Loading

Gunung berapi meletus

Gunung berapi meletus di Indonesia baru baru ini menyebabkan pihak berkuasa republik itu menutup lapangan

terbang wilayah dan memindahkan ratusan penduduk di sekitar Gunung Berapi Ruang

Ia berikutan gunung itu mengeluarkan letupan lava, batu dan abu selama beberapa hari, kata pegawai pada

Khamis, mengisytiharkan amaran tertinggi mengenai keadaan itu.

Letusan dramatik gunung berapi pada Rabu di pulau terpencil di wilayah Sulawesi Utara itu melemparkan lava

merah, batu dan abu sejauh tiga kilometer ke langit.

Petir ungu turut kelihatan di atas gunung berapi yang meletus, hasil rakaman video di media sosial, lapor Reuters

Dalam pada itu, menurut laporan Berita Harian, syarikat penerbangan tempatan, Malaysia Airlines dan AirAsia

membatalkan beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah serta Sarawak hari ini susulan letusan Gunung Ruang, Indonesia.

Sebanyak 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur yang dibatalkan oleh Malaysia Airlines manakala AirAsia pula membatalkan 16 penerbangan

Gunung berapi meletus : 20,000 penumpang udara terjejas di Sabah

Dalam pada itu, keselamatan penumpang menjadi keutamaan berikutan langkah syarikat penerbangan membatalkan puluhan jadual penerbangan ke Sabah 

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata kira-kira 20,000 penumpang yang masuk dan keluar ke

negeri ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Labuan, Tawau dan Sandakan terjejas akibat pembatalan itu.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut memantau kesan letusan Gunung Ruang di Indonesia yang menyebabkan

pelepasan debu gunung berapi di udara hingga menjejaskan operasi penerbangan.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan pembatalan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak

menyebabkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 serta Terminal 2 sesak dengan

kehadiran penumpang yang mahu mendapatkan maklumat lanjut berhubung penerbangan mereka.

Fakta penting mengenai gunung berapi Indonesia

Apabila bencana alam seperti letusan gunung berapi Indonesia ini berlaku ia ibarat kesan domino terhadap semua pihak berkaitan

Kita sedia maklum, Indonesia mempunyai lebih dari 130 gunung berapi aktif yang tersebar di seluruh

kepulauannya, menjadikannya salah satu negara dengan jumlah gunung berapi terbanyak di dunia.

Republik ini terletak di Zon Pasifik yang dikenali sebagai “Ring of Fire” atau “Lingkaran Api”, yang merupakan

daerah dengan aktiviti seismik dan gunung berapi yang tinggi akibat pergerakan lempeng tektonik.

Salah satu gunung berapi paling aktif di Indonesia adalah Gunung Merapi yang terletak di Pulau Jawa. Ia telah meletus berkali-kali dan sering dipantau untuk aktiviti vulkaniknya.

Letusan Gunung Krakatau pada tahun 1883 merupakan salah satu letusan paling dahsyat dalam sejarah yang

telah menyebabkan tsunami dan mengubah corak cuaca global.

Gunung Tambora di negara itu mengalami letusan besar pada tahun 1815, yang dikenali sebagai letusan

gunung berapi paling kuat dalam sejarah

Letusan ini mengakibatkan “Tahun Tanpa Musim Panas” pada tahun 1816 akibat debu volkanik yang menutupi atmosfera

Bencana alam seperti letusan gunung berapi Indonesia ini adalah satu info penting untuk merancang strategi

bisnes jika kita adalah seorang peniaga di negara negara terjejas ini

Kejadian gunung berapi meletus ini juga terjadi di Amerika Syarikat malah banyak lagi bencana alam lain yang

kerap berlaku di sana yang menyebabkan impak serupa

Penutupan lapangan terbang dan kemudahan pengangkutan awam yang lain sering dilakukan pihak berkuasa apabila berlaku nya bencana alam berikut :  

10 bencana alam di Amerika Syarikat

Taufan (Hurricanes) – Amerika Syarikat sering dilanda taufan, terutama di sepanjang Pantai Timur dan Teluk

Mexico, dengan musim taufan biasanya bermula dari bulan Jun hingga November.

Gempa Bumi – Negara ini mengalami gempa bumi dengan kekerapan yang berbeza-beza, dengan California

dan Alaska antara kawasan yang paling berisiko disebabkan oleh kedudukan mereka di atas garis sesar utama.

Tornado – AS mempunyai bilangan tornado tertinggi di dunia, terutama di kawasan yang dikenali sebagai

“Tornado Alley” yang meliputi beberapa negeri di tengah-tengah negara.

Banjir – Banjir adalah bencana alam yang sangat biasa di AS, yang boleh berlaku di mana-mana dan sering
berlaku akibat hujan lebat, air pasang, atau pelepasan bendungan.

