik untuk simpan haba badan dan kekal suhu badan yang selesa dalam cuaca sejuk.

Kebanyakan jaket musim sejuk ada ciri tahan air dan angin untuk lindungi pemakai dari elemen luar seperti hujan, salji, dan angin kencang.

Lapisan luar jaket biasa nya diperbuat dari bahan tahan lasak seperti nylon atau polyester yang juga membantu melindungi daripada kerosakan dan memanjangkan jangka hayat jaket.

Banyak jaket musim sejuk dilengkapi dengan hood yang boleh dilepas atau tetap, yang bantu lindungi kepala dan telinga dari sejuk dan angin.

Jaket musim sejuk sering miliki banyak poket, termasuk poket luar yang mudah diakses dan poket dalaman yang selamat untuk menyimpan barang-barang seperti dompet, telefon, dan kunci.

Cuff yang Boleh Laras halang sejuk masuk melalui pergelangan tangan dan memberi pemakai pilihan untuk memakai sarung tangan dengan lebih selesa.

Zip yang tahan air adalah ciri penting pada jaket musim sejuk, pasti kan kelembapan tidak masuk melalui bukaan zip semasa hujan atau salji.

Data Terapeak di atas menunjukkan trend jualan produk winter jacket pada 2023 di eBay US

Data Terapeak di atas adalah trend jualan produk winter jacket pada tahun lalu di eBay US

820,484 unit terjual USD 45 juta @ RM214 juta dengan harga purata seunit adalah USD 54.60 @ RM RM 259.82 sen

Winter boots juga laris ketika musim luruh

Winter boots laku pada musim luruh dan sejuk di USA

Winter boots sering dirancang dengan bahan yang tahan air untuk elak kaki basah akibat salji atau air.

Biasanya ada lapisan penebat seperti wol atau bahan sintetik untuk mengekalkan kehangatan kaki semasa cuaca sejuk.

Untuk elak tergelincir, winter boots dilengkapi dengan tapak yang kasar untuk beri cengkaman yang baik pada permukaan yang licin atau bersalji.

Banyak winter boots direka untuk lindungi lebih banyak bahagian kaki dan betis dari sejuk dan lembap

Walaupun dibuat untuk cuaca sejuk, winter boots juga perlu selesa, sedia support yang baik untuk kaki dan boleh dipakai untuk jangka waktu yang lama.

Bahan-bahan seperti kulit atau bahan sintetik tahan lasak diguna supaya winter boots dapat bertahan dalam keadaan cuaca yang ekstrem.

Zip, tali, atau Velcro sering diguna untuk menutup boots dengan sempurna supaya salji tidak masuk ke dalam nya.

Data Terapeak di atas menunjukkan trend jualan produk winter boots pada tahun lalu di eBay US

Data Terapeak di atas adalah trend jualan produk winter boots pada tahun lalu di eBay US

377,433 unit terjual USD 18.7 juta @ RM 89 juta dengan harga purata seunit adalah USD 49.47 @ RM 235.51 sen

Electric blankets

Electric blankets laku pada musim luruh dan sejuk di USA

Selimut elektrik punya elemen pemanas yang terbenam di dalam kain, yang apabila disambung ke sumber kuasa elektrik, ia akan menghasilkan haba.

Kebanyakan selimut elektrik lengkap dengan pengawal suhu yang boleh kan pengguna sesuai kan kepanasan selimut ikut keselesaan mereka.

Selimut elektrik moden punya ciri keselamatan seperti penghentian automatik untuk cegah over heating, dan ada juga yang lengkap dengan timer yang boleh ditetapkan.

Bahan yang diguna untuk membuat selimut elektrik biasa nya lembut dan selesa, seperti fleece atau bulu mikro.

Selimut elektrik dapat bantu jimat kan tenaga kerana ia bolehkan pengguna untuk kekal kan suhu yang selesa di dalam bilik tanpa perlu panas kan seluruh rumah.

Boleh diguna di atas atau di bawah cadar tidur biasa dan alat tambahan untuk tidur lebih selesa

Selimut elektrik datang dalam macam macam saiz, sesuai untuk katil saiz tunggal hingga saiz king.

Memerlukan penyelenggaraan yang khusus, seperti mencuci dengan tangan atau mesin dengan tetapan yang lembut, dan tidak boleh diguna jika wayar atau elemen pemanas nya rosak.

Haba yang dihasilkan oleh selimut elektrik boleh beri kelegaan untuk otot yang tegang atau sakit, berfungsi seperti pad pemanasan.

Data Terapeak di atas adalah trend jualan produk Electric blankets pada tahun lalu di eBay US

18,169 unit terjual USD 650,000 @ RM 3.1 juta dengan harga purata seunit adalah USD 35.75 @ RM 170.19 sen

Portable jump starter

Portable jump starter laku pada musim luruh dan sejuk di USA

Portable jump starter adalah alat yang mudah diguna untuk hidup kan kembali bateri kereta yang kehabisan kuasa tanpa perlu kan bantuan kereta lain.

Alat ini kecil dan ringan, mudah simpan dalam but kereta dan boleh dibawa ke mana mana, sangat praktikal untuk kecemasan di jalan.

Portable jump starter biasa nya ada bateri lithium-ion yang tahan lama dan mampu simpan cas untuk tempoh yang panjang, hingga ia sedia diguna bila bila masa diperlukan.

Selain itu, portable jump starters sering lengkap dengan lampu LED, port USB untuk cas peranti mudah alih, dan kadang kala termasuk kompresor untuk mengisi udara tayar.

Jump starters datang dengan pelbagai kapasiti, yang diukur dalam ampere (A), untuk penuhi keperluan enjin yang berbeza dari kereta kecil hingga lori besar.

Alat ini biasa nya ada ciri ciri keselamatan terbina dalam seperti perlindungan terhadap arus balik, cas berlebihan, dan litar pintas untuk elak kerosakan pada kereta atau jump starter itu sendiri.

Boleh dicas semula melalui soket dinding (AC) atau port USB dalam kereta (DC)

Kebanyakan jump starters ada skrin LCD atau lampu indikator LED yang tunjuk status cas bateri dan info operasi lain.

Jump starters modern boleh hasil arus lonjakan yang tinggi untuk hidup kan enjin yang perlu lebih banyak kuasa, seperti enjin diesel.

Walaupun sering diguna dalam keadaan kecemasan, jump starter portable dapat bertahan selama beberapa tahun jika diselenggara dengan baik dan dicas secara berkala.

Data Terapeak di atas menunjukkan trend jualan produk Portable jump starter pada 2023 di eBay US

Data Terapeak di atas adalah trend jualan produk Portable jump starter pada tahun lalu di eBay US

42,074 unit terjual USD 3 juta @ RM 14.3 juta dengan harga purata seunit adalah USD 71.27 @ RM 339.29 sen

Warm gloves

warm gloves laku pada musim luruh dan sejuk di USA

Sarung tangan hangat biasa nya diperbuat dari bahan bahan yang beri insulasi terbaik seperti wol, fleece atau sintetik yang dapat perangkap haba badan.

Sarung tangan ini sering diguna dalam aktiviti di luar rumah semasa musim sejuk seperti bermain ski, snow boarding, mendaki gunung, atau sekadar untuk kegunaan harian dalam cuaca yang sejuk.

Ada sarung tangan hangat lengkap dengan lapisan tahan air untuk lindungi tangan dari kelembapan dan salji.

Ada reka bentuk sarung tangan hangat yang boleh diguna pada skrin sentuh, agar pengguna boleh handle telefon pintar tanpa perlu tanggal kan sarung tangan.

Sarung tangan hangat yang berkualiti tinggi sering punya lapisan dalaman yang lembut untuk keselesaan tambahan serta untuk bantu menjaga kehangatan.

Ada variasi sarung tangan hangat yang punya bateri atau elemen pemanas bina dalam, yang boleh hidup untuk hasil kan haba tambahan.

Bagi mereka yang aktif dalam sukan musim sejuk, ada sarung tangan hangat yang direka khusus untuk berikan fleksibiliti dan grip tambahan, pasti kan prestasi terbaik semasa buat aktiviti.

Terdapat sarung tangan hangat yang punya pita reflektif atau warna terang untuk tingkat kan visibiliti dalam keadaan cahaya rendah.

Data Terapeak di atas menunjukkan trend jualan produk warm gloves pada 2023 di eBay US

Data Terapeak di atas adalah trend jualan produk warm gloves pada tahun lalu di eBay US

38,224 unit terjual USD 598,000 @ RM 2.8 juta dengan harga purata seunit adalah USD 15.65 @ RM 74.50

Beanie hat

Beanie hat laku pada musim luruh dan sejuk di USA

Topi beanie adalah jenis topi tanpa tepi yang biasa nya dipakai untuk kehangatan dan kadangkala sebagai aksesori fesyen.

Pada asalnya, topi beanie diguna untuk tujuan kehangatan terutama dalam musim sejuk atau di tempat beriklim sejuk.

Topi beanie biasa nya diperbuat dari bahan yang boleh regang seperti wol, akrilik, kapas, dan campuran lain

Telah menjadi sebahagian dari fesyen jalanan dan sering dikaitkan dengan budaya hipster, skater, dan musik seperti rock dan hip-hop.

Sebagai topi yang ringan dan mudah dibawa, beanie menjadi pilihan popular untuk dipakai sehari hari, terutama di musim sejuk atau ketika berada di luar rumah.

Data Terapeak di atas menunjukkan trend jualan produk beanie hat pada 2023 di eBay US

Data Terapeak di atas adalah trend jualan produk Beanie hat pada tahun lalu di eBay US

168,862 unit terjual USD 2.4 juta @ RM 11.42 juta dengan harga purata seunit adalah USD 14.17 @ RM 67.45 sen

Kelebihan berniaga online

1. Menjimatkan masa pengguna - boleh beli barang yang mereka nak secepat mungkin pada bila bila masa

2. menawarkan pelbagai jenis produk, boleh jual pelbagai variasi produk / niche. Boleh jual barang bermusim.

3. Memudahkan perbandingan harga - senang nak buat perbandingan jualan dengan seller lain dan  tahu harga pasaran semasa.

4. Mengurangkan risiko perniagaan. - tidak perlu sewa kedai untuk tarik pelanggan, 

5. membuka pasaran global - produk dapat dipasarkan ke seluruh dunia dengan platform e commerce gergasi  seperti eBay dan Amazon

Bila masuk menjual di platform International seperti eBay maka peluang untuk jana passive income lebih besar kerana pelanggan adalah dari seluruh dunia.

Ia ialah real business yang menjadi solusi kepada ''ekonomi poket'' anda yang hadapi pelbagai komitmen bulanan.

Lebih lebih lagi, zaman ini, untuk bisnes kita tak perlu ada kedai fizikal, dalam bilik tidur di rumah sendiri pun kita boleh jual barang secara online

E-dagang dapat permintaan tinggi berbanding kedai fizikal

Semasa Covid -19 pada 2021, seramai 75% pengguna telefon pintar belajar melayari platform e-dagang dan 45% membuat pembelian.

Data pada tahun 2022 pula menunjukan 72% membuat carian di platform ecommerce dan 46% membuat pembelian. - Statista

Ketika Covid juga Banyak Kedai fizikal Terpaksa ditutup kerana tidak dapat beroperasi manakala Platform e commerce berkembang pesat. 

Pada Hari ini pun kita dapat lihat banyak Kedai Fizikal ditutup kemudian dijadikan sebagai Pusat Transit Kepada Syarikat Penghantar Barang.

Dengan adanya Platform Ecommerce. Pihak Pengeluar juga dapat menjual dan memberikan harga Borong Terus kepada Pelanggan.

Perkara ini memberi kesan kepada pemborong yang sebelum ini menentukan harga pasaran.

Di mana ada masalah dan cabaran, di situ banyak peluang

Dengan adanya platform ecommerce peniaga online dapat pasarkan produk mereka bukan sahaja ke dalam malah ke luar negara

Kita boleh menjual di semua platform Ecommerce serentak dan kedai beroperasi 24 jam.

Bagi membuat jualan lebih berkesan, kita hanya perlu pandai tarik pelanggan masuk ke kedai online kita

Tidak perlu lagi sewa kedai dan gajikan pekerja untuk menjaga kedai kita

Dengan berniaga secara LIVE sahaja pun hanya perlukan ruangan sebesar bilik tidur untuk berniaga. 

Setiap hari ramai pengguna telefon baru. Begitu juga semakin ramai yang akan membeli secara atas talian. 

Platform ebay sudah ada sejak tahun 1995 dan sudah ada pengguna seluruh dunia. Traffic Sebulan Mencapai 901 juta pada Bulan Mac - Semrush -

Mulakan perniagaan pertama anda di internet hari ini di eBay, dah lengkap traffic dan tools untuk kaji produk yang laku di pasaran untuk jana Pendapatan dalam USD

Untuk Permulaan seller baru, gunakan kaedah dropship sebagai permulaan untuk buat Bisnes di ebay. 

1. Buat akaun ebay

2. Buat kajian cari produk yang laku terjual

3. Reverse cari supplier dekat shopee atau lazada

4. Jual di kedai ebay anda

5. Dapat jualan, order dengan pihak supplier dan hantar kepada Buyer, boleh hantar ke UTHM untuk bantu proses kan order anda. 

Buat langkah ni untuk permulaan selama 6 bulan. Bila dah ada modal boleh mula pegang stok dan Hantar ke Warehouse.

Cara cepat jana income dalam bisnes adalah dengan jual produk orang lain, tugas kita hanya cari produk yang berkualiti dan pasarkan ke market luar.

Jadi orang tengah antara supplier kepada pengguna. 

Belajar 5 chapter cara menjual di eBay

Mahu belajar spy produk produk musim luruh atau semua produk yang hot demand di USA, jom masuk kelas Dr Zul

Di sini anda akan belajar cara menjual di eBay dengan betul dan berkesan

Secara ringkas, anda akan belajar 5 chapter cara kuasai bisnes di eBay

Iaitu yang pertama cara nak setup akaun eBay (sebelum, semasa dan selepas) hingga akaun berkenaan bersedia untuk menjual

Kedua, adalah langkah mencari barang yang boleh dan tak boleh dijual berdasarkan data

Data ini akan tentu kan kadar kejayaan yang tinggi

Caranya adalah kuasai teknik High Demand Low Risk (HDLR) dan RCA

Sekiranya kedua teknik ini dikuasai dengan baik, InsyaAllah 95 peratus barang di kedai eBay boleh terjual

Ketiga, adalah teknik bagi optimum kan potensi kedai eBay kita dilihat dan dilawati oleh buyer

Teknik optimum ini termasuk kenal pasti apa volume search dan kata kunci dicari oleh buyer di eBay

Keempat, adalah proses pemilihan syarikat kurier yang tepat untuk hantar barang pelanggan ke luar negara 

Kelima adalah cara maksimum kan untung dengan melebarkan bisnes melalui gudang di USA

Ini adalah bekal utama bagi seorang seller di bawah bimbingan Dr Zul untuk pecah telur 

Seterusnya dapat income dalam USD

Sama seperti apa yang anda lihat di bawah ini 

Apa kata anak anak murid Dr Zul

Jika tuan puan sudah bersedia untuk belajar bisnes di eBay

Ini adalah masa yang tepat, bukan semalam atau esok

Takdir tuan puan membaca artikel ini bukan kebetulan

Ia adalah jawapan kepada persoalan yang belenggu tuan puan ketika ini

‘Nak bisnes apa?’ nak jual produk musim luruh dan sejuk juga boleh ke

InsyaAllah boleh, asal kan tidak mudah putus asa, sabar, rajin dan tekun boleh berjaya

Tuan puan sedia maklum, 9/10 sumber rezeki datang dari 

asbab membuat bisnes

Sudah ramai mereka di luar sana yang pernah berada di posisi tuan puan ketika ini

Mereka tercari cari cara raih pendapatan sampingan

Lebih lebih lagi kos hidup kini menekan di kanan dan kiri

Lihat lah apa kata mereka yang sudah pergi ke kelas anjuran Dr Zul

Jangan tunggu lagi tuan puan

Siapa yang mahu tolong diri kita

Kalau bukan diri sendiri

Duit tak datang bergolek

Perlu usaha

Maka bertindak lah sekarang

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

ShipBob : 101

Terapeak : 101

Black Friday Cyber : Ini maksudnya…

10 hot selling product on Amazon 2024

Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Recent Posts

undertale raih RM 111,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

mapcamera raih RM 60,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Harga Tupperware bakal melambung seperti RXZ ?

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Suggested Keywords