Kebakaran Hutan – Kebakaran hutan sering berlaku di barat AS, terutama di California, yang dikaitkan dengan

keadaan cuaca kering, panas, dan angin kencang.

Ribut Salji – Ribut salji besar boleh menyebabkan henti kerja, kemalangan jalan raya, dan masalah infrastruktur,

terutama di kawasan utara dan timur laut AS.

Kekeringan – Kekeringan sering berlaku di barat daya AS, menyebabkan masalah bekalan air dan menjejaskan pertanian.

Tanah Runtuh – Tanah runtuh boleh berlaku di kawasan yang mempunyai topografi berbukit atau selepas hujan lebat, merosakkan rumah dan infrastruktur.

Letusan Gunung Berapi – Walaupun jarang berlaku, AS mempunyai beberapa gunung berapi aktif, seperti Mount St. Helens di Washington, yang berpotensi meletus dan menyebabkan kerosakan.

Badai Petir dan Kilat – Badai petir boleh menyebabkan kerosakan besar melalui angin kencang, hujan lebat, banjir dan kilat yang boleh menyebabkan kebakaran atau kerosakan elektrik.

10 item BERGUNA kepada mangsa bencana alam

Bencana-bencana ini menuntut perancangan dan tindak balas darurat yang cekap untuk mengurangkan kehilangan nyawa dan harta benda.

Yang pasti, apabila tersadai di lapangan terbang akibat cuaca buruk, terdapat beberapa barang penting yang BERGUNA untuk memastikan keselesaan dan keperluan asas penggembara terjaga.

Berikut adalah 10 perkara yang patut ada dalam senarai barang keperluan:

Dokumen penting – Pastikan membawa dokumen penting seperti pasport, tiket penerbangan, visa, dan identifikasi diri untuk memudahkan segala urusan yang berkaitan dengan pembatalan atau penjadualan semula penerbangan.

Pakaian tambahan – Bawa pakaian tambahan termasuk stoking dan seluar panjang untuk menghadapi keadaan sejuk di dalam terminal lapangan terbang.

Kit kebersihan peribadi – Bawa kit kebersihan seperti berus gigi, ubat gigi, tisu basah, dan pembersih tangan untuk menjaga kebersihan diri semasa menunggu.

Ubat-ubatan – Jika anda memerlukan ubat-ubatan khusus, pastikan ia sentiasa ada bersama anda. Termasuklah ubat penahan sakit, ubat alahan, dan sebagainya.

Pengecas peranti elektronik – Pengecas telefon bimbit, laptop, atau tablet adalah penting untuk memastikan peranti anda sentiasa bertenaga dan dapat digunakan untuk komunikasi dan hiburan.

Makanan ringan dan air minuman – Bawa makanan ringan dan botol air minuman untuk mengelakkan kelaparan dan dehidrasi semasa menunggu.

Selimut atau jaket – Selimut atau jaket akan membantu menghangatkan badan jika cuaca di dalam terminal terlalu sejuk.

Bantal leher – Bantal leher akan memberikan keselesaan ketika tidur atau berehat dalam keadaan duduk yang panjang.

Hiburan – Buku, majalah, atau permainan boleh menjadi sumber hiburan untuk mengisi masa.

Power bank – Power bank adalah penting untuk memastikan peranti elektronik anda tidak kehabisan bateri, terutama jika kesukaran mencari soket kuasa di lapangan terbang.

Memiliki barang-barang ini dapat membantu anda menangani situasi tidak menyenangkan akibat kelewatan penerbangan dan membuat pengalaman menunggu menjadi lebih tertanggung.

Permintaan bantal leher positif di Amerika Syarikat sejak 3 tahun lalu

Jika dilihat senarai di atas, barang barang ini sewajarnya menjadi perhatian bagi seorang seller eBay

Sebagai contohnya adalah bantal leher seperti di bawah

Gunung berapi meletus

Jom kita lihat bagaimana permintaan terhadap bantal leher ini di USA sejak 3 tahun lalu di eBay.com menerusi Terapeak

Gunung berapi meletus

Data di atas menunjukkan dengan kata kunci travel neck pillow, sebanyak 64,060 item terjual dengan purata harga adalah USD 15.56 @ RM 74.22 seunit

Total jualan kasar item ini adalah USD 996,773.60 @ kira kira RM4.8 juta

Manakala berdasarkan trend jualan travel neck pillow di laman eBay.com 30 hari lalu mendapati 422 bantal leher terjual sebanyak USD 4,111 @ RM19,610.13 sen 

Gunung berapi meletus

Dengan harga purata item berkenaan sebanyak USD 10.07 @ RM48.03 seunit, hanya 41 peratus dari 100 listing dimuat naik berjaya terjual

Cari pembekal bantal leher murah di Alibaba.com

Dalam pada itu, seorang seller USA raih jualan sebanyak 48 travel neck pillow pada 30 hari lalu di laman eBay

Dengan harga USD 11.99 @ RM57.15 setiap satu, seller ini berjaya raih income kasar cecah 11.99 x 48= USD 575.52 @ RM2,743.31 sen

Namun sejak muat naik listing ini pada 17 April 2023, seller ini berjaya menjual sebanyak 460 unit atau sama dengan 460×11.99= USD 5, 515.4 @ RM 26,290.11 

Dalam pada itu, semakan produk sama di laman Alibaba mendapati bantal leher ini dijual serendah USD 3 @ RM14.30 seunit

Jom kita kira di eBay Fees Calculator, berapa agaknya keuntungan seller USA ini, kalau beliau ambil barang dari pembekal di Alibaba.com

Untuk setiap item ini untung kasar (tak termasuk shipping cost) yang seller ini raih adalah USD 7 @ RM RM 33.36 seunit

Belajar cara menjual di eBay

Mungkin ada yang tertanya, macam mana pula nak kira kos shipping?

Ya betul, untung berkenaan belum tolak kos shipping lagi

Jika tuan puan nak belajar cara optimumkan untung termasuk soal kos shipping dan strategi bersaing dengan seller USA ini secara sihat

Jom daftar kelas eBay Dr Zul anjuran Export Oversea Academy – UTHM

Dalam kelas ini, tuan puan akan belajar melalui 5 bab untuk menguasai bisnes eBay

Iaitu yang pertama cara nak setup akaun eBay (sebelum, semasa dan selepas) hingga akaun berkenaan bersedia untuk menjual

Kedua, adalah langkah mencari barang yang boleh dan tak boleh dijual berdasarkan data

Data ini akan menentukan kadar kejayaan yang tinggi

Caranya adalah kuasai teknik High Demand Low Risk (HDLR) dan RCA

Sekiranya kedua teknik ini dikuasai dengan baik, InsyaAllah 95 peratus barang di kedai eBay boleh terjual

Ketiga, adalah teknik bagi optimum kan potensi kedai eBay kita dilihat dan dilawati oleh buyer

Teknik optimum ini termasuk kenal pasti apa volume search dan kata kunci dicari oleh buyer di eBay

Keempat, adalah proses pemilihan syarikat kurier yang tepat untuk menghantar barang pelanggan ke luar negara 

Kelima adalah cara memaksimumkan keuntungan dengan melebarkan bisnes melalui penggunaan gudang di USA

Ini adalah bekal utama bagi seorang seller di bawah bimbingan Dr Zul untuk pecah telur 

Seterusnya dapat income dalam USD

Sama seperti apa yang anda lihat di bawah ini 

Lihat apa kata anak anak murid Dr Zul

Jika tuan puan sudah bersedia untuk belajar bisnes di eBay

Ini adalah masa yang tepat, bukan semalam atau esok

Takdir tuan puan membaca artikel ini bukan kebetulan

Ia adalah jawapan kepada persoalan yang belenggu tuan puan ketika ini

‘Nak bisnes apa?’

‘Nak jual bantal leher juga boleh ke?’

Sudah tentu boleh, yang penting saya nak pesan awal awal

Tuan puan kena rajin, sabar dan tak mudah berputus asa, InsyaAllah berkat berguru dengan Dr Zul yang juga Top Rated Seller eBay

Tuan puan boleh dapat income seperti seller USA ini

Lebih 40,000 anak anak murid Dr Zul sudah melalui proses seperti tuan puan

Rata rata nya mahu belajar eBay kerana ingin mencari pendapatan sampingan 

Ialah, zaman sekarang harga barang keperluan sudah melambung, subsidi petrol pun bakal ditarik

Macam macam benda naik harga sekarang ini, jadi inilah salah satu ikhtiar yang boleh kita buat untuk dapat income dalam USD

Lihat lah apa kata mereka yang sudah pergi ke kelas anjuran Dr Zul

Jangan tunggu lagi tuan puan

Jika ditakdirkan gunung berapi meletus atau apa apa bencana alam berlaku di USA, kita sebagai seller sudah ready untuk supply keperluan orang ramai di sana

Win win orang kata, yang penting berniaga ini pun sunnah dan dituntut dalam agama

Bukan sahaja boleh majukan ekonomi diri dan keluarga malah membantu negara dengan cukai yang dibayar nanti

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

ShipBob : 101

Terapeak : 101

Black Friday Cyber : Ini maksudnya…

10 hot selling product on Amazon 2024

Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay

Leave a Reply

Your email address will not be published